Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BOLA BALING

BAWAH 12 TAHUN LELAKI

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI DAERAH BATANG PADANG (KSSMOA)

TAHUN 2023

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

1.0 Undang –undang Permainan

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa


(IHF), Peraturan AM MSSM dan Peraturan-peraturan AM MSSPk.

2.0 Jenis Pertandingan

2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah rendah Bawah 12 tahun di


Daerah Batang Padang. Setiap sekolah boleh diwakili oleh pasukan seperti
berikut:

2.1.1 Lelaki Bawah 12 Tahun

2.2 Tempoh Perlawanan

2.2.1 Secara Liga


• 7 minit separuh masa dengan 1 minit rehat (7 : 1 : 7)
• Ada kad hijau – timeout 1 minit setiap pasukan dalam 1 perlawanan

3.0 Pendaftaran Pemain

Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 10 orang pemain yang berdaftar dengan 7 orang
akan diturunkan bermain pada satu-satu masa dan 2 orang pemain ganti.

4.0 Sistem Pertandigan

4.1 Liga Round Robin


4.1.1 Semua pasukan berada di dalam 1 kumpulan.
4.1.2 Pasukan yang memperoleh mata terbanyak akan dikira johan.

5.0 Cara Menentukan Keputusan

5.1 Secara liga

Cara memberi mata :

Menang - 2 mata

Seri - 1 mata

kalah - 0 mata
5.2 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
akan ditentukan seperti berikut :

5.2.1 Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang banyak akan dikira
menang.
5.2.2 Jika masih seri , pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira
menang.
5.2.3 Jika masih seri , pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
5.2.5 Jika masih seri, sistem balingan 7 meter akan dijalankan, 3 kali setiap
pasukan secara berselang-seli.
5.2.6 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan
kurang jelas atau keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan maka
lambungan wang syiling sebanyak 3 kali akan dijalankan.

5.3 Sistem balingan 7 meter (Penalti)

5.3.1 Setiap pasukan mengambil 3 balingan dari garisan balingan 7 meter


dengan cara membaling berselang-seli oleh 3 pemain.
5.3.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara
berselang-seli dengan sistem ‘Sudden death’ sehingga keputusan
diperoleh.
5.3.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
5.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan
membuat balingan dahulu.
5.3.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut
dibenarkan mengambil balingan 7 meter.
5.3.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol
pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
5.3.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
5.3.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter
dijalankan.

6.0 Pakaian

Sila rujuk Undang-undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara yang berikut:

6.1 Semua pemain diwajibkan memakai kasut dan bersarung kaki.


6.2 Pemain-pemain diwajibkan memakai kasut sekolah atau kasut sukan.
6.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan
warna bagi setiap peringkat umur. Pemain mestilah memakai jersi yang bernombor di
depan dan belakang. Di bahagian belakang dengan ukuran tinggi nombor sekurang-
kurangnya 20cm dan 10 cm ukuran.
6.4 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-masing
semasa mesyuarat pengurusan pasukan.
6.5 Pertukaran warna jersi : jika berlaku pemakaian jersi yang sama sebelum pertandingan
oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya tercatat dahulu di dalam jadual
perlawanan dikehendaki menukar jersi.

7.0 Alatan (Bola)

Peringkat Umur Saiz Bola


12 tahun Lelaki Saiz 1

8.0 Kelewatan

Hanya 10 minit akan diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak
lawannya akan diberi kemenangan dengan 2 mata dan bilangan gol 3 – 0.
9.0 Menarik Diri dan Menyerah Kalah

9.1 Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian di dalam pertandingan ini TIDAK


DIBENARKAN menarik diri atau enggan bermain dan menyerah kalah.
9.2 Sekiranya ada, maka semua keputusan perlawanan terdahulu pasukan berkenaan
dengan pasukan-pasukan yang akan dikira BATAL. Pasukan yang berkenaan tidak
dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.
9.3 Jika terdapat kes-kes yang demikian di dalam pertandingan ini, maka pasukan yang
berkenaan akan dikenakan denda wang tunai sebanyak RM 300.00 serta akan dirujuk
kepada Lembaga Tatatertib J/K Induk Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Batang
Padang.

10.0 Singkir (Kad Merah) dan Batal

10.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau dibatal
dalam satu-satu perlawanan, dia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Kecuali
pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-turut dalam sesuatu
perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah dibenarkan bermain untuk perlawanan
seterusnya.
10.2 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan disingkir, dia tidak dibenarkan bermain
atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana
perlawanan sepanjang kejohanan tersebut.

11.0 Bantahan

11.1 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya ada pasukan yang ingin membuat
bantahan, maka bantahan hendaklah dikemukakan secara lisan terlebih dahulu
kepada Pegawai Teknik yang bertugas.
11.2 Bantahan Rasmi secara bertulis beserta wang tunai (deposit) RM 200.00 hendaklah
diserahkan kepada Pegawai Teknik yang bertugas yang sama dalam 30 minit
selepas bantahan secara lisan.
11.3 Sekiranya selepas 30 minit, Bantahan Rasmi secara bertulis tidak diterima, maka
dikira bantahan tidak dibuat.
11.4 Wang tunai (deposit) RM 200.00 akan dikira LUPUT jika didapati oleh J/K Teknik dan
Pertandingan bahawa bantahan tersebut tidak berasas dan tidak wajar.
11.5 Keputusan J/K Teknik dan pertandingan adalah MUKTAMAD.

12.0 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan

Semua perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan AM MSSPk dan Peraturan
Kejohanan Bola baling ini akan diputuskan oleh Jawatan kuasa Pengelola Kejohanan dan
keputusannya adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai