Anda di halaman 1dari 19

1

Dengan penuh rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan keizinanNya dapat kami menyempurnakan tugasan ini pada masa
yang telah ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pensyarah pembimbing, En. Anuar bin Md Amin, yang memberi bimbingan,
panduan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ucapan terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga kerana
banyak memberi idea dan kerjasama untuk mendapatkan maklumat bagi
menyempurnakan tugasan ini.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mengumpul banyak maklumat
dan pengetahuan berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Saya mengetahui dan memahami bahawa terdapat beberapa teknik
yang sangat berguna dan boleh dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan ke atas murid-murid di sekolah.
Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari ini, bolehlah saya memperbaiki
kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing nanti. Semoga anak-
anak didik saya dapat menerima impak yang positif, Insyaallah. Mudah-mudahan
semua yang dilakukan ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
Amin.

1.0 PENGENALAN
2


Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah dan pendekatan yang digunakan. Dalam
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah guru digalakkan
menggunakan pelbagai teknik mengajar.
Guru boleh memilih pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta
teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan
kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi sesama murid dan guru. Berikut adalah
beberapa definisi yang diperolehi daripada beberapa sumber tentang istilah
teknik pengajaran dan pembelajaran :
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah
di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Berpandukan definisi-definisi di atas, dapatlah dinyatakan bahawa teknik merupakan
suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran
yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar
dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dipraktikkan.

Seseorang guru perlu memilih teknik yang sesuai untuk menarik minat murid-
muridnya melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
3

berlaku. Selain daripada itu, penggunaan teknik yang betul bertujuan mengekalkan
perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid sepanjang aktiviti bembelajaran
berlangsung. Fenomena ini boleh membantu murid memahami konsep dan objektif
pelajaran boleh dicapai dengan lebih mudah.

1.1 Definisi Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah atau
peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan
ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-
pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada murid-murid lain
supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Main Peranan atau Lakonan Aktiviti dalam kumpulan atau kelas yang memberi
peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri ataupun orang lain
dalam pelbagai situasi tertentu.
Kesemua ataupun sebahagian kanak-kanak di dalam kelas berpeluang berlagak
seperti watak yang terdapat dalam situasi.
Kanak-kanak yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati dan
berpeluang memahami sesuatu berkaitan watak ataupun situasi dengan lebih
mendalam.
Kanak-kanak yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku ataupun belajar
berinteraksi (Koo Kee Peng dan Zainab, 1992).



1.2 Kepentingan Main Peranan
Menerusi teknik main peranan untuk meningkatkan kefahaman dan menerapkan nilai
positif, peluang diberikan kepada murid untuk mengalami situasi dan watak yang baru.
4

Sebagai contoh, dalam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, guru
boleh mengadakan situasi dengan menggunakan beberapa rangsangan yang boleh
menimbulkan perbincangan di kalangan murid untuk mengenalpasti dan
menyelesaikan topik atau masalah yang berkaitan dengan kefahaman dan nilai.

Antara matlamat aktiviti main peranan ialah memberi peluang kepada murid
untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan rasa bebas mengikut situasi dan watak
yang dipegang. Murid-murid juga akan berasa prihatin dan memahami masalah orang
lain. Selain itu juga, murid berpeluang untuk memikirkan dan membincangkan masalah
diri sendiri dan secara tidak langsung dia dapat memahami diri sendiri dengan lebih
mendalam lagi. Main peranan juga bermatlamat member latihan kepada murid untuk
melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak tertentu dan mengalami sendiri sesuatu
situasi yang biasa atau tidak pernah dilalui. Dengan itu murid dapat meluaskan
pengalaman hidup dan memahami tingkahlaku orang lain.

Disamping itu juga, main peranan membolehkan murid memperolehi
kemahiran dan mengalami perbagai bentuk masalah sosial. Hubungan di antara
murid atau ahli kumpulan juga dapat dieratkan dan membolehkan mereka mempelajari
laras bahasa dan sebutan yang betul. Secara tidak langsung mata pelajaran dan topik
yang diajar dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan menjadi lebih
berkesan. Seterusnya menerusi teknik ini juga, boleh membantu murid yang bersifat
pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti yang mana dapat mengikis sifat malu dan
meningkatkan keyakinan diri mereka.

Teknik main peranan ini juga dikenalpasti dapat menggalakkan murid
menggunakan bahasa yang bernas dan membantu murid-murid berkomunikasi secara
berkesan dengan pelbagai watak yang diwujudkan. Sifat jati diri yang tinggi dan
amalan sikap yang positif juga boleh dibentuk menerusi teknik main peranan ini.


2.0 PRINSIP MAIN PERANAN

5

Aktiviti main peranan boleh dijalankan melalui proses-proses tertentu mengikut
fungsi watak atau situasi yang ditentukan. Setiap aktiviti main peranan boleh
berfungsi sebagai menceritakan tentang sesuatu, demonstrasi, memberi latihan,
meningkatkan kepekaan, mencipta dan cerminan.

Setiap jenis main peranan yang disebut di atas memerlukan pendekatan yang
berbeza-beza. Sebelum aktiviti main peranan dijalankan , guru semestinya member
penerangan yang lengkap tentang peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap
murid yang terlibat. Semasa main peranan dijalankan, guru perlu mengawasi
suasana supaya aktiviti main peranan dapat berjalan dengan baik dan mencapai
objektifnya.

Antara jenis main peranan yang boleh dijalankan oleh guru mengikut
fungsinya adalah seperti berikut:
a) Memperihalkan
Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu cara berkomunikasi untuk
memperihalkan sesuatu situasi, proses atau masalah. Contoh situasi ialah
seorang anak ingin meminta kebenaran ibu bapanya untuk keluar bermain. Guru
boleh meminta beberapa orang murid memainkan peranan anak, ibu atau bapa.
Guru boleh menyediakan beberapa dialog sebelum sesi lakonan bermula.
Refleksinya , murid boleh melakon dan memahami watak seorang anak, bapa
dan ibu. Murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai semasa memainkan
peranan-peranan yang diberi.

b) Demonstrasi
Main peranan jenis ini, digunakan untuk mendemonstrasikan sesuatu supaya ia
dapat dicontohi oleh murid. Sebagai contoh , guru mahu murid-murid
menunjukkan cara-cara seseorang memberi salam kepada orang-orang yang
lebih tua. Guru boleh meminta beberapa orang murid untuk menunjukkan cara
yang betul cara memberi salam di hadapan murid-murid yang lain. Releksinya
murid dapat menunjukkan cara memberi salam dalam emosi yang sesuai dan
murid-murid lain memberi tumpuan kepada teknik yang ditunjukkan.

6

c) Latihan
Teknik main peranan ini adalah untuk melatih murid tentang kemahiran-
kemahiran tertentu. Sebagai contoh guru ingin mengajar murid kemahiran
berkomunikasi semasa berucap di hadapan guru-guru di perhimpunan . Untuk
melaksanakan main peranan ini, guru perlu menerangkan kepada murid dengan
teliti dan terperinci. Murid yang diberi peranan perlu memahami dan diberi
panduan tentang perkara yang perlu dan perkara yang tidak perlu dilakukan
semasa memainkan peranan. Refleksinya , murid yang memain peranan perlu
mengawal emosi dan mungkin perlu dijalankan berulangkali untuk membiasakan
murid dalam situasi yang diberi dan murid-murid lain perlu meneliti dengan
terperinci.

d) Cerminan
Main peranan ini untuk menunjukkan kepada murid bagaimana tingkahlaku
mereka dilihat oleh orang lain. Sebagai contoh murid memujuk ibunya
membuatkan sesuatu untuknya. Murid yang diminta untuk memainkan peranan
tersebut tidak beri arahan bagaimana untuk menghadapi situasi itu. Murid itu
dengan sendirinya belajar untuk menangani situasi itu. Jadi murid akan
melakukan tingkah laku sebenarnya sebagaimana dia berhadapan dengan
ibunya dirumah. Implikasinya murid dapat memahami tingkahlaku yang sesuai
untuk menangani sesuatu situasi tertentu.

e) Kepekaan
Main peranan jenis ini bertujuan untuk menyedarkan murid tentang perasaan
mereka terhadap situasi orang lain. Situasi yang boleh guru wujudkan seperti
seorang kanak-kanak yang baharu kehilangan kedua-dua orang tuanya akibat
kemalangan jalanraya. Guru boleh meminta beberapa orang murid memainkan
peranan berdasarkan apa yang pernah mereka dengar dan tonton di televisyen.
Hasilnya murid memahami perasaan orang lain semasa berada dalam situasi
baru. Di sini murid sedar tentang perasaan orang lain dan dapat memupuk sikap
prihatin dan tanggungjawab pada diri sendiri.

f) Mencipta
7

Teknik main peranan ini adalah untuk mengggalakkan murid supaya
mengembangkan pernyataan diri yang lebih kreatif. Sebagai contoh
melakonkan berbagai-bagai situasi dalam bentuk drama kreatif. Teknik ini dapat
menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka dan secara tidak
langsung dapat belajar memperbaiki tutur kata mereka.

Walau apa pun jenis teknik main peranan yang digunakan, terdapat
beberapa perkara penting yang guru perlu lakukan semasa merancang main
peranan iaitu pastikan objektif dan tujuan yang jelas. Seterusnya, pastikan latihan
itu berkaitan dengan konsep yang ingin disampaikan. Semasa guru merancang,
semua unsur seperti suasana, peranan dan bahan sokongan dipadankan untuk
menghasilkan main peranan yang efektif dan menyeronokkan.

3.0 APLIKASI MAIN PERANAN DALAM BILIK DARJAH

3.1.Perkara Penting yang Perlu diberi Perhatian
Untuk menjalankan teknik main peranan di dalam bilik darjah, beberapa perkara
perlu diberi perhatian oleh guru. Antaranya:
a) Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang
melibatkan mereka.
Sampaikan konfik sebenar yang dihadapi oleh watak utama
Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan
Tidak semua peristiwa sesuai dilakonkan. Pilih situasi yang agak signifikan dan
relevan dengan isi pelajaran. Situasi yang dipilih itu sebaik-baiknya tidak
memerlukan terlalu ramai pelakon.



b) Pemegang peranan memahami situasi
Murid yang dipilih hendaklah benar-benar memahami situasi tersebut. Guru
perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan, seperti
punca dan akibat situasi itu berlaku. Setiap murid perlu memahami dan
menghayati peranan masing-masing.
8


c) Penjelasan kepada penonton
Guru perlu menjelaskan kepada murid apa yang akan mereka lihat. Dengan
penjelasan ini, murid-murid lain akan dapat atau cuba untuk memahami apa
yang ditonton atau dilihatkan oleh rakan-rakan mereka.

d) Pelakon yang sesuai
Sebaik-baiknya pemegang peranan dipilih secara sukarela. Pemilihan cara ini
dijangka akan memberikan hasil yang lebih berkesan. Aktiviti boleh diulang
dan menggunakan murid-murid yang lain pula.

e) Lakonan secara bebas
Biarkan murid memainkan peranan mereka secara bebas. Pelakon tidak perlu
terlalu terikat mengikut skrip. Walau bagaimanapun, guru perlu mengawasi
murid agar mereka tidak menyimpang daripada situasi yang telah ditetapkan.

f) Perbincangan selepas lakonan
Setelah selesai main peranan, guru dan murid-murid hendaklah berbincang
tentang plot cerita yang telah mereka saksikan dan dilakonkan. Hasil
perbincangan ini dapat membantu murid lebih memahami situasi yang
disampaikan.

g) Aktiviti susulan
Guru perlu merancang aktiviti yang lain seperti bersoal jawab atau memberi
latihan pengukuhan dan pengayaan untuk melihat pemahaman mereka
terhadap apa yang ditonton oleh mereka.
3.2 Contoh Aktiviti Main Peranan

Berdasarkan RPH yang telah disediakan, satu aktiviti main peranan telah
dirancang. Murid bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka di
hadapan kelas. Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan pergerakan
kreatif disamping menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. Melalui
aktiviti ini murid-murid sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan kemahiran
9

pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. Kaedah ini meningkatkan
kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Contoh Rancangan Pengajaran Harian : Main Peranan
Hari : Isnin
Tarikh : 19 Mac 2012
Masa : 30 minit
Tajuk : Buah-buahan
Sub tajuk : Buah-buahan tempatan
Aktiviti : Main peranan
Tunjang Utama : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
Standard Kandungan : BM 2.0 Kemahiran bertutur
Standard Pembelajaran Utama : BM 2.5 Melakonkan watak-watak mengikut
situasi
Standard Pembelajaran lain
yang disepadukan : BM 2.5.1 Main peranan mengikut situasi
dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk
menghidupkan watak dengan bimbingan.
Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran -
1) Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan.
2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk
dan rasa.
3) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.
4) Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.
Peralatan dan bahan : i) Video lagu ii) Kad gambar
iii) Plastisin iv) Buah-buahan sebenar
v) Plastik
Penerapan Nilai : i) Mendengar Arahan ii) Bekerjasama
iii) Sabar iv) Menghormati Guru



Bah
10

Langkah /
Masa
Strategi / Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
- Guru menayangkan video lagu buah-
buahan kepada murid.
- Guru menyanyikan lagu buah-buahan
dan minta murid nyanyi bersama.
ABM : video lagu
Nilai : mendengar
arahan dan
bekerjasama.
Langkah 1
(8 minit)
- Guru menunjukkan kad gambar buah-
buahan kepada murid.
- Guru menceritakan tentang buah-
buahan tempatan yang ditunjukkan.
Contoh :
1) Mangga
2) Jambu air
3) Manggis
4) Ciku
- Guru bersoal jawab dengan murid
dengan menggunakan bahasa yang
mudah dan menggalakkan murid
bercerita.
- Guru juga menunjukkan buah-buahan
sebenar dan plastik untuk kanak-
kanak menilai dan merasa sendiri
pengalaman itu.
- Murid bercerita tentang buah-buahan
dengan guru dan rakan-rakan yang
lain.
ABM : kad
gambar,buah-buahan
sebenar dan plastik.
Nilai : mendengar
arahan, menghormati
guru.
Objektif :
1) Murid dapat
mengenal buah-
buahan tempatan.
2) Murid dapat
mengenal jenis
buah mengikut
warna, bentuk dan
rasa.
Langkah 2
(10 minit)
- Guru memanggil 4 orang murid dan
minta mereka melakonkan watak
buah-buahan tersebut.
- Guru menggantungkan watak buah di
leher murid.
ABM : kad gambar
Nilai : bekerjasama,
mendengar arahan,
sabar.
Objektif :
11

- Guru minta mereka bercerita
menggunakan ayat yang mudah.
Contohnya :
Saya rambutan,
Kulit saya berbulu,
Kulit saya berwarna merah,
Isi saya sangat manis.
1) Murid dapat
bertutur
menggunakan ayat
yang mudah.
Langkah 3
(5 minit)
- Guru memberikan plastisin kepada
murid dan minta mereka untuk
membentuk buah yang mereka
gemari.
- Kanak-kanak gembira melakukan
aktiviti ini.
ABM : plastisin
Nilai : mendengar
arahan.
Objektif :
1) Murid dapat
memperkembangka
n daya imaginasi
mereka.
Penutup
(2 minit)
- Guru menerangkan kepada murid
tentang khasiat buah-buahan
tersebut.
ABM : -
Nilai : menghormati
guru.

Refleksi : ...............................................................................................................
.................................................................................................................


12


Gambarajah : Watak-watak dalam aktiviti main peranan yang
dijalankan di dalam kelas.

3.2.1 Perkaitan dengan tunjang-tunjang

a) Tunjang Utama :
Tunjang Bahasa & Komunikasi Bahasa Malaysia
- Berdasarkan Tunjang Komunikasi, pengajaran simulasi dapat
diaplikasikan melalui kaedah main peranan iaitu murid melakonkan
watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan.
- Selain itu, murid juga perlu memahami peranan, menghayatinya serta
melakonkan aksi dan percakapan watak tersebut.
- Dalam kaedah ini secara tidak langsung ia merupakan kesinambungan
melalui teknik becerita.
- Berdasarkan RPH yang telah di sediakan, aktiviti simulasi (main
peranan) yang dilakukan adalah melakonkan watak menjadi buah-
buahan.
- Kad gambar di gantung dileher dan mereka akan melakonkan watak
buah tersebut di hadapan kelas.
- Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka
dihadapan kelas.
- Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan bahasa yang
mudah untuk berdialog.
13

- Melalui aktiviti ini kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat
mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir
secara spontan.
- Kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan
aktiviti pembelajaran.

b) Objektif yang ingin dicapai
i Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan.
ii Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa.
iii Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.
iv Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.
c) Tunjang- tunjang lain yang terlibat
i) Tunjang Sains Dan Teknologi - Awal Sains
- Berdasarkan aktiviti main peranan yang dilakukan oleh murid iaitu
melakonkan watak buah,
- Aktiviti ini dapat diakaitkan dengan tunjang sains dalam pembelajaran
mereka. Kanak-kanak dapat mengenal jenis warna mengikut watak
buah yang dilakonkan.
- Contohnya, jika kanak-kanak melakonkan watak buah pisang,
rambutan, ciku dan manggis, mereka dapat mengenal empat jenis
warna iaitu kuning, merah, coklat dan ungu.
- Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengetahui bentuk buah tersebut
seperti ciku, manggis dan rambutan berbentuk bulat manakala pisang
berbentuk panjang.
ii) Tunjang Keterampilan Diri- Perkembangan Sosioemosi
- Melalui aktiviti yang dilakukan, kanak-kanak dapat mengenali jenis
buah mengikut rasa iaitu masam dan manis.
- Kanak-kanak akan menunjukkan memek muka berdasarkan watak
buah yang mereka lakonkan.
- Contohnya jika kanak-kanak melakonkan watak buah manggis, memek
muka yang ditunjukkan adalah masam.
- Kanak-kanak akan merasa gembira jika mereka dapat melakonkan
watak tersebut dengan baik.
14

iii) Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika Kreativiti
- Kaedah main peranan juga boleh dikaitkan dengan kreativiti kanak-
kanak dalam muzik dan menghasilkan pergerakan.
- Kanak-kanak akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
mengikut dialog dan lagu yang disampaikan,
- Contohnya kanak-kanak akan bergerak dari depan ke belakang atau
dari kiri ke kanan.
- Selain itu juga, aktiviti dalam langkah 3 iaitu semasa kanak-kanak
membentuk buah-buahan dengan menggunakan plastisin.
- Aktiviti ini dapat meningkatkan perkembangan fizikal iaitu motor halus
mata dan tangan.

iv) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Aktiviti yang dilakukan dapat melatih kanak-kanak agar bekerjasama
antara ahli kumpulan sewaktu melakukan sesuatu tugasan serta sabar
ketika menunggu giliran untuk bercakap.
- Selain itu juga, dapat mengajar kanak-kanak menjaga kebersihan dan
bersyukur.

3.2.2 Penyediaan bahan bantu mengajar

- Penyediaan bahan bantu mengajar amat penting terutama bagi guru
prasekolah. Bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai akan menarik
minat kanak-kanak untuk mempelajari apa yang diajar oleh guru.
- Guru haruslah bijak dalam memilih serta menyesuaikan bahan bahan
bantu mengajar dengan aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh,
dalam kaedah simulasi bermain iaitu aktiviti main peranan memerlukan
bahan bantu mengajar yang sesuai agar kanak-kanak tertarik dengan
aktiviti yang akan dilakukan.
- Aktiviti main peranan yang dilakukan adalah melakonkan watak buah
dihadapan kelas.
15

- Dalam aktiviti tersebut bahan bantu mengajar yang digunakan oleh
guru adalah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik
dan plastisin.
- Kanak-kanak akan lebih berminat dengan buah-buahan sebenar.
Bahan-bahan ini dapat membantu guru untuk melakukan aktiviti
tersebut dengan sempurna.
- Penggunaan plastisin juga membantu meningkatkan perasaan minat
kanak-kanak untuk belajar kerana belajar sambil bermain dapat
diterapkan dalam aktiviti ini.

3.2.3 Penggunaan bahan bantu mengajar

- Dalam setiap aktiviti yang akan dilakukan, guru haruslah bijak dalam
menentukan bahan bantu mengajar dengan penggunaan bahan
tersebut.
- Sekiranya guru menyediakan bahan yang tidak sesuai dengan aktiviti
yang dilakukan, ini akan mengganggu proses pemahaman kanak-
kanak terhadap apa yang mereka pelajari.
- Sebagai contoh, aktiviti yang dilakukan adalah melakonkan watak buah
dihadapan kelas.
- Bahan yang digunakan ialah video lagu, kad gambar, buah-buahan
sebenar, plastik dan plastisin.
- Fungsi bahan-bahan tersebut adalah untuk memberi kefahaman
kepada kanak-kanak tentang bentuk, warna, saiz dan rasa.
- Selain itu juga kanak-kanak dapat mengenali buah-buahan tempatan
serta membantu kanak-kanak untuk bertutur dengan menggunakan
bahasa yang mudah.
- Hal ini dapat membantu proses komunikasi kanak-kanak tersebut.
Seperti kaset, radio dan carta lagu, bahan ini digunakan bagi
membantu kanak-kanak untuk menyebut perkatan yang mudah diikuti
dengan iringan muzik.
- Kad perkataan pula dapat membantu pelajar untuk mengeja perkataan
yang mudah seperti buah ciku.
16

- Buah-buahan yang sebenar digunakan adalah untuk memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengenal jenis buah tersebut.
- Selain itu kanak-kanak juga dapat membezakan buah tersebut dari
segi warna, bentuk dan juga rasa.

3.2.4 Kaitan dengan aktiviti pelajar

1) Aktiviti menonton video lagu dan menyanyi.
- murid menonton video lagu dan menjawab pertanyaan guru
tentang video lagu yang ditayangkan itu.
2) Aktiviti menjawab pertanyaan guru
- murid menjawab pertanyaan guru mengenai buah-buahan
tempatan tersebut.
3) Aktiviti main peranan melakonkan watak buah-buahan
- 4 orang kanak-kanak dipanggil untuk melakonkan watak buah-
buahan dan mereka bebas untuk bercerita apa sahaja
mengenai buah-buahan.
4) Aktiviti membuat bentuk buah-buahan menggunakan plastisin
- Kanak-kanak akan diberi plastisin untuk mereka membuat
bentuk buah-buahan yang mereka gemari.


Sebaik sahaja main peranan selesai dijalankan, guru perlu memberi masa
menenangkan murid-murid. Kemudian, guru perlu membantu murid membuat
rumusan berdasarkan lakonan dan pemerhatian yang dijalankan. Antara
teknik yang sesuai ialah teknik penyoalan. Taklimat semula juga boleh
dijalankan oleh guru dan dianggap penting untuk mengukuhkan proses
pembelajaran murid. Pada masa ini kesan aksi dalam main peranan boleh
dianalisis dan dibuat kesimpulan. Membawa murid keluar daripada peranan
yang telah dimainkan dan menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan
yang sebenar. Selain itu memberi peluang kepada murid untuk mengaitkan
hasil aktiviti main peranan dengan matlamat asal aktiviti itu dijalankan.
17

Akhirnya murid membuat kesimpulan tentang perlakuan dalam aktiviti yang
dijalankan.


Sebagai kesimpulan, taklimat semula yang dijalankan dengan baik akan
menghasilkan implikasi yang baik tentang apa yang dialami oleh murid. Mereka juga
dapat membuat perancangan untuk meneruskan pembelajaran tentang perkara
yang telah dipelajari.

























18

4.0 Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan

Main peranan seperti yang telah dibincangkan di atas memberi kepentingan yang
besar dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 4M tetapi juga
dari aspek sahsiah dan tingkahlaku kanak-kanak. Berdasarkan penjelasan yang
telah diperincikan di atas, main peranan amat sesuai digunakan untuk meningkatkan
lagi penguasaan bahasa murid seperti kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar murid. Teknik ini juga boleh digunakan untuk membantu murid
meningkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis disamping menjadikan
suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Setelah melaksanakan aktiviti main peranan di dalam kelas, di sini saya
sertakan beberapa cadangan untuk menambahbaikkan kualiti aktiviti tersebut.
Antaranya, watak-watak yang diberi perlu seiring dengan pengetahuan sedia ada
dan pengalaman yang pernah dilalui oleh murid. Dengan demikian, murid dapat
bercerita dengan lebih lancar tentang perkara berkaitan watak yang dilakonkan oleh
mereka. Suasana pembelajaran menjadi bermakna kerana muri-murid yang lain
dapat memahami cerita yang disampaikan oleh rakan-rakan mereka.

Selain itu, bahan sokongan seperti gambar, pakaian atau apa-apa sahaja
yang bersesuaian perlu untuk memantapkan lagi setiap watak yang dipegang oleh
murid-murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Bahan tersebut tidak
semestinya mahal, asalkan dapat menarik perhatian murid. Ini akan menimbulkan
rasa ingin mencuba untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, sekaligus mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan murid-
murid.

Terdapat banyak pendekatan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran.. Guru bebas memilih teknik yang hendak
digunakan kerana tiada satu pendekatan,kaedah dan teknik yang spesifik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemilihan ini mestilah secara
kreatif agar murid-murid memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pengalaman
yang berguna.
19

Senarai Rujukan

1. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad (2009), Murid dan Alam Belajar, Shah Alam, Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Siri Panduan Guru Kurikulum Baru
Sekolah Rendah J ilid 4, Teknik Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Abd. Ghafar Md. Din, Prinsip dan Amalan Pengajaran,
Shah Alam, Utusan Publications & Disrtibutors Sdn. Bhd.

4. Pusat Perkembangan Kurikulum (2010),Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia, Buku Panduan Guru, Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

5. Teknik pengajaran dan pembelajaran
www.bobezani.tripot.com/teknik.htm pada 29/2/2012

Anda mungkin juga menyukai