Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

KARNIVAL SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI


2022

BOLA BALING

1. UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang – Undang Persekutuan


Bola Baling Antarabangsa (IHF) edisi Julai 2022 dan Peraturan –
Peraturan Am MSSM yang terkini serta Peraturan Pengelola
Pertandingan semasa.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Negeri peringkat umur 12 dan


18 tahun ke bawah, kategori lelaki dan perempuan.

2.2 Setiap pasukan MSS Negeri dibenarkan mendaftar maksimum 10


orang pemain dan minimum 5 orang pemain.

2.3 Setiap pasukan MSS Negeri dibenarkan mendaftar maksimum 4


orang pegawai bagi setiap perlawanan dan minimum seorang
pegawai mesti berada dalam sesuatu perlawanan.

2.4 Tempoh permainan adalah :

10 : 1 : 10 (10 minit setiap separuh masa dengan rehat diberi 1 minit)


digunakan untuk peringkat pusingan awal semua kategori.

15 : 3 : 15 (15 minit setiap separuh masa dengan rehat diberi 3 minit)


digunakan untuk peringkat suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga &
keempat dan akhir semua kategori.

2.5 Masa Rehat Pasukan (Team Time Out) - 1 minit :

2.5.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat


(Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.

2.5.2 Situasi yang dibolehkan untuk memohon Masa Rehat


Pasukan ialah semasa pasukannya mengawal bola dengan
menyerahkan Kad Hijau berukuran 15 cm x 20 cm kepada
Penjaga Masa (Time Keeper).

3. KELAYAKAN PESERTA & DOKUMEN SOKONGAN

3.1 Merujuk kepada Perkara 3,4 & 5 dalam Peraturan Am MSSM


serta Lampiran A Edisi Terbaharu 2019
4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Merujuk kepada Perkara 10 dalam Peraturan Am MSSM

4.2 Penetapan “seeded” dalam undian kumpulan tidak digunakan untuk


kejohanan tahun 2022.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

5.1 Pemberian mata dalam permainan secara Liga :

Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

5.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut :

5.2.1 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang


terbanyak akan dikira menang.

5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol


terbanyak
dikira menang

5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan


lawannya dikira menang.

5.2.4 Jika masih seri, lambungan syiling akan dijalankan


dengan keputusan ”best of three”

5.3 Secara Kalah Keluar

5.3.1 Bagi perlawanan secara kalah singkir, jika kedudukan


seri selepas sepenuh masa, sistem balingan 7 meter
akan dijalankan.

5.3.2 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana


keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka
lambungan syiling akan dijalankan dengan keputusan
’best of three’

5.4 Sistem Balingan 7 meter :

5.4.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan


balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli
oleh 5 pemain.

5.4.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah


diteruskan oleh baki pemain dalam pasukan secara
berselang-seli dengan sistem “sudden death” sehingga
keputusan diperolehi.

5.4.3 Pengadil akan memutuskan kawasan gol mana balingan


7 meter itu dijalankan dan membuat undian untuk
memulakan balingan 7 meter.

5.4.4 Hanya pemain-pemain yang layak kecuali pemain yang


dikenakan 2 minit (belum cukup tempoh selepas masa
tamat), kad merah atau kad biru dibenarkan mengambil
balingan 7 meter.

5.4.5 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter


dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan
balingan percuma.

5.4.6 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah


gelanggang.

5.4.7 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa


balingan 7 meter dijalankan.

6. SISTEM MATA MENENTUKAN JUARA KESELURUHAN

6.1 Sukan Bola Baling MSSM menggunakan Sistem Mata Set 2


(berpasukan) seperti yang telah diluluskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Sukan Bil 1/2017.

3 Kedudukan 4 Mata
5 Johan 6 30
7 Naib Johan 8 23
6.2 9 Ketiga 10 18 Syarat
11 Keempat 12 15 menentukan
13 5 – 8 (Kalah Suku 14 10 pemenang
Akhir) juara
15 9 – 16 (Pusingan Awal) 16 5 keseluruhan :
17 Tiada Penyertaan 18 0
6.2.1 MSS
Negeri yang mendapat markah tertinggi menjadi johan
keseluruhan dan seterusnya.

6.2.2 Jika markah punggutan adalah sama, maka jumlah


pungutan pingat akan diambil kira.

6.2.3 Jika masih seri, jumlah pertemuan kedua-dua pasukan


akan diambil kira.

6.2.4 Jika kedudukan masih terikat, maka akan diistiyarkan


pemenang bersama.
7. PAKAIAN / PERALATAN PEMAIN DAN ETIKA PAKAIAN PEGAWAI

7.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki sesuai
dengan permainan di permukaan gelanggang.

7.2 Pemain-pemain dilarang berkuku panjang, memakai jam tangan,


cincin rantai, subang yang boleh mendatangkan kecederaan.

7.3 Pengunaan gam / glue tidak dibenarkan.

7.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set


jersi yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain
memakai jersi yang bernombor di bahagian belakang dan di bahagian
hadapan. Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga
tamat kejohanan.

7.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi


masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

7.6 Pegawai-pegawai pasukan yang berada di bangku simpanan tidak


dibenarkan memakai seluar jeans, seluar pendek dan selipar.

7.7 Pertukaran warna jersi, jika berlaku, pemakaian jersi yang sama
warna sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki
menukar jersi.

8. GELANGGANG PERMAINAN

8.1 Merujuk kepada Perkara 1 dalam buku “ Rule of The Game” IHF.

8.2 Tiap-tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan


keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-
kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter
dari garisan gol.

9. BOLA

PERINGKAT
LILITAN BERAT
UMUR SAIZ
50 – 52 cm 290 – 330 gm Saiz 1
12 TKB (L & P)

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Merujuk kepada Perkara 11 dalam Peraturan Am MSSM


11 KELEWATAN

1.1 Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat.
Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan
dengan 2 mata dan dengan jaringan 3 – 0.

12 BATAL (KAD MERAH / KAD BIRU)

12.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu


kad merah (tanpa laporan bertulis), pemain atau pegawai
berkenaan tidak boleh bermain dalam 1 perlawanan berikutnya.

12.2 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad
biru (dengan laporan bertulis) pemain berkenaan akan
digantung mengikut keputusan jawatankuasa teknikal.

12.3 Pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-


turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad
merah, pemain tersebut dibenarkan bermain untuk perlawanan
seterusnya.

13 PENANGGUHAN PERLAWANAN

13.1 Jika berlaku penangguhan perlawanan atas sebab-sebab


keselamatan atau bencana alam maka perkara berikut diguna
pakai :

13.1.1 Perlawanan disambung semula jika penangguhan


perlawanan tidak melebihi 12 jam dan perlawanan
TELAH mencapai 60% masa perlawanan.

13.1.2 Perlawanan ulangan jika penangguhan


perlawanan melebihi 12 jam dan perlawanan
BELUM mencapai 60% masa perlawanan.

14 BANTAHAN

14.1 Merujuk kepada Perkara 12 dalam Peraturan Am MSSM

15. LEMBAGA JURI RAYUAN

15.1 Merujuk kepada Perkara 13 dalam Peraturan Am MSSM

16. LEMBAGA TATATERTIB

16.1 Merujuk kepada Perkara 14 dalam Peraturan Am MSSM


17. PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

17.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang
berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknikal Bola Baling


MSS Perak

Anda mungkin juga menyukai