Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN SUKAN TENIS SUKAN SUKJA KALI KE-2 2023

1. UNDANG-UNDANG
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang – Undang Peratuaran AM dan
Peraturan pertanding yang di sediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.
1.2 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang TENIS, segala
keputusan adalah muktamad

2. Format Pertandingan
2.1 Pertandingan:
2.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga sepusingan.
2.1.2 Setiap perlawanan mengandungi satu acara beregu sahaja

3. Menarik diri (Walk Over):


3.1 Menarik diri (Walk Over) adalah tidak dibenarkan sama sekali.
3.2 Pasukan lawan diberikan kemenangan 3-0 beserta dua (2) markah.

4. Lewat:
4.1 Pasukan yang terlewat 15 minit selepas dipanggil akan dianggap
memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada pasukan lawan kecuali
dengan alasan munasabah dan dipersetujui oleh penganjur pertandingan
serta pihak yang terlibat.

5. Format kiraan Mata dan Permainan:


5.1 Perlawanan dijalankan dalam satu (1) game untuk setiap perlawanan
dengan pemain yang memenangi 3 set dahulu akan dikira sebagai
pemenang.
5.2 Jika kedudukan mata seri pada kedudukan 7-7, tie-break akan digunakan
untuk menentukan pemenang.
5.3 Setelah tamat semua perlawanan, pasukan dengan mata yang tertinggi
diisytihar johan dan seterusnya
5.4 Permainan hendaklah be rterusan melainkan untuk “set rubber” di mana 5
minit rehat dibenarkan selepas set kedua.
6. Pakaian dan Peralatan:
6.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.
6.2 Setiap pasukan perlu menyediakan sendiri peralatan seperti raket tenis bagi
pemain pasukan masing-masing.
6.3 Bola tenis untuk pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur

7. Pengadil dan Penjaga Garisan:


7.1 Keperluan pengadil dan penjaga garisan permainan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Penyelaras Pertandingan Jawatankuasa Penyelaras
Pertandingan juga berhak untuk meminta setiap
7.2 pasukan yang bertanding menyediakan pengadil dan penjaga garisan di
kalangan anggota pasukan sekiranya perlu.

Anda mungkin juga menyukai