Anda di halaman 1dari 4

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 18 TAHUN 10’S

SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MANJUNG 2019


________________________________________________

PERATURAN KEJOHANAN

1. Undang-Undang Permainan
Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Union
Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB), variasi Bawah 19 Tahun terkini yang diterima pakai
oleh Kesatuan Ragbi Malaysia.

2. Kelayakan Pemain
2.1 Pemain-pemain hendaklah di bawah 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.
2.2 Semua pemain mestilah pelajar-pelajar yang 'bona-fide' yang didaftarkan
sekurang- kurangnya tiga bulan (90 hari) dalam jadual kedatangan sekolah
yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak.
2.3 Hanya Kad Pengenalan sahaja yang diterima pakai sebagai bukti umur. Pemain-
pemain hendaklah bersedia menunjukkan Kad Pengenalan jika diminta oleh
pihak Pengelola Pertandingan.
2.4 Semua pemain hendaklah melengkapkan Borang M01 beserta dengan gambar
berukuran pasport yang ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan
pemain berkenaan.

3. Bilangan Pemain
Setiap pasukan boleh mendaftar 15 orang pemain termasuk simpanan.

4. Pendaftaran Pemain
Pengurus Pasukan hendaklah mendaftar pemain-pemain menggunakan Borang M01 dan
M02 bersama-sama Kad Pengenalan mereka semasa pendaftaran di Mesyuarat Pengurus
Pasukan. Sebarang tambahan atau pertukaran para pemain selepas itu tidak diterima.
Yuran dikenakan RM 250.00 setiap pasukan yang bertanding.

5. Sistem Pertandingan
5.1 Pusingan Pertama
5.1.1 Pasukan-pasukan dibahagikan dalam satu kumpulan sahaja.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
5.1.2 Johan dan Naib Johan dalam kumpulan akan ke perlawanan Akhir.

1
6. Cara Menentukan Keputusan
6.1 Pertandingan dalam liga, mata berikut akan diberikan :
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
6.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
akan ditentukan mengikut sistem berikut :
6.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor jaringan dikira pemenang.
6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat 'try' yang terbanyak dikira
pemenang.
6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
pemenang.
6.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan :
i. Gol,
ii. Try,
iii. Gol Penalti, dan
iv. Drop Gol, terbanyak akan diambil kira.
6.2.5 Jika masih seri juga, lambungan syiling tiga kali akan dijalankan.
6.3 Dalam pertandingan perlawanan akhir, jika berlaku seri selepas tamat sesuatu
perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan
pemenang :
6.3.1 Masa tambahan 5 minit sehala akan diberikan.
6.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti sebanyak tiga kali secara 'sudden-death'
diadakan pada garisan 22 meter.
6.3.3 Jika masih seri, lambungan syiling secara ‘best of three’ akan diadakan.
6.4 Sepakan penalti
6.4.1 Pasukan-pasukan akan mengambil sepakan penalti mengikut giliran
selang-seli pada garisan 22 meter oleh tiga pemain dari setiap pasukan.
6.4.2 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang pada
tambahan dibenarkan mengambil sepakan.

7. Masa Perlawanan
7.1 Masa untuk perlawanan pusingan awal kumpulan ialah 8 – 2 – 8 minit
7.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa dihentikan kerana sesuatu sebab yang tidak
dapat dielakkan dan perlawanan itu telah pun dijalankan melebihi 10 minit,
maka keputusan pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira.
7.3 Masa bagi perlawanan akhir ialah 10 minit rehat 2 minit dan 10 minit.

8. Pakaian
Peraturan pakaian adalah seperti yang ditetapkan dalam Undang-Undang Permainan
Ragbi Union Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB).

2
9. Gelanggang Permainan
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah
ditetapkan dalam Undang-Undang Permainan Ragbi Union Lembaga Ragbi
Antarabangsa (IRB).

10. Alatan
Bola pertandingan saiz lima (5) digunakan untuk kejohanan melibatkan pertandingan
sekolah menengah. Spesifikasi bola ialah menurut paraturan dalam Undang-Undang
Permainan Ragbi Union Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB).

11. Pertukaran Pemain


Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan dan adalah secara
“rolling substitution”.

12. Hantar Keluar Padang


12.1 Kad Merah
Pemain atau pemain-pemain yang dikenakan hukuman Kad Merah dan dihantar
keluar padang oleh pengadil tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan
berikutnya. Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin akan memutuskan tindakan
yang akan dikenakan seterusnya.
12.2 Kad Kuning
Pemain atau pemain-pemain yang dikenakan hukuman Kad Kuning akan
dikenakan tempoh tahanan bermain selama 2 minit (sin bin). Masa akan mula
dikira selepas pemain duduk di kerusi sin bin.

13. Masa Melapor


13.1 Semua pasukan mesti berada di padang 10 minit sebelum perlawanan.
13.2 Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya lapan (8) orang pemain
untuk memulakan perlawanan. Jika tidak kemenangan percuma akan diberikan
kepada pihak lawan dengan skor 21 - 0.
13.3 Jika kedua-dua pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 10 minit selepas
masa yang ditentukan, perlawanan akan dibatalkan.

14. Bantahan
14.1 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengelola pertandingan dalam
masa 30 minit selepas tamat perlawanan berkenaan.
14.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan
kemenangan ialah 21 - 0 diberi kepada pihak yang membuat bantahan.
14.3 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus) dan wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu
didapati tidak berasas.

3
15. Lembaga Rayuan & Lembaga Tatatertib
15.1 Semua bantahan dan kes disiplin ( Kad merah ) akan diputuskan oleh Lembaga
Rayuan yang terdiri daripada :
15.2.1 Pengerusi Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.
15.2.2 Penyelaras Sukan Ragbi MSSD atau wakilnya
15.2.3 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat dalam
Jawatankuasa Bantahan.

16. Pengadil
Hanya pengadil yang bertauliah atau berpengalaman yang terdiri daripada Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran akan dilantik untuk bertugas sebagai pengadil. Sekiranya
pengadil luar masih juga diperlukan, maka kebenaran bertulis daripada Urusetia MSSD
hendaklah dipohon.

17. Penalti
Jawatankuasa Pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan-pasukan yang
melanggar peraturan-peraturan yang telah disabitkan.

18. Pentafsiran Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kejohanan


Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan
dalam undang-undang dan peraturan-peraturan kejohanan ini dan keputusannya.

Anda mungkin juga menyukai