Anda di halaman 1dari 13

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

BIODATA

2009172360010

NAMA JANTINA NO. K/P KETURUNAN AGAMA OPSYEN

: HAFIZAN BIN MUNIER : LELAKI : 820614-10-5573 : MELAYU :ISLAM : PGSR NOV 2009 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN.

NO.H/P SEKOLAH BERTUGAS

: 019-2359538 : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR.

PENSYARAH PENYELIA

: DR SHAHRUL ARBAIAH BT OSMAN

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

1.0

PENGHARGAAN.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan rahmat-Nya dapat kami meneruskan kehidupan sehingga pada saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin Allah, saya dipermudahkan untuk

menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Shahrul Arbaiah Binti Osman kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan bagi kursus PKU 3112 Pemulihan Dalam Komuniti ini. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan ibunda saya atas kata-kata semangat yang tak pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik mereka. .Ringkasnya, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang tidak pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-mudahan tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi dan manfaat kepada diri saya sebagai guru serta dapat menyampaikannya kepada para pelajar kelak.

Sekian Terima Kasih.

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

2.0

PENGENALAN. Kursus ini merupakan salah satu kursus yang wajib diambil oleh peserta program

PGSR pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran semester 7. Kursus ini memwajibkan kami melaksanakan satu aktiviti kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah tangunggjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat. Projek tersebut perlu dilaksanakan dalam kumpulan kecil dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain daripada merancang dan menyiapkan projek, kuliah juga perlu dihadiri oleh peserta PGSR bagi melengkapkan diri kami dengan pengetahuan asas mengenai PDK secara umumnya. Perbincangan dengan pihak PDK juga perlu dilakukan bagi memastikan program yang bakal dirancang dipersetujui bersama bagi mengelakkan daripada berlaku beberapa insiden yang tidak diingini. Projek yang dirancang haruslah melibatkan bukan sahaja golongan OKU yang ditempatkan di PDK malah perlu melibatkan anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada OKU didedahkan dengan komuniti setempat. Laporan setiap program dan aktiviti yang dijalankan harus dibuat dan diserahkan kepada pensyarah pembimbing sebagai bahan bukti pelaksanaan projek yang telah dilakukan.

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

3.0 3.1

REFLEKSI AKTIVITI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI. Pengenalan. Pada 28 hingga 30 Mac 2013, saya beserta 9 orang peserta program PGSR

Institut Perguruan Malaysia Kampus Ilmu Khas telah menjalankan aktiviti selama tiga hari di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan yang terletak di Taman Ehsan Kepong. Dalam menjalankan dan menjayakan aktiviti tersebut kolabarasi dan perbicangan awal bersama ahli jawatankuasa pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti telah dilaksanakan pada 2 bulan sebelumnya bagi melicinkan program yang bakal dijalankan. Perbincangan yang dilakukan adalah penting dalam membincangkan aktiviti yang dijalankan adalah sesuai dengan latar murid dan latar tempat pusat tersebut.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Petaling ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Jamil Bin Haji Mustafa dan dikelolakan oleh beberapa orang tenaga kerja. Terdapat murid dalam lingkungan 15 hingga 25 murid yang telah didaftarkan, namun hanya 20 orang yang murid yang aktif hadir di pusat tersebut. Seperti yang disedia maklum Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini ditempatkan khususnya kepada golongan individu atau kanak-kanak yang gagal ditempatkan di sekolah oleh sebab faktor masalah penyakit yang dihadapi. Justeru itu, murid-murid yang ditempatkan pada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai masalah seperti cerebral parsy, autisme, sindrom down dan banyak lagi.

Pengalaman saya perolehi dalam menjayakan program yang dirancang ini adalah sangat bermakna. Interaksi sosial antara saya dengan guru-guru, murid-murid dan masyarakat dipersekitaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti memberikan saya keyakinan yang tinggi bagi saya dalam menempuhi alam pekerjaan saya sebagai guru

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

pada masa kini. Pengetahuan dan pengalaman ini membolehkan saya mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman yang telah saya pelajari untuk disekolah nanti. InsyaAllah.

3.2

Tanggungjawab dan Jawatan Yang Disandang

Bagi program selama tiga hari yang telah dijalankan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Petaling. Saya telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa kecil dalam AJK Induk Program Khidmat Siswa di PDK ini. Saya juga telah memegang jawatan sebagai penyelaras program keceriaan didalam AJK pelaksana aktiviti keceriaan di PDK Taman Ehsan. Tugas pertama saya sebagai penyelaras program keceriaan menjadi tangungjawab saya untuk menyediakan satu kertas cadangan aktiviti keceriaan yang akan dijalankan di PDK Taman Ehsan nanti. Selain itu antara tugas yang perlu saya selesaikan sebagai penyelaras program, adalah tanggungjawab saya dalam

memastikan dan memantau ahli jawatankuasa kecil melaksanakan tugas yang telah diberikan.

Bagi melicinkan program aktiviti keceriaan di PDK Taman Ehsan saya telah melakukan perbincangan bersama pengerusi saya iaitu En. Suhairi Bin Abu Bakar terlebih dahulu dalam menentukan aktiviti keceriaan di PDK Taman Ehsan, Kepong. Setelah kata sepakat diperolehi pengerusi saya melakukan perbincangan bersama dengan pihak ahli jawatankuasa Pusat Pemulihan Dalam Komuti Taman Ehsan dalam merancang dan mempersetujui aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari yang telah ditetapkan.

Selain menyandang sebagai penyelaras program aktiviti keceriaan, saya juga telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi dan laporan bagi program akademik iaitu aktiviti membuat cendawan hiasan. Tugas yang telah saya jalankan sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi aktiviti membuat cendawan hiasan ialah saya telah mengambil gambar kronologi peristiwa sebelum, semasa dan selepas aktiviti

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

membuat cendawan hiasan yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan. Setelah selesai aktiviti membuat cendawan hiasan, tugas saya seterusnya ialah menyediakan satu laporan penuh program akademik iaitu aktiviti membuat cendawan hiasan sebagai bukti aktiviti ini telah kami jalankan dengan jayanya. Alhamdulillah, tanggungjawab saya sebagai penyelaras program aktiviti kecerian dan juga ahli jawatankuasa dokumentasi dan laporan aktiviti membuat cendawan hiasan dapat saya laksanakan dengan baik. Pengalaman menyandang jawatan yang telah dilantik ini sedikit sebanyak meningkat daya kepimpinan saya dalam memimpin sesebuah organisasi.

3.3

Program Aktiviti Keceriaan di PDK Taman Ehsan.

Berketetapan pada 28 Mac 2013, saya dan kumpulan seramai 10 orang peserta PGSR 2009 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mengadakan satu program khidmat sosial di PDK Taman Ehsan. Perjalanan aktiviti khidmat sosial ini di mulakan dengan aktiviti keceriaan di PDK Taman Ehsan ini.

Aktiviti keceriaan ini dimulakan dengan taklimat yang di taklimatkan oleh saya sendiri untuk menerangkan aktiviti keceriaan yang perlu dilakukan di bangunan dan kawasan sekitar PDK Taman Ehsan. Taklimat saya lebih berfokus kepada pengagihan tugas kepada rakan-rakan supaya perjalanan aktiviti keceriaan yang melibatkan beberapa perkara yang besar dapat dijalankan dengan lancar ini kerana ia melibatkan penggunaan masa yang terhad. Antara aktiviti yang telah saya dan kumpulan selesaikan ialah aktiviti gotong-royong, mengecat mural, menanam pokok bunga dan memotong rumput di sekitar kawasan PDK Taman Ehsan.

Penggalaman saya sebagai guru banyak membantu melancarkan aktiviti keceriaan seperti ini kerana guru di sekolah sememangnya sinonim dengan aktiviti

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

keceriaan seperti ini. Penggalaman saya menghias bilik darjah dan juga kawasan sekolah banyak memberi inspirasi kepada saya sebagai penyelaras program keceriaan dimana penggalaman ini banyak membantu saya mencurahkan buah fikiran kepada rakan-rakan lain untuk membantu PDK Taman Ehsan menjadi lebih kondusif.

Saya amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak PDK Taman Ehsan dan rakan-rakan dalam kumpulan saya. Kekuatan pada aktiviti ini ialah kerjasama dan persefahaman yang baik diantara kami dalam kumpulan menjadi tunjang utama menjayakan aktiviti keceriaan ini. Rakan-rakan saya telah memberi kerjasama yang padu dengan menyiapkan aktiviti gotong-royong, mengecat mural dan menanam pokok bunga tanpa ada rasa untuk menggelakan diri dalam penglibatan keseluruhan aktiviti. Oleh yang demikian perjalanan aktiviti keceriaan ini berjalan dengan jayanya dan menghasilkan hasil kerja yang cemerlang. Suasana suram dikawasan PDK Taman Ehsan telah bertukar menjadi suasana yang ceria setelah saya dan kumpulan khidmat siswa PGSR membuat sentuhan kreatif bagi mewujudkan suatu kawasan pembelajaran yang lebih kondusif di PDK Taman Ehsan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam aktiviti keceriaan ini. Kesan daripada kekangan masa yang saya hadapi aktiviti keceriaan ini terbantut dengan kami kekurangan bahan untuk menyelesaikan kerja-kerja mengecat mural dan menghiasi kawasan PDK dengan

ketetapan masa yang telah dijadualkan. Kejadian ini berlaku kerana semasa aktiviti mengecat mural berjalan kami kehabisan cat untuk mewarna mural yang telah dilukis. Saya dan rakan terpaksa membeli semula kekurangan cat yang diperlukan dan ini melibatkan masa untuk meneruskan akitiviti mengecat mural tersebut.

Untuk memperbaiki kelemahan yang ada, saya mencadangkan pada masa akan datang untuk mengatasi masalah seperti yang telah dialami adalah dengan membuat penilaian keperluan bahan yang lebih tepat supaya kekurangan bahan semasa aktivti

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

berjalan dapat diatasi. Dengan penyelesaian begini tempoh masa yang telah dijadualkan untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti dapat diikuti.

3.4

Aktiviti Lawatan Home Based.

Aktiviti lawatan ke rumah orang kurang upaya (OKU) merupakan salah satu model pelaksanaan program PDK di Malaysia. Oleh yang demikian pada 29 Mac yang lalu saya dan rakan kumpulan PGSR telah mengadakan aktiviti home based sepertimana tuntutan yang perlu dipenuhi dalam kursus PKU 3112 ini. Aktiviti home based ini melibatkan kakitangan PDK Taman Ehsan, ibu bapa dan peserta PGSR dalam khidmat siswa ini. Aktiviti yang telah kami lakukan semasa aktiviti home based adalah seperti aktiviti terapi yang sangat bersesuaian dengan kekurangan OKU dalam perkembangan psikomotor halus dan psikomotor kasar. Saya dan rakan-rakan telah membuat lawatan home based ke rumah Puan Syarifah Khadijah Hanam iaitu penyelia PDK Taman Ehsan sendiri. Dengan kelebihan ini menjadi kekuatan kepada kami peserta PGSR yang kurang penggalaman untuk berhadapan dengan OKU semasa dirumah. Penggalaman saya semasa di sekolah mengajar kanak-kanak berkeperluan khas adalah amat berbeza sama sekali dengan aktiviti lawatan home based ini. Kesudian beliau membawa saya dan rakan -rakan untuk menjalankan aktiviti home based banyak membantu saya dalam menjalankan aktiviti terapi terhadap anak beliau. Kekurangan ilmu mengenai terapi banyak dibantu oleh beliau sendiri dimana saya banyak mendapat pengetahuan untuk menguruskan golongan OKU mendapatkan khidmat terapi. Selain itu saya juga telah mendapat banyak infomasi berkaitan masalah kesihatan, kos perubatan yang telah dibelanjakan untuk membantu anak beliau menjalani kehidupan seharian. Beliau telah memaklumkan kepada saya mengenai susu yang digunakan oleh anak beliau dimana susu khas itu

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

adalah sangat mahal dan sukar didapati. Ini kerana susu yang diberikan mempunyai kandungan khas untuk mengatasi masalah anak beliau yang menghadapi masalah kekejangan. Disebalik kelebihan dan kekuatan yang dimiliki, saya tidak terlepas dari kelemahan yang dihadapi sepanjang aktiviti home based berlangsung. Walaupun saya bekerjaya sebagai guru pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah penguasaan ilmu mengenai khidmat terapi sangat membataskan saya dalam menjalani program home based ini. Kelemahan ini memberi tekanan kepada saya untuk memberi khidmat terapi yang terbaik kepada anak beliau. Demi memperbaiki kelemahan yang ada saya bertekad untuk memperolehi ilmu perkhidmatan terapi yang berguna untuk pembangunan perkembangan psikomotor kanak-kanak berkeperluan khas. Pada masa akan datang saya bercadang membawa jurulatih khidmat terapi ke sekolah saya untuk memberi pendedahan kepada rakanrakan di sekolah.

3.4

Program Aktiviti Akademik.

Pada kejadian 30 Mac 2013, satu program berkaitan akademik telah diadakan di PDK Taman Ehsan. Program akademik ini telah dimulakan dengan senamrobik dan sukaneka yang melibatkan ibu bapa, pelatih PDK dan juga kakitangan PDK Taman Ehsan.

Kekuatan dan kelebihan yang ada pada program ini adalah penglibatan ibu bapa sangat memuaskan dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Saya sangat teruja melihat ramai ibu bapa dan penjaga kepada pelatih PDK Taman Ehsan datang untuk menyertai program yang telah saya dan rakan-rakan kumpulan PGSR rancangkan. Dengan kehadiran ibu bapa yang ramai dapat memeriahkan lagi program yang telah

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

diaturkan. Ini dapat dilihat melalui aktiviti senamrobik dan sukaneka yang kami jalankan dimana ibu bapa dan penjaga sangat sporting melibatkan diri bersama anak mereka dalam senamrobik dan sukaneka. Saya sangat berpuashati dengan kehadiran dan penglibatan ibu bapa dan penjaga pada hari kejadian tersebut. Disini saya mengharapkan kejadian yang sama juga berlaku di sekolah nanti dimana ibu bapa dan penjaga khususnya ibu bapa kepada murid-murid PPKI di sekolah saya sukar untuk menglibatkan diri dalam segala aktiviti yang pihak PPKI jalankan. Penggalaman ini akan saya jadikan penanda aras untuk membuat satu perubahan kepada PPKI di sekolah saya nanti supaya setiap aktiviti yang akan dijalankan mendapat sokongan daripada ibu bapa dan penjaga.

Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan di dalam penganjuran program akademik yang telah dijalankan. Pada pemerhatian saya kelemahan dan kekurangan yang terdapat semasa perjalanan aktiviti ini berjalan adalah kekurangan dari aspek peralatan. Aktiviti senamrobik terganggu akibat penggunaan sistem pembesar suara yang kurang berkesan dan diletak berjauhan daripada tempat senamrobik berlaku. Perkara ini juga berlaku semasa aktiviti sukaneka berjalan khususnya semasa didalam permainan rebut kerusi. Ini kerana ada peserta tidak dapat mendengar dengan baik semasa muzik dimainkan. Kejadian yang sama juga berlaku semasa aktiviti ceramah yang dijalankan. Pembesar suara tersekat-sekat menyebabkan kelancaran ceramah yang dijalankan sedikit terganggu.

Pada masa akan datang kelemahan ini dapat diatasi dengan membuat persediaan lebih awal yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti LCD, Lap Top dan mikrofon serta pembesar suara. Diharapkan dengan membuat persediaan awal dapat mengatasi masalah ini berulang lagi. Saya juga mencadangkan agar setiap aktiviti yang dijalankan pada masa akan datang membuat perancangan kedua agar kelancaran perjalan setiap aktiviti dapat diteruskan walaupun perancangan asal menggalami kesukaran.

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

4.0

KESIMPULAN.

Kesimpulan daripada program tiga hari yang telah dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong ini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada saya dalam aspek pengurusan sesebuah organisasi. Pendedahan dalam aspek membina kertas kerja serta mencari tajaan merupakan antara kemahiran yang telah saya pelajari. Pendedahan membina kertas kerja dan mengumpul dana membolehkan saya mengaplikasikan dalam membina sebuah program pada masa akan datang dan juga disekolah nanti.

Selain itu juga, kemahiran komunikasi saya dengan masyarakat luar dapat ditingkatkan. Keyakinan berinteraksi dengan pihak luar dapat saya tingkatkan apabila saya melakukan perbincangan bersama ahli jawatankuasa pusat pemulihan dalam komuniti Taman Ehsan, masyarakat dan ahli jawatan kuasa lain dalam melicinkan aktiviti yang dirancang. Meningkat keyakinan dan kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu faktor yang penting dalam membentuk guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sifat kerjasama di antara ahli jawatankuasa juga dapat ditingkatkan. Ini dapat dilihat dengan aktiviti yang dijalankan dilakukan secara bersama contohnya seperti aktiviti keceriaan, gotong-royong dan program ceramah. Saya bersama dengan ahli

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

jawatankuasa yang lain bertungkus-lumus senang dan susah dalam melaksanakan sesuatu aktiviti, bak kata pepatah berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

Disamping itu juga, daya kepimpinan saya sebagi penyelaras program juga dapat diasah. Contohnya dalam memutuskan sesuatu tindakan dan mengeluarkan satu arahan kepada ahli jawatankuasa bagi membolehkan aktiviti yang dijalan dapat dijalankan dengan sempurna dan jayannya.

5.0

PENUTUP.

Ternyata aktiviti Program Khidmat Sosial Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang melibatakan golongan insan istimewa di PDK Taman Ehsan, Kepong ini telah membuka minda saya untuk lebih menghayati profesyen saya sebagai guru pendidikan khas masalah pembelajaran. Dengan pengalaman indah yang saya lalui di sini menyebabkan hati saya terusik mengenangkan nasib anak-anak didik saya di PPKI SK Seri Utama.

Kerjasama yang diberikan oleh penyelia PDK, Puan Syarifah Khadijah Hanam, amat saya hargai. Senyumannya yang sentiasa terukir dan keramahan beliau melayan karenah insan istimewa di PDK sememangnya harus mendapat pujian. Malahan kesediaanya menerima rombongan seramai 10 orang guru yang bakal mendapat segulung ijazah penghujung Disember ini kami dahlui dengan ucapan terima kasih.

Buat Insan istimewa di PDK juga saya panjangkan doa agar mereka dapat terus menempuh cabaran hidup walaupun kami hanya berkesempatan bersama seorang pelajarnya melalui lawatan home based yang telah kami adakan. Walaupun

menyedari kekurangan diri namun semangat untuk terus hidup tetap ditunjukkan dan terus melangkah dan melangkah ke hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Biar ada yang berat melangkah, perlahan dalam pergerakan malahan

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

PKU 3112 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

2009172360010

mempunyai kemampuan minda yang sangat lemah, itu bukanlah menjadikan alasan untuk mereka menyerah kalah. Semangat inilah yang mengukirkan senyuman biar pun pahit untuk ditelan tetapi meruntun mata hati bagi insan yang mengerti penderitaan mereka.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang masih melangkah gagah ucapan tahniah yang tidak terhingga saya tujukan. Kekalkan perjuangan anda yang telah hampir sampai kepenghujungnya. Janganlah dibuang jauh nilai-nilai murni yang telah tersemat di jiwa anda. Malah pasakkan lagi dengan ilmu yang tidak pernah putus datang dan pergi.

PGSR NOV 2009| IPGM KAMPUS ILMU KHAS

Anda mungkin juga menyukai