Anda di halaman 1dari 2

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan individu bagi subjek

PSV 3109 seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan bimbingan pensyarah, Encik Hamzah Lasa.

Bagi

menyempurnakan

kerja

kursus

projek

ini

saya

dikehendaki

menghasilkan sebuah persembahan video yang berkaitan dengan salah satu bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Saya telah memilih bidang yang ketiga iaitu bidang Membentuk dan Membuat Binaan. Tugasan yang kedua pula menuntut saya untuk menghasilkan sebuah lukisan digital dari perisian komputer yang sesuai. Teknik yang saya gunakan untuk menghasilkan lukisan digital ialah pointillism. Bagi memenuhi kehendak tema tugasan lukisan digital, saya memilih gasing sebagai sumber idea.

Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya kesan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya perolehi ialah video yang telah saya hasilkan memenuhi kriteria iaitu saya mengaplikasikan kesemua elemen multimdia ke dalam video. Elemen-elemen tersebut ialah audio, teks, animasi dan grafik. Kesemua elemen multimedia penting bagi membuatkan video lebih menarik dan jelas.

Kelemahan yang dapat saya kesan ialah saya tidak memasukkan elemen audio yang saya kehendaki iaitu suara saya sendiri. Saya hanya memasukkan audio lagu iaitu sebagai muzik latar yang mengiringi perjalanan video. Sebagai langkah penambahbaikan, saya akan merakam suara saya sendiri dan memasukkan audio suara tersebut pada bahagian tertentu yang memerlukan penerangan supaya

penonton akan lebih jelas dengan isi video.

Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan persembahan video dimana kesemua elemen multimedia dimasukkan sekaligus. Saya juga mempelajari cara membuat video menggunakan perisian Corel Video yang tidak pernah saya gunakan sebelum ini.

Dengan

adanya

penggunaan

teknologi

ICT

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran, guru dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru menghasilkan video yang berkaitan dengan pembuatan origami dan menunjukkan contoh-contoh origami walaupun bukan dalam bentuk realistik. Hal ini membantu murid dalam membina pengetahuan yang lebih luas mengenai origami selain dari penerangan oleh guru.

Secara keseluruhannya, video yang saya hasilkan ini bersesuaian digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi bidang Membentuk dan Membuat Binaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 3. Ia dapat menjimatkan masa guru untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang baru. Kursus ini juga membantu saya mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kreatif dan tidak membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan kerja kursus pendek ini dapat diaplikasikan pada pengajaran saya semasa praktikum dan juga masa menjadi seorang guru nanti.

Anda mungkin juga menyukai