1. NAMA PERTANDINGAN
1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Sempena
Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke – 49, 2006.
2. PENGANJUR/ PENGELOLA
2.1. Pertandingan ini dianjurkan/dikelolakan oleh PEMADAM Daerah
Seremban, Cawangan Negeri Sembilan.
2.2 Tarikh pertandingan : 2 September 2006 ( Sabtu )
2.3 Masa : 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang.
2.4 Tempat Pertandingan : Padang Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Paroi
Seremban (Tepian Gelanggang)
3. HADIAH
3.1. Johan - Wang Tunai RM500.00 serta Hadiah Iringan
3.2 Naib Johan - Wang Tunai RM300.00 serta Hadiah Iringan
3.3 Ketiga - Wang Tunai RM200.00 serta Hadiah Iringan
3.4 Keempat - Wang Tunai RM100.00 sahaja
4. BAYARAN PENYERTAAN
4.1 Pasukan yang mengambil bahagian dikenakan bayaran penyertaan
sebanyak RM50.00 sahaja.
4.2 Tarikh tutup penyertaan - 25 Ogos 2006, Jam 5.00 Petang.
4.3 Tarikh undian - 30 Ogos 2006.
5.1. Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari sembilan (9) orang
pemain.
5.2 Pendaftaran pemain hanya diakui sah oleh Jawatankuasa Pertandingan
apabila butir-butir berikut dicatatkan dalam Borang Pendafiaran.
a) Nama Penuh
b) No. Kad Pengenalan
c) Tarikh Lahir
d) Tandatangan Pemain
5.4. Seseorang pemain tidak boleh didaftar lebih dari satu pasukan. Pemain itu
akan digantung sepenuh perlawanan sekiranya didapati melanggar
peraturan ini.
6. FORMAT PERTANDINGAN
6.1. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada dua (2) kumpulan yang
akan ditentukan dengan cara undian.
6.2. Perlawanan dijalankan secara kalah mati. Johan kumpulan A akan bertemu
Johan Kumpulan B bagi menentukan johan dan naib johan. Naib Johan
kumpulan A bertemu Naib Johan kumpulan B bagi menetukan tempat
ketiga dan keempat.
6.3. Sekiranya perlawanan berkesudahan dengan seri, tendangan penalti
sebanyak 3 kali akan diberi dan jika ianya masih seri, pemenang akan
ditentukan dengan cara Toss of Coin (Ientingan syiling).
9. PENANGGUHAN PERTANDINGAN
9.1 Permohonan penangguhan permainan dari mana-mana pasukan tidak akan
dilayan. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pertandingan berhak
meminda susunan atau masa perlawanan jika diperlukan. Sebarang
pindaan yang dilakukan akan dimaklumkan kepada Pengurus Pasukan
masing-masing dengan seberapa segera.
10. HUKUMAN
10.1. Seseorang pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning dalam satu
perlawanan secara otomatik diberi kad merah dan diarah keluar padang
serta digantung satu permainan.
10.2. Seseorang pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning
dalam 2 perlawanan secara otomatik tidak dibenarkan bermain dalam satu
perlawanan seterusnya.
10.3. Seseorang pemain yang dikenakan hukuman kad merah diarah
keluar padang dan digantung satu perlawanan seterusnya.
11. BANTAHAN
11.1. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan secara bertulis dan hendaklah ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan dalam tempoh 10 minit setelah berakhirnya
perlawanan berserta dengan wang tunai RM 100.00.
11.2. Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika bantahan itu ditolak.
11.3. Bantahan berhubung dengan fakta perlaksanaan undang-undang
oleh pengadil tidak akan dilayan. Keputusan pengadil pertandingan adalah
muktamad.
11.4. Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti yang kukuh.
12. PERATURAN AM
12.1. Semua pemain diwajibkan berpakaian lengkap sukan bolasepak
12.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas apa-apa tuntutan
kerugian, kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas
pertandingan.
Borang Pendaftaran
Alamat : ………………....………………………………………….
…………………….………………………………………
.............................................................................................
(Nama : )
Tarikh : ………………