Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PADAS,

WDT 121, 90500, SANDAKAN, SABAH.


EMAIL : XBA2005@moe.edu.my
*************************************************************************************

ANJURAN BERSAMA
UNIT KO-KURIKULUM SK. SUNGAI PADAS
& PIBG SK. SUNGAI PADAS, SANDAKAN
KERTAS KERJA
JOGATHON PADAS FUN RUN 2.0 - 2019

1.0 PENDAHULUAN
Jogathon merupakan program larian adalah suatu aktiviti bersukan yang
sihat dan sesuai untuk dijadikan sebagai aktivti riadah serta memupuk minat dan
budaya bersukan di kalangan masyarakat.
Jogathon Padas Fun Run 2.0 akan menjadi salah satu platform untuk
mengutip dana PIBG dengan kerjasama pihak sekolah bagi melaksanakan
program berkaitan pembangunan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid.
Program yang bakal dilaksanakan ini merupakan satu kolaborasi yang
melibatkan warga sekolah, PIBG serta masyarakat setempat dalam konteks
sarana untuk pembangunan modal insan murid-murid.
Program ini dinamakan JOGATHON PADAS FUN RUN 2.0.

2.0 OBJEKTIF:

2.1 Mengumpul dana bagi tujuan:

2.1.1 Membiayai pembangunan kokurikulum sekolah. Anggaran bajet


RM10,000:
i. Projek “Shining Stars 2019-2020”
ii. melengkapkan peralatan dan kemudahan sukan;
iii. membiayai kos-kos program di bawah unit kokurikulum.

2.1.2 Membaikpulih dan menaiktaraf dewan terbuka untuk keselesaan dan


keselamatan murid-murid khasnya dan warga sekolah amnya. Anggaran
bajet sebanyak RM15,000.
i. Memasang kipas di setiap tiang dewan terbuka;
ii. Merata dan mengecat lantai serta mengecat keseluruhan
dewan terbuka tersebut;
iii. Memperbaiki talang air hujan (pancuran) / gutter di sekeliling
dewan terbuka;
iv. Menambah awning di sisi kiri dan kanan dewan bagi menambah
keredupan di dewan tersebut.
v. Melebarkan lantai dewan.

2.2 Meningkatkan kemahiran profesionalisme guru dan staf sokongan sekolah


dalam konteks mengurus program dan kemahiran insaniah yang berkaitan.
2.3 Mewujud dan meningkatkan semangat kerja sepasukan di kalangan warga
sekolah dan PIBG.

2.4 Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menyemai nilai-nilai
murni seperti bekerjasama, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

2.5 Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam kalangan ibu bapa, guru,
murid-murid dan masyarakat setempat.

3.0 PENGANJUR
Unit Ko-Kurikulum SK. Sungai Padas dengan kerjasama PIBG SK. Sungai
Padas, Sandakan, Sabah.
4.0 BUTIRAN LARIAN JOGATHON PADAS FUN RUN 2.0 2019 :
i. Tahun Penganjuran : 2019
ii. Tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)
iii. Tempoh Pelaksanaan Kutipan : 8 – 25 Julai 2019 (18hari)
iv. Lokasi Larian : rujuk lampiran 8
v. Masa Larian : mulai 7 pagi hingga 11 pagi
vi. Pendaftaran : 25 – 27 Julai 2019

5.0 SASARAN PENYERTAAN:


a) Terbuka Kanak-Kanak (10-12 tahun)
i) Lelaki
ii) Perempuan
b) Terbuka Remaja (13-20 tahun)
i) Lelaki
ii) Perempuan
c) Terbuka Dewasa (21 tahun ke atas)
i) Lelaki
ii) Perempuan
6.0 KATEGORI LARIAN:
6.1 Larian Jogathon Padas Fun Run 2.0 ini terbuka kepada individu dengan
kelayakan asas seperti berikut :
i. Sihat tubuh badan
ii. Kategori : ( Lelaki & Perempuan )
Bil Kategori (Tahun ) Jarak Jarak
(Lelaki) (Perempuan)
1 Kanak-Kanak : 10 thn – 12 thn 3 km 3 km
2 Remaja : 13 thn – 20 thn 5 km 5 km
3 Dewasa : 21 thn ke atas 5 km 5 km

7.0 SYARAT-SYARAT LARIAN JOGATHON PADAS FUN RUN 2.0 2019


Rujuk Lampiran 1

8.0 KAD KUTIPAN LARIAN JOGATHON PADAS FUN RUN 2.0 2019
8.1 Rujuk Lampiran 2

8.2 Kad Kutipan Padas Fun Run 2.0 akan diedarkan kepada semua guru,
kakitangan sekolah dan PIBG serta kepada guru-guru kelas untuk
dibahagikan kepada murid-murid mengikut kelas masing-masing pada 8
Julai 2019.

8.3 Tempoh pelaksanaan kutipan : 08-25 Julai 2019 selama 18 hari.

8.4 Hadiah Khas akan disediakan kepada kutipan tertinggi dalam 2 kategori :
i) Murid-murid;
ii) Dewasa.

8.5 Derma minima ialah sebanyak RM1.00 seorang dan pungutan minima
bagi tiap-tiap Kad Jogathon ialah RM50.00 bagi murid-murid dan
dewasa (semua warga sekolah, ibu bapa dan PIBG)

8.6 Semua kad kutipan dan wang pungutan hendaklah diserahkan kepada
Bendahari Program Larian Jogathon “Padas Fun Run 2.0 (2019)” :- Pn.
Halizah binti Muhd. Dun pada atau sebelum 25hb Julai 2019.

8.7 Kad TIDAK BOLEH diperbanyakkan


8.8 Sebarang maklumat TIDAK BOLEH diubah / dipadam dengan
sebarang alat pemadam (liquid paper).
8.9 Kad yang hilang akan dikenakan denda sebagai RM50.00

8.10 Pemungut yang dibenarkan adalah warga sekolah, ibubapa @ waris dan
murid-murid.

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran 3

10.0 PENAUNG DAN VIP PERASMIAN


YB ARUNARNSIN BIN TAIB
Pembantu Menteri Belia dan Sukan
Kementerian Belia Dan Sukan Sabah

11.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 4

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 5

13.0 NOMBOR AKAUN BANK DAN SALINAN PENYATA AKAUN BANK


Rujuk Lampiran 6

14.0 HADIAH
Rujuk Lampiran 7

15.0 LOKASI LARIAN JOGATHON PADAS FUN RUN 2.0


Rujuk Lampiran 8

16.0 PENUTUP
Larian Jogathon Padas Fun Run 2019 ini dijalankan berlandaskan objektif
mengumpul dana untuk membiayai pembangunan kokurikulum sekolah dan
membaikpulih dan menaiktaraf dewan terbuka untuk keselesaan dan
keselamatan murid-murid khasnya dan warga sekolah amnya. Misi serta visi
sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dijangka dapat diterapkan di
kalangan semua warga pendidikan yang terlibat dalam Jogathon Padas Fun Run
2.0 kali ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan
individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan
sosialnya juga dapat direalisasikan dalam Jogathin Padas Fun Run 2.0.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ___________________________
CIK NORAIN BINTI RAMLI PN. SUSAN BINTI ATTAU
Setiausaha 1 Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Jogathon Padas Fun Run 2.0 SK. Sungai Padas, Sandakan
Naib Pengerusi 1
Jogathon Padas Fun Run 2.0

Disahkan oleh,

__________________________ ___________________________
EN. AWANG MAHALI PN. ROSDIATY BT ROSLAN
Guru Besar YDP PIBG
SK. Sungai Padas, Sandakan SK. Sungai Padas, Sandakan
Pengerusi Pengerusi Bersama
Jogathon Padas Fun Run 2.0 Jogathon Padas Fun Run 2.0

Anda mungkin juga menyukai