Anda di halaman 1dari 1

Tarikh :13 Ogos 2020

Pegawai Pendidikan Daerah Bentong,


Pejabat Pendidikan Daerah Bentong,
28700,Bentong,Pahang.

Tuan,

Memohon penggunaan bilik di Pusat Kegiatan Guru untuk Projek Galeri Kecemerlangan Bola Sepak SK Tuanku
Fatimah & MSSD Bentong

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada surat JPN Pahang (JPNP.SPMd.400-5/1/9 (01), SK Tuanku Fatimah telah dilantik sebagai
Pusat Program Pembangunan Majlis Sukan Sekolah Pahang untuk sukan bola sepak bagi daerah Bentong.

3. Sehubungan itu pihak kami ingin memohon penggunaan sebuah bilik di bangunan Pusat Kegiatan Guru
Daerah Bentong untuk dijadikan sebagai Galeri Kecemerlangan Bola Sepak SK Tuanku Fatimah & MSSD
Bentong,ini adalah kesinambungan dari lawatan penanda aras oleh MSSD Bentong ke MSS Johor & DTC
JDT Uda Utama dimana galeri kecemerlangan bola sepak ini menjadi satu titik utama dalam menarik
kerjasama korporat dan pihak berkepentingan.

4. Projek ini akan dijalankan secara usaha sama diantara SK Tuanku Fatimah,Majlis Sukan Sekolah Daerah
Bentong dan Akademi Bola Sepak Bentong Kids,dilampirkan juga kertas kerja projek untuk rujukan tuan

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Shuhaida Binti Ali Bashah melalui talian 012-3709586
(Ketua Jawatankuasa Projek).Segala kerjasama tuan memberikan keutamaan dalam perkara ini amat
kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai