Anda di halaman 1dari 4

JPK-1

LAPORAN JALINAN PINTAR KORPORAT


Nama Program Jalinan Pintar Korporat
Nama Peserta Susan Binti Attau
Kelas SRSB2
Kumpulan Kumpulan 1
Tarikh 07.08.2019 ( RABU )
Tempat SK. Rugading Tuaran
Lokasi/ Alamat SK.Rugading, Jalan Kota Kinabalu-Tuaran, Kampung
Rugading Tuaran.
Pelaporan aktiviti Jalinan Pintar Korporat(JPK) yang dilaksanakan.

1. Mengenal pasti dan perbincangan dengan sekolah.

Satu delegasi seramai 6 orang daripada jawatankuasa JPK SRSB2 telah


membuat satu kunjungan untuk melamar SK Rugading sebagai sekolah JPK
pada pada 28/07/2019 jam 10pagi yang lalu. Berdasarkan info yang kami
perolehi daripada Gurubesar SK Rugading iaitu En. Eke Andrias Junior, kami
telah mengambil keputusan bersama-sama dengan Gb tersebut agar
membuat 4 program yang dapat membantu mengatasi atau sekurang-
kurangnya membawa perubahan kepada 4 isu yang menjadi menghalang
kepada pencapaian maksimum sekolah. 4 isu tersebut adalah :- pencapaian
upsr yang merundum selama 3 tahun berturut-turut; keceriaan sekolah;
disiplin hardcore; murid lemah dalam pembelajaran.

2. Mengenal pasti dan perbincangan dengan tokoh/agensi korporat.

Kami telah berbincang melalui jawatankuasa JPK SRSB2 dalam funding


untuk menjayakan program JPK tersebut. Kami mensasarkan untuk
mendapatkan sumbangan dana dari orang peseorangan, tokoh-tokoh politik,
organisasi kerajaan dan agensi korporat. Saya sendiri telah dapat berhubung
dengan YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri
Sabah yang juga merupakan ahli parlimen kawasan sekolah tersebut. Melalui
perbualan saya (Whatsapp), YB DSP telah bersetuju menyumbang dana
sebanyak RM3000 untuk assist dalam funding program JPK tersebut.
Kerjasama kumpulan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM11,500
(Wang Tunai, peralatan & tenaga) untuk funding tersebut melalui agensi-
agensi seperti berikut:
- PDRM
- IPG Kent
- Hospital Likas
- IAB Cawangan Sabah
- PIBG
- PEKEMA
- Agensi Pekerjaan TKA SDN BHD
- Three brothers Ent
- IBIS style hotel
- Borneo scuba support SDN BHD
- Pomborong Ibnor Ent
- Crypt Berneo Ent
- Klinik Dr. Siti
- Fns A (s) ent
- Noor F4 ent

3. Tujuan dan objektif aktiviti JPK dilaksankan.

 Latar belakang aktiviti.


- Secara amnya, ada 4 isu kritikal yang telah diberikan oleh Guru
Besar untuk kami menjalnkan intervensi bagi mengatasi isu yang
diberikan. Berikut ini adalah isu-isu krityikal yang telah diberikan:
1.Keputusan UPSR merundum 3 tahun berturut-turut.
2.Bangunan sekolah baharu.
3.Disiplin Hardcore.
4.Murid tidak dapat mengupayakan potensi diri untuk menguasai
Pembelajaran.

 Bila dan di mana Aktiviti dilaksanakan.

Tarikh pelaksanaan : 07.08.2019 (RABU)


Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Sk. Rugading Tuaran.

 Peserta dan organasasi yang terlibat.

PESERTA:
- 23 Peserta NPQEL 2.0 Ambilan 2/2019 SRSB2
- 76 Calon UPSR 2019
-
ORGANASASI YANG TERLIBAT:
- PDRM
- IPG Kent
- Hospital Likas
- IAB Cawangan Sabah
- PIBG
- PEKEMA
- Agensi Pekerjaan TKA SDN BHD
- Three brothers Ent
- IBIS style hotel
- Borneo scuba support SDN BHD
- Pomborong Ibnor Ent
- Crypt Berneo Ent
- Klinik Dr. Siti
- Fns A (s) ent
- Noor F4 ent

TOKOH YANG TERLIBAT:


YB DSP MADIUS TANGAU AHLI PERLEMENT TUARAN
 Kaedah pelaksanaan.
- CERAMAH MOTIVASI

4. Pencapaian aktiviti JPK

 Hasil yang dicapai dari aktiviti yang dilaksanakan.

SEBELUM
1. Kesedaran murid terhadap kepentingan pencapaian dalam UPSR
2. kurang.Kesediaan menghadapi hari peperiksaan kurang
SEMASA
1.Murid mempamerkan keterbukaan terhadap aktiviti yang dijalankan.
2.Murid dapat menghayati intipati pengisian program.
SELEPAS
1. Perubahan paradigma murid.
2. Keyakinan murid untuk menghadapi UPSR meningkat.

 Perbandingan hasil dengan matlamat.

1.Dapat mewujudkan jaringan yang kukuh dan saling bekerjasama antara


peserta NPQEL 2.0 SRSB2 dan sekolah.
2.Wujudnya keyakinan diri daripada para peserta NPQEL 2.0 SRSB2
dalam menghadapi dunia sebenar sebagai bakal Pemimpin berprestasi
sekolah.

5. Cabaran aktiviti JPK

 Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti.

1. Venue program tidak kondusif.


2. Kesukaran mencari penceramah
3. Program sekolah yang bertindan.
4. Kekangan masa.

6. Cadangan penambaikan

 Cadangan penambahbaikan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti JPK


di sekolah setelah tamat program NPQEL.

1. Memanfaatkan hubungan dengan badan korporat secara maksimum


untuk menjalankan program,aktiviti dan pembangunan pasarana sekolah.

2. Memastikan PIBG sebagai sumber sokongan dan kekuatan pihak


pengurusan sekolah untuk menjalankan program atau aktiviti di sekolah.

3. Mengadakan perjanjian pintar @ MOU sektor swasta untuk


memastikan kesinambungan kerjasama yang telah wujud.
4. Pemilihan venue adalah sangat penting dalam melaksanakan
sebarang program atau aktiviti. Ini bagi memastikan supaya objektif program
dapat disampaikan secara berkesan dan penerimaan peserta yang
maksimum.

7. Penutup

 Rumusan aktiviti JPK.

Walaupun terdapat cabaran semulajadi seperti hujan dan penyediaan


venue yang tidak sesuai, saya dapat merumuskan bahawa program
secara keseluruhanya adalah berjaya. Ini dapat dilihat melalui kelancaran
semua aktiviti yang telah dirancang. Melalui pemerhatian kami juga, para
peserta yang terlibat dalam program ini menunjukkan kepuasan dan
memperlihatkan emosi yang terkesan daripada aktiviti yang telah
dijalankan.

Pengakuan:

Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia diambil
tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karaya ini diplagiat daripada hasil
karya pihak tertentu yang terdahulu.

Tandatangan:

Nama: SUSAN BINTI ATTAU Tarikh: 07.08.2019 (RABU)

Anda mungkin juga menyukai