Anda di halaman 1dari 27

PENGHARGAAN

Untuk sekian kalinya , terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana denagn izin dan kurnia-Nya saya

bersama rakan-rakan yang lain dapat melibatkan diri dlam Program Bina Insan Guru Fasa 5 ini dengan lancar tanpa sebarang masalah yang sukar untuk diatasi. Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana denagn rahmatnya kami dapat menjayakan program ini dengan jayanya.

Di sini juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksanaan program ini berjalan. Dengan sokongan dan kerjasama padu dari semua pihak program ini dapat berlangsung mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang berkenaan serta pensyarah bimbingan yang sentiasa ada dan bersedia untuk membimbing kami sepanjang program berlangsung. Saya juga ingin mengucapkan sekalung

penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu sepanjang aktiviti berlangsung. Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Sebagai pengenalan, Program Bina Insan Guru (BIG) telah dianjurkan oleh Jabatan HEP. Jabatan HEP telah ditugaskan untuk mengendalikan program Bina Insan Guru ( BIG ) bagi pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2011. Program BIG Fasa 5 kali ini telah dilaksanakan mengikut dua peringkat iatu Sesi Ceramah yang bertajuk Guru dan Perundangan dan Program Lawatan Benhmarking Ke Sekolah Cemerlang. Bagi Program Ceramah Guru dan Perundangan ini telah dijalankan pada 4 Febuari 2013 bertempat di Dewan al-Khawarizmi, IPG Kampus Tawau. Manakala bagi program Khidmat Pendidikan program ini telah berlangsung pada 4 Mac 2013 yang bertempat di Sk. Muhibah Raya, Sabah. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada guru pelatih sem 3 Ambilan Januari 2011. Program BIG ini dinaungi oleh Pengarah IPG Kampus Tawau, Puan Hajah Masni Binti Madat, dan dikelolakan

sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara 1. 2. 3 4 5 6 7 8 9 Biodata Penghargaan Pengenalan Program BIG Program Ceramah Guru dan Perundangan Pengenalan Matlamat Objektif Kandungan Aktiviti Refleksi

Muka Surat

1 2

4 5 5 6 7-11 12

10 Penutup 11 Program Benchmarking Ke Sekolah Cemerlang 12 Pengenalan 13 Matlamat 14 Objektif 15 Kandungan Aktiviti 16 Refleksi 17 Penutup 18 Lampiran

13 14 14 17 18-20 21

PENGENALAN PROGRAM CERAMAH GURU DAN PERUNDANGAN

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 ini wajib diikuti oleh semua guru pelatih Institut Pendidiakan Guru (IPG) seleruh Malaysia yang bertujuan untuk memberi pengalaman baru serta memberi pendedahan secara langsung dan tidak langsung mengenai domain pembangunan diri sebagai bakal guru kelak.

Program ceramah ini telah berlangsung selama satu hari iaitu pada tarikh 4 Febuari yang lalu bertempat di Dewan Al-Khawarizmi Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah. Program ceramah ini telah dihadiri oleh semua guru pelatih Sem 5 Ambilan Januari 2011. Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zain Bin Badul. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar agar dominan dengan pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan ,khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativiti dan inovatif dan akhir sekali bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang kaitan profesion perguruan dan perundangan Negara.

MATLAMAT

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang kaitan profesion perguruan dan perundangan negara. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan berpengetahuan tinggi. Meningkatkan kefahaman guru pelatih terhadap pentingnya membina kualiti peribadi dan profesionalisme yang seimbang Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. Meningkatkan kefahaman guru pelatih tentang peranan guru sebagai seorang pendidik dan agen perubahan masyarakat. Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab guru dalam memberikan perhidmatan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara.

TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh Hari Masa Tempat

: 04 Februari 2013 : Isnin : 1.00 4.30 petang : Dewan Al- Khawarizmi IPG Kampus Tawau, Sabah

TENTATIF PROGRAM PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 5/2013 PISMP AMBILAN JANUARI 2011
1.00 - 1.30 PETANG 1.30 - 4.00 PETANG 4.00 4.30 PETANG

MASA HARI

4.30 PETANG

Pendaftaran ISNIN (04 FEBRUARI 2013) Peserta BIG Semester 5 dan ketibaan penceramah

Ceramah bertajuk : Guru dan Perundangan Majlis penutupan Jamuan minum petang & Bersurai

REFLEKSI PROGRAM CERAMAH GURU DAN PERUNDANGAN

Aspek Kendiri ( Kepentingan Kepada Diri Sendiri )

Setelah menghadiri program ceramah yang disampaikan oleh penceramah Encik Mohd Zain Bin Badul pada 4 Febuari 2013 yang lalu serba sedikit telah membuka mata saya mengenai betapa besarnya peranan guru apabila berhadapan dengan komuniti di luar sana. Ceramah yang diberi tajuk Guru dan Perundangan ini banyak memberi pendedahan kepada saya mengenai cara-cara untuk berhadapan dengan komuniti, dan segala kemungkinan cabaran yang mendatang apabila saya mengajar di luar sana kelak.

Melalui program ceramah ini juga saya dapat serba sedikit input-input penting yang boleh saya aplikasikan sepanjang saya menjawat jawatan sebagai seorang guru kelak. Program ini juga banyak menyedarkan saya bahwa guru itu tidak boleh sewenangnya mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar masing-masing. Sebagai bakal guru saya perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan am mengenai perkara-perkara yang perlu dan tidak boleh dilakukan oleh seorang guru. Saya sedar bahawa sebagai seorang guru saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar saya. Saya juga sedari bahawa tingkah laku seorang guru itu sering dijadikan model dan contoh oleh komuniti dan masyrakat tempatan. Oleh itu, guru guru ini sering diperhatikan tidak kira sama ada dari segi tingkah laku, perwatakan, personaliti mahupun akhlak seseorng guru itu.

Maka dengan ini saya harus sentiasa mengamalkan sikap peka terhadap perkara yang berlaku disekeliling saya. Ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengurangan kadar salah laku di kalangan pelajar. Jika murid dapat mengamamalkan nilai-nilai murni yang cuba ditonjolkan oleh guru maka guru dan murid dapat sama-sama menyemai sikap saling hormat- menghormati di antara satu

saa lain.Oleh itu, masalah gejala disiplin di semua sekolah di negara ini dapat dibendung dengan jayanya.

Tuntasnya, saya sedar bahawa kerjaya seorang guru ini sememangnya memerlukan kerjasama antara semua pihak khususnya pihak sekolah dan murid itu sendiri untuk bersama-sama membangunkan modal insan yang berjaya suatu hari kelak. Untuk itu, saya harus sentiasa mengamalkan nilai murni dan moral yang baik dalam kehidupan seharian saya agar dapat memupuk permuafakatan dan kerjasama yang baik diantara seorang guru dan anak muridnya.

Aspek Kerjaya (Kepentingan Kepada kerjaya)

Setelah diberi pendedahan mengenai betapa pentingnya pengetahuan mengenai kerjaya guru dan perundangan ini saya sedar bahawa pentingnya

hubungan yang baik di antara guru dan murid. Sebagai bakal pendidik kelak saya harus mempersiapkan diri dengan kemahiran komunikasi dan sosial yang baik .Ini kerana kerjaya sebagai pendidik ini memerlukan kerjasama dan sikap tolaraansi yang tinggi agar murid tersebut dapat memberikan kerjasama yang baik dia antara guru dan pihak sekolah.

Saya juga sedar bahawa memegang jawatan pendidik ini tidaklah senang seperti yang di sangka. Ini kerana disamping mengajar dan mendidik saya juga membawa nama baik dan etika sebagi seorang guru. Oleh itu, saya perlu sentiasa menjaga adab, tingkah laku dan akhlak yang baik apabila berhadpan dengan anggota komuniti ini. Ini adalah penting untuk menjaga nama baik seorng guru. Bagi anggota masyarakat, kerjaya seorang guru ini adalah sesuatu pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi. Oleh itu, saya perlu menjaga nama baik guru agar tidak mengubah persepsi masyarakat bahwa kerjaya seorang guru ini adalah

sememangnya kerjaya yang amat disanjung tinggi.

Dengan adanya ceramah ini, memberikan pendedahan yang amat berguna kepada saya menganai cara-cara bagaimana mahu menyelesaikan masalah sekiranya berhadapan masalah dengan anggota komuniti ini. Jelasnya, sebagai seorang bakal pendidik saya harus peka dengan perkara perkara yang melibatkan kerjaya guru dan hubungan diantara anggota komuniti . Bukan itu sahaja, melalui program ini sangat membantu saya dalam meningkatkan kefahaman saya mengenai peranan guru sebagai seorang pendidik dan seterusnya sebagai agen perubahan masyarakat.

Aspek Organisasi ( Kepentingan Kepada Organisasi )

Melalui Ceramah guru dan hubungan komuniti ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya tugas saya sebagai bakal pendidik dalam menjaga nama baik guru ini di mata anggota masyarakat di luar sana. Sekirannya saya tidak menjaga nama baik kerjaya guru , ini bakal menjejaskan reputasi dan nama baik kerjaya guru itu sendiri. Apabila perkara ini berlaku, guru dan pihak sekolah sukar untuk mendapat kepercayaan dari pihak ibu bapa dan yang paling penting kepercayaan murid itu sendiri terhadap gurunya.

Apabila perkara ini berlaku, akan menyukarkan guru untuk menyalurkan sebarang bentuk penyebaran ilmu kepada murid . Ini kerana, apabila murid telah hilang kepercayaan daripada gurunya maka tiada lagi kerjasama, tolak ansur dan nilai hormat kepada gurunya. Ini akan menyukarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung. Oleh itu, saya harus menanamkan sikap dan aklak yang baik bagi menjaga nama baik dan reputasi guru agar anggota masyarakat tidak memandang kerjaya guru sebagai kerjaya yang rendah martabatnya.

Penceramah program ini juga banyak menekankan aspek kepentingan dalam menjaga nama baik sesebuah organisasi. Seseorang guru itu tidak seharusnya melakukan sesuatu perkara yang bakal menjejaskan reputasi kerjaya guru. Ini kerana guru sering dijadikan contoh dan role model dalam segala aspek.

10

Aspek Masyarakat (Kepentingan Kepada komuniti )

Tajuk program ceramah ini sememangnya sesuai untuk saya sebagai bakal pendidik kelak. Ceramah ini amat menekankan peranan guru dan hubungan komuniti. Komuniti ini merupakan anggota masyarakat tempatan yang terdiri daripada murid-murid, ibu bapa dan lain-lain. Melalui ceramah ini juga memberi

peluang kepada saya memahami bahawa betapa pentingnya hubungan yang baik diantara guru dan anggota komuniti .

Melalui ceramah tersebut saya telah didedahkan dengan pelbagai kelebihan dan kebaikan yang bakal saya perolehi sekiranya saya mempunyai hubungan yang erat dan baik dengan hubungan komuniti. Kelebihan ini dapat membantu saya dalam menjalankan tugas saya sebagai guru kelak. Perbincangan yang berlaku sepanjang ceramah ini berlangsung sedikit sebanyak memberi input serta maklumat yang berguna mengenai tindakan apa yang sepatutnya diambil oleh saya sekiranya saya berhadapan dengan komuniti ini .Malah saya didedahkan dengan cara cara mengatasi masalah yang berkaitan komuniti ini tanpa merosakkan hubungan baik diantara guru dan anggota komuniti yang sedia ada terjalin.

Banyak kelebihan yang bakal saya perolehi sekiranya saya menitikberatkan aspek komuniti dalam aspek kerjaya ini. Saya akan mendapat kerjasama yang baik khususnya daripada pihak berkenann dan ibu bapa murid khasnya. Perbincangan melalui rundingan dan pertukaran pendapat bersama dapat memabantu guru untuk bertukar-tukar buah fikiran dalam proses mengenali, memahami dan mengatasi masalah disiplin yang berlaku di kalangan murid.

11

PENUTUP

Program BIG yang berlangsung selama sehari ini cukup bermakna bagi saya kerana ianya meberi pendedahan dan input-input yang baru walaupun program ini hanya mengambil masa yang cukup singkat namun amat bermanfaat bagi saya . Program ini telah berjaya membuka hati saya untuk menyakinkan diri saya ini bahawa saya memang ada potensi yang baik untuk menjadi seorang guru pada masa mendatang. Program ini juga telah berjaya mengubah pandangan saya terhadap profesion perguruan yang selama ini saya anggap sabagai perkara yang remeh. Kini saya sedar bahawa betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang guru untuk menggalas tanggungjawab yang telah dipertanggungjawab kepada saya untuk mendidik anak bangsa mendatang. sebagai peneraju dan pelapis negara pada masa

12

PENGENALAN PROGRAM BENCHMARKING KE SEKOLAH CEMERLANG

Program Lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang bagi Fasa 5 ini telah dilaksanakan pada 4 Mac 2013 yang bertempat di Sk.Muhibah Raya, Tawau Sabah. Program ini bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih dengan kepentingan hubungan sosial dengan masyarakat tempatan terutamanya warga sekolah itu sendiri. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih mengenai sistem pengurusan sekolah yang bakal dihadapi sebagai persediaan menjadi seorang guru kelak. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) . Pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini melibatkan 42 orang guru pelatih dari unit PISMP PISMP Kajian Sosial dan PISMP PSV . Program yang berlangsung selama satu hari ini telah dijalankan beserta dua orang pensyarah pengiring selaku tutor dari unit masing-masing.

13

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan program yang wajib diikuti oleh semua pelatih yang mengambil kursus sepenuh masa di setiap institut perguruan di Malaysia. Dalam program ini, guru-guru pelatih akan didedahkan dengan perkembangan kemahiran latihan dan benchmarking. Selain itu, program ini akan memupuk keyakinan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. Program ini juga mengajar guru-guru pelatih proses dan kaedah yang diperlukan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Ahli jawatankuasa program dilantik di kalangan guru pelatih sendiri dan merekalah yang akan menguruskan semua perkara yang berkaitan tentang program ini.

RASIONAL Rasional Lawatan Benchmarking Ke Sekolah Cemerlang ini adalah untuk : Mendedahkan kepada guru pelatih mengenai sistem pengurusan di sekolah. Mendedahkan cemerlang. Menggalakkan kerjasama di kalangan guru pelatih. Memupuk pelatih supaya lebih berfikiran positif dan bermotivasi dalam bidang keguruan. pengalaman pengurusan organisasi di sekolah

OBJEKTIF Objektif program Lawatan Benchmarking Ke Sekolah Cemerlang ini adalah: Pelatih dapat meningkatkan disiplin dan rasa tanggungjawab diri. Pelatih menjadi lebih berkeyakinan dan sabar. Pelatih mengamalkan komunikasi sosial yang tinggi melalui kerja interaksi bersama pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah.
14

Pelatih lebih berupaya dan berkebolehan dalam menguruskan sesuatu program. Memupuk kerjasama yang kukuh di kalangan guru pelatih dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan lebih efektif dan berjaya. Memberi pengalaman mengenai pengurusan organisasi yang lebih efisien kepada guru pelatih. Guru pelatih lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang telah diberi. Mengeratkan hubungan di kalangan guru pelatih

TARIKH, HARI DAN TEMPAT Tarikh Hari Masa Tempat : 13 Mac 2013 : Rabu : 7.00 pagi 1.30 Petang : SK. MuhibbahRaya, Tawau

15

TENTATIF PROGRAM

04 Mac 2013 (Isnin) 6.30 pagi 7.00 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi - Pelajar berkumpul di depan Blok Pentadbiran IPG Kampus Tawau - Bertolak dari IPG Kampus Tawau ke SK Muhibbahraya - Tiba di SK Muhibbahraya - Taklimat pengenalan Guru Besar SK Muhibbahraya - Latar belakang sekolah - Misi dan visi sekolah 9.00 pagi - Ceramah kepimpinan oleh Guru Besar SK Muhibbahraya - Pengurusan pentadbiran sekolah yang sistematik - Sesi dialog (soal jawab) 10.00 pagi - Lawatan ke kawasan persekitaran sekolah SK Muhibbahraya - Blok Pentadbiran -Pusat Sumber - Dewan - Blok Akademik - Bilik Guru - Bilik-bilik Panitia - Bilik Mesyuarat - Makmal Sains - Bengkel Kemahiran Hidup - Klinik Kesihatan dan Pergigian
16

- Bilik Bimbingan dan Kaunseling 11.00 pagi 11.30 pagi - Perasmian Penutupan - Makan Tengahari di kantin SK Muhibbahraya

12.30 petang - Bertolak kembali ke IPG Kampus Tawau 1.30 petang - Dijangka tiba di IPG Kampus Tawau

17

REFLEKSI PROGRAM BENCHMARKING KE SEKOLAH CEMERLANG

Aspek kendiri ( Kepentingan Kepada Diri Sendiri )

Program ini memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama meluangkan sedikit masa bersama-sama warga Sekolah Kebangsaan Muhibah Raya. Sekolah ini dikategorikan sebagai salah satu sekolah cemerlang di daerah Tawau ini. Maka di kesempatan ini saya bersama rakan seperjuangan yang lain mengambil kesempatan berkongsi rahsia kecemerlangan sekolah ini.

Lawatan ini memberi peluang kepada saya merasa sendiri pengalaman dan situasi sebenar apabila berada dalam bidang pentadbiran sekolah kelak. Saya amat kagum dengan pengurusan pentadbiran kelolaan sekolah ini. Lawatan ini membuka dan memberi idea baru dan gambaran awal kepada saya bagaimana cara untuk mngurus sebuah pentadbiran sekolah kategori sekolah cemerlang.

Lawatan ini secara tidak langsung mendedahkan saya untuk merasai pengalaman pengurusan organisasi di sekolah cemerlang. Bukan itu sahaja, lawatan ini dapat memupuk semangat di kalangan guru pelatih agar sentiasa bersemangat dan bermotivasi untuk mengajar murid kelak. Saya percaya bahawa pengurusan sekolah yang baik datangnya dari pengurusan guru yang baik juga. Maka dengan ini saya telah berazam untuk menjadi salah seorang guru yang cemerlang kelak.

18

Aspek Kerjaya ( kepentingan kepada Kerjaya )

Program benchmarking ini sememangnya memberi peluang kepada saya untuk merasai sendiri pengalaman berkhidmat dengan anggota masyarakat di luar sana. Pengalaman ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyerapkan

konsep khidmat dan interaksi sosial dengan persekitaran dan anggota masyarakat. Pengalaman ini penting untuk diaplikasikan untuk saya setelah menjadi guru kelak. Guru yang baik ialah guru yang boleh menyesuaikan diri atau fleksibel dalam

menyerap sesuatu keadaan itu. Sepanjang program ini berlangsung, saya berusaha untuk menyesuaikan diri dengan semua warga sekolah tersebut.

Sepanjang keberadaan di sekolah tersebut, saya sedar bahawa kurangnya pengalaman dan ilmu khususnya ilmu mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah yang ada pada diri saya berbanding guru-guru di sekolah tersebut. Guruguru lama mempunyai banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang tidak pernah dilalui oleh guru pelatih seperti saya ini. Saya jadikan perkongsian ilmu bersama guru-guru sekolah tersebut sebagai pembakar semangat saya agar sentiasa berusaha pada maas mendatang.

Program lawatan seperti ini bermanfaat dalam memupuk kerjasama yang kukuh di kalangan guru pelatih dan pihak sekolah. Program ini juga memberi pengalaman langsung kepada guru pelatih mengenai pengurusan organisasi yang lebih efisyen. Bagi saya, program ini amat membantu saya dalam mempersiapkan diri ini sebagai bakal guru kelak. Program lawatan ini secara tidak langsung meneapkan komunikasi sosial yang tinggi melalui kerja interaksi bersama pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah. Ini dapat melatih saya agar lebih berusaha dan berkebolehan dalam menguruskan sesuatu program di sekolah kelak.

19

Aspek Komuniti Masyarakat (Kepentingan kepada Komuniti)

Melalui program kemasyarakatan pendidikan yang berlangsung di sekolah ini sedikit sebanyak memupuk semangat bekerjasama di kalangan warga sekolah dan guru pelatih. Saya juga sedar bahawa tugas guru tidak hanya terbatas di dalam kelas. Oleh itu, saya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran sosial dan komunikasi bagi memudahkan saya berhadapan dan bergaul dengan masyarakat tempatan kelak.

Selain dari itu, saya juga sedar bahawa betapa pentingnya hubungan guru dan komuniti luar. Guru adalah sebagai agen perubahan masyarakat. Kenyataan ini memerlukan kerjasama yang erat dan kukuh di antara masyarakat diluar sana dan pihak sekolah itu sendiri. Kerjasama ini mampu membuka laluan perubahan bagi membentuk dan mendidik generasi yang akan datang.

Guru dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Kerjaya guru ini memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan murid dan masyarakat setempat. Ini kerana faktor persekitaran murid amat mempengaruhi murid. Sebagai seorang guru saya harus sentiasa mengambil berat hal-hal semasa dan sosial murid-murid saya kelak.

20

PENUTUP

Program BIG iaitu Lawatan benchmarking ke sekolah cemerlang yang berlangsung selama sehari ini cukup bermakna bagi saya kerana ianya meberi pendedahan dan input-input yang baru walaupun program ini hanya mengambil masa yang cukup singkat namun amat bermanfaat bagi saya. Program ini telah berjaya membuka hati saya untuk menyakinkan diri saya ini bahawa saya memang ada potensi yang baik untuk menjadi seorang guru pada masa mendatang. Program ini juga telah berjaya mengubah pandangan saya terhadap profesion perguruan yang selama ini saya anggap sabagai perkara yang remeh. Kini saya sedar bahawa betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang guru untuk menggalas

tanggungjawab yang telah dipertanggungjawab kepada saya untuk mendidik anak bangsa sebagai peneraju dan pelapis negara pada masa mendatang.

21

LAMPIRAN

Program Guru dan Perundangan

Penceramah jemputan Program Ceramah Guru dan Perundangan Oleh Encik Mohd Zain Bin Badul.

Sebahagian daripada peserta Program Ceramah sedang khusyuk mendengar ceramah.

22

Peserta program memberi tumpuan penuh terhadap ceramah yang diberikan

Timbalan Pengarah memberi cenderamata kepada penceramah jemputan sebagai tanda terima kasih.

23

Lawatan Benchmarking Ke Sekolah Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Muhibah Raya, Tawau Sabah.

L Ketibaan guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Muhibah Raya.

Ketibaan guru pelatih disambut oleh warga sekolah.

24

Bangunan hadapan Sekolah Muhibah Raya.

Sesi ceramah Guru dan Perundangan oleh Guru Besar Sk. Muhibah Raya yang berlangsung di Bilik Gerakan.

25

Sesi soal jawab semasa proses ceramah berlangsung

Guru pelatih melawat kawasan sekitar sekolah

26

Sesi bergambar bersama warga sekolah

Gambaran sebenar persekitaran kawasan sekolah

27

Anda mungkin juga menyukai