Anda di halaman 1dari 9

TEKNIK SIMULASI

Pendahuluan

Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan kea rah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi,murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama dalam kumpulan. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu. Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain.

Apakah simulasi?

Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situsi yang diwujudkan hamper menyerupai keadaan sebenar. Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masingmasing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari segi persamaan, kedua-dua teknik ini berdasarkan situasi dan peserta memegang peranan atau tanggungjawab

tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan.

Matlamat simulasi

Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar: a) b) c) d) e) f) g) Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis Menghasilkan laporan dengan berkesan Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi Mengalami sendiri sesuatu situasi Menyakinkan diri sendiri

Jenis Simulasi

Aktiviti simulasi dapat diwujudkan berasaskan masalah dan penyelesaian masalah. Masalah ini boleh diambil daripada masalah murid, masyarakat atau masalah yang diketahuinya. Apabila masalah dapat diselesaikan, murid-murid dikehendaki menyediakan dan menyampaikan laporan sama ada secara lisan atau penulisan. Secara amnya, simulasi dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu pemusatan kepada masalah dan pemusatan kepada penerbitan.

(a) Pemusatan kepada Masalah Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelesaikan masalah tersebut. Semasa perbincangan, kemungkinan timbul konflik atau percanggahan pendapat. Namun demikian, keptusan perlu dibuat berdasarkan kata sepakat. Pemusatan kepada masalah memerlukan peserta menyediakan laporan atau cadangan setelah sesuatu masalah atau isu itu dibincangkan.

(b) Pemusatan kepada Penerbitan

Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu projek atau penerbitan. Sesuatu projek yang dihasilkan itu merupakan hasil usahasama yang positif.

Perancangan aktiviti simulasi Sebelum sesuatu simulasi hendak dibina, guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan kepada diri sendiri: a) b) c) d) Apakah masalah dan situasi yang hendak dikemukakan? Siapakah yang mengambil bahagian semasa simulasi dijalankan? Apakah yang perlu mereka lakukan semasa melaksanakan simulasi? Apakah yang perlu peserta sediakan sebelum simulasi dijalankan?

Keperluan utama dalam aktiviti simulasi Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru perlu menyediakan kad arahan bertulis. Kad arahan ini ialah kad atau kertas yang dicatatkan arahan bertulis yang bertujuan membolehkan murid menjalankan tugas yang ditentukan. Terdapat dua jenis kad arahan iaitu kad arahan am dank ad arahan khusus. Kad arahan am ialah kad yang dapat menggambarkan secara umum tentang situasi, masalah dan tugas yang perlu dijalankan oleh kumpulan berkenaan. Manakalan kad arahan khusus pula disediakan untuk individu yang memegang peranan yang telah ditentukan. Arahan yang diberi dapat membantu murid menjalankan peranan atau tugas yang diharapkan.

TEKNIK LATIH TUBI Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

Aspek kebolehan menggunakan bahasa Sebutan (accent)

Huraian menyebut perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Tatabahasa (grammar)

Perbendaharaan kata (vocabulary)

meluaskannnya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai berdasarkan konteksnya dalam situasi tertentu

Kefasihan (fluency)

menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa menitikberatkan maksudnya

Kefahaman (comprehension)

latihan memahami soalan dan mengemukakan jawapan yang wajar

Latih Tubi Lisan Menguasai kemahiran lisan, terutamanya sebutan adalah sukar bagi sesetengah kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak Down Syndrome dan kanak-kanak spastik adalah antara contoh kanak-kanak berkeperluan khas yang sering menghadapi masalah lisan terutamanya sebutan. Selain itu kanak-kanak yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius, kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan. Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan seperti sebutan kepada muridnya di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi. Latih tubi dijalankan secara mengulang-ulang aspek kemahiran lisan yang hendak diajar. Abd. Aziz Abd. Talib (2000) menamakannya sebagai kaedah tubi. Kaedah tubi amat berkesan utnuk mengajar sebutan, intonasi, dan struktur ayat. Menurutnya lagi, kaedah tubi amat popular di kalangan guru bahasa yang mengajar di peringkat sekolah rendah. Kamarudin Hj. Husin (1988) pula membincangkan teknik latih tubi secara terperinci lagi. Menurutnya, latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz atau mengingat

sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain. Latih tubi amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain mereka mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga sangat lemah dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan dapat membantu mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari. Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2) latih tubi aspek struktur atau ayat (Kamarudin Hj.Husin 1988).

4.3.1 Latih tubi aspek sebutan (fonologi) Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah. i. Latih tubi pasangan minimal Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir. Contoh: dari --- lari ladang --- lalang lada --- lala dada --- lada tadi --- tali

Aktiviti Bincangkan beberapa contoh latih tubi pasangan minimal lain yang sesuai digunakan untuk kanakkanak masalah pembelajaran.

ii. Latih tubi pemintal lidah Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan

betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya. Contoh: a) Masalah menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris) She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells.

Aktiviti Secara berkumpulan bina beberapa contoh latih tubi pemintal lidah bagi fonem-fonem tertentu dan bentangkan kepada kelas anda.

4.3.2 Latih tubi aspek struktur (ayat)

Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak diberikan kepada muridnya.

i. Latih tubi gantian

Saya suka makan mi nasi bubur mihun

Bahagian tetap Bahagian gantian Bahagian tetap 1. Tuan Puteri itu 2. Buku cerita itu 3. Rumah Pak Ali sangat amat terlalu sungguh agak paling terlampau

cantik. besar. tebal.

Bahagian gantian Bahagian tetap Bahagian gantian Pencuri Penyamun Penculik Penjahat Perompak Penyeluk saku

itu telah dihukum. ditangkap

dipukul. diberkas. dipenjarakan. dibicarakan.

ii. Latih tubi berkembang

Guru menyebut

Murid menyebut Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah Saya suka main. Saya suka main bola. Saya suka main bola sepak. Saya suka main bola sepak dengan kawan. Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang. Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah.

iii. latih tubi ulangan

Guru menyebut

Murid menyebut Awak boleh pergi. duduk tidak

Ali,makan kucing, panjat pokok Awak boleh pegi. Awak boleh duudk. Awak tidak boleh duduk. Ali boleh makan. Kucing boleh panjat pokok.

iv. latih tubi mengubah

Guru /murid menyebut

Murid menyebut Saya tidak hendak makan. Saya tidak berjalan. Ini bukan buku. Dia tidak suka makan durian

Saya hendak makan. Saya sedang berjalan. Ini buku. Dia suka makan durian.

Berdasarkan beberapa contoh latih tubi yang diberikan di atas, jelas menunjukkan bahawa latih tubi boleh membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam kemahiran lisan membetulkan sebutan dan juga struktur ayat. Aktiviti ini sangat sesuai digunakan sebagai aktiviti pemulihan bagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan juga bagi kanak-kanak kelas pemulihan khas yang menghadapi masalah lisan.

Anda mungkin juga menyukai