Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN AM KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA

PIALA NAIB CANSELOR UniSZA 2019

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana
yang diperuntukan oleh FIFA dan FAM.
2. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dan sistem kalah mati pada pusingan ke-2
hingga ke perlawanan akhir.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
a. Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 8 orang pemain dan
seorang pengurus.
b. Seorang pemain hanya dibenarkan didaftarkan dan bermain untuk satu pasukan sahaja.
c. Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola semasa
hari mengundi atau selewat-lewatnya sebelum pertandingan dimulakan.
d. Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain
dalam pertandingan ini.
e. Yuran penyertaan: RM 100.00

4. HADIAH
Johan : RM 2000.00 + Medal + Piala
N. Johan : RM 1000.00 + Medal + Piala
Ke-3 Bersama : RM 500.00 + Medal
Ke-5 hingga ke-8 : RM 100.00
5. SISTEM PERTANDINGAN
Masa Bermain : Masa bermain adalah 5 minit - 1 minit - 5 minit
6. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN
6.1 Secara liga - Menang - 3 mata
- Seri - 1 mata
- Kalah - 0 mata
6.2 Jika dua atau lebih pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikiut:-
6.2.1 Pasukan yang memenangi lebih banyak perbezaan gol.
6.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol.
6.2.3 Jika masih seri, pasukan yang mengalahkan pasukan lawannya semasa dalam
peringkat kumpulan.
6.2.4 Jika masih seri, sepakan penalti akan dijalankan sebanyak 3 kali setiap pasukan
secara bergilir-gilir.
6.3 Sistem Sepakan Penalti Peringkat Kalah Mati
6.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil tiga sepakan dari tanda penalti dengan cara
sepakan beselang-seli.
6.3.2 Jika masih seri selepas tiga sepakan, maka sepakan penalti yang keempat
diteruskan oleh pemain yang berlainan dengan sistem “SUDDEN DEATH”serta
“TOSS COIN” untuk sepakan yang ke lima.
7. KELEWATAN
Hanya 5 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan
diberi kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan jaringan 2 – 0.
8. PAKAIAN
a. Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi bernombor dan berlengan
9. BANTAHAN
Bantahan diserahkan kepada pihak penganjur kejohanan tidak lewat dari satu ( 1 ) jam selepas
tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM 200 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )
beserta bukti. Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada bantahan tersebut diterima
atau tidak.

10. TINDAKAN TATATERTIB


10.1. Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang
diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain
sepanjang tempoh kejohanan.
10.2. Pemain yang menerima perintah keluar padang (kad merah) tidak
dibenarkan bermain pada perlawanan tersebut.
10.3. Penggantungan perlawanan adalah seperti berikut :-
10.3.1. 2 kad kuning (perlawanan yang sama atau berlainan) akan
digantung sebanyak satu (1) perlawanan berikutnya.
10.3.2. Kad merah (secara terus) akan digantung sebanyak dua (2)
Perlawanan berikutnya dan Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
akan bermesyuarat bagi menentukan hukuman berdasarkan
kesalahan yang dilakukan.
10.3.3. Kad amaran terkumpul (semasa peringkat kumpulan) tidak akan
dibawa ke peringkat kalah mati. Hanya penggantungan
perlawanan
sahaja yang dibawa.
11. PERATURAN LAIN TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola dan Keputusannya adalah muktamad.
BORANG PENDAFTARAN
KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA
PIALA NAIB CANSELOR UniSZA 2019
TARIKH : 26 HINGGA 28 SEPTEMBER 2019 (KHAMIS - SABTU)
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL UniSZA

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN

NAMA PENGURUS

NO. TELEFON

SENARAI NAMA PEMAIN

BIL NAMA NO.KP NO. JERSI


1
2
3
4
5
6
7
8

……………………………………………………………………………………… ……………………………………
Tandatangan Pengurus Tarikh

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

ARZUAN : 019-9973148 SYAHIR : 011-29914796


ZULHARISAM : 019-9568694 IJAH : 011-31235074

Anda mungkin juga menyukai