Anda di halaman 1dari 2

DIKEMASKINI : 14/3/18

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang–Undang Persekutuan Catur


Antarabangsa (FIDE) dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Antara Kolej
(SUKOL) Universiti Teknologi MARA.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Tiap- tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 6 orang pemain.
Susunan pemain adalah tetap dan tidak boleh dipinda.
2.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola
sebelum tarikh undian.
2.3 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan
bermain dalam pertandingan ini.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Jenis pertandingan.


Pertandingan adalah dijalankan mengikut sistem Swiss.

3.2 Pendaftaran Pemain.


Untuk setiap permainan, setiap pasukan hendaklah mendaftar dan menyerahkan
senarai pemain yang akan bermain 10 minit sebelum permainan dimulakan.
Susunan pemain adalah tetap dan tidak boleh dipinda.

3.3 Tempoh permainan.


Masa permainan adalah 25 minit untuk setiap pemain. Jumlah jam maksima
adalah 50 minit.

3.4 Kawalan Masa.


Kawalan masa untuk setiap permainan dibuat dengan menggunakan jam catur.

3.5 Merekod Permainan.


Setiap pemain dikehendaki merekod setiap pergerakan yang dilakukan. Pemain
yang mempunyai baki masa 5 minit atau kurang dikecualikan dari rekod.

4.0 PAKAIAN

Pemain hendaklah berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. (Selipar


tidak dibenarkan)
DIKEMASKINI : 14/3/18

5.0 KEPUTUSAN

5.1 Setiap pemain akan diberi mata seperti berikut :-


Menang 1 mata
Seri ½ mata
Kalah 0 mata

5.2 Jumlah mata yang dikumpul oleh pemain setiap pasukan akan
menjadi pemutus kepada kedudukan pasukan berkenaan bagi
setiap permainan. Cara memberi mata adalah seperti berikut :-
Menang 1 mata
Seri ½ mata
Kalah 0 mata

5.3 Pengiraan pemenang berdasarkan :-


5.3.1 Game point
5.3.2 Match point
5.3.3 PE( Personal Encounter)
5.3.4 Board Down

6.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

7.0 KELEWATAN

Pemain yang datang selepas 5 minit permainan dimulakan dikira kalah.


Pemain pasukan lawan diberi mata 1 (satu). Jika kesemua anggota
pemain satu pasukan tidak hadir selepas 10 minit, maka pasukan lawan
dikira menang dan diberi mata 1, sementara setiap pemainnya akan juga diberi mata 1
(satu).

8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah
muktamad.

Anda mungkin juga menyukai