Anda di halaman 1dari 6

Tema 2: Kesedaran ruang

Ruang adalah kawasan atau persekitaran yang digunakan semasa melakukan


pergerakan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.
a) Ruang diri
Ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai
oleh bahagian tubuh badan.
b) Ruang am
Kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan
pergerakan.
Pemilihan dan pengawalan pergerakan dalam penggunaan ruang perlu mengikut
situasi, keperluan dan keselamatan. Terdapat banyak gerakan berkaitan dengan
ruang. Selain itu, terdapat pecahan-pecahan tema kemahiran yang perlu di pelajari
dan dikuasai oleh pelajar iaitu:
i.
Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang.
Pergerakan dalam kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu
tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong
contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain.
Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan
melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan
menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu
sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal
ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan
fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.
ii.
Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri.
Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang
melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain
pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan.
Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka
pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan
komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan
kelenturan.
iii.
Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang
dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan
dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan
ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang
lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan
komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan
imbangan.
iv.
Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan
yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya.
Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.
v.
Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan
yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh
pergerakan ini ialah ulat menyusur.
Tema 3: Kesedaran masa
Tema ini memfokuskan tentang kawalan masa dalam melakukan sesuatu
pergerakan. Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat,
lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan berkait rapat
dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang
dilengkapi dengan alatan. Kesedaran masa mempunyai perkaitan dengan tubuh
1

badan, beban, aliran dan ritma. Berikut adalah sub tema berdasarkan kemahiran
pergerakan:
a. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza.
Bergerak menggunakan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, serta-merta
dan kawal-lambat.

Jalan dengan cepat

Berdiri tegak dan berjalan lambat

Berjalan lambat ke serta-merta


b. Bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai
Memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat
dan kemampuan pelajar.

Bergerak dengan pelbagai kelajuan yang sesuai


c. Bergerak dengan mengawal kelajuan
Bergerak dengan mengawal kelajuan sama ada pantas atau lambat

Mengawal kelajuan dalam pergerakan


d. Menggerakan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang
sesuai
Pelajar dikehendaki melakukan pergerakan tubuh badan bagi mengenal pasti
kelajuan yang sesuai untuksetiap pergerakan.

Mengaplikasikan pemilihan kelajuan yang sesuai dalam pelakuan dirian tangan


e. Merungkai pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek
masa
Melakukan beberapa pergerakan dengan menerapkan dua atau lebih aspek
masa seperti cepat, lambat, serta-merta, dan kawal lambat.

Rangkaian pergerakan dengan penggabungan aspek masa (cepat,


lambat,serta-merta dan kawal-lambat).

Tema 4: Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai Bahagian Tubuh Badan.


3

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna


perhubungan satu bahagian tubuh badan dengan bahagian badan yang lain atau
perhubungan tubuh badan dengan objek seperti lantai atau alatan. Lakuan perkaitan
pergerakan adalah seperti sokongan badan, bahagian tubuh badan yang
mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan.

Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian badan


dengan bahagian badan yang lain.
Bergerak dengan menggunkan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh
badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian badan bergantung kepada
bahagian tubuh badan yang lain untuk melakukan pergerakan.
Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di
antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.
Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukar bentuk pergerakan
atau pergerakan bahagian lain. Imbangan membantu pertukaran pergerakan.

Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan


bahagian tubuh badan dengan alatan.
Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan. Pergerakan
boleh dilakukan di atas, bawah dan melalui alat atau alatan digunakan
sebagai halangan.

Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru


dengan menggunkan bahagian tubuh badan untuk mendahului
pergerakan.
Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke
tapak imbangan yang lain seperti dari sokongan punggung ke bahu atau
tangan. Semasa mengalih beban, bahagian tubuh badan yang sesuai
hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan.

Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian


tubuh badan.
Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan bahagian tubuh
badan seperti abdomen dan tangan hendaklah ditentukan dahulu.
Kedudukan tubuh boleh berdasarkan pada satu, dua, atau lebih bahagian
badan.

Tema 5: Kesedaran Beban


Tema kesedaran beban dalam gimnastik pendidikan adalah bertujuan untuk
membolehkan pelajar memahami kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan
tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan
keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. Pelajar dapat mengawal kekuatan
dan mengenal pasti kemampuan otot mereka dalam pergerakan. Melalui tema ini
guru harus memberikan senario dan tugas kepada pelajar untuk pelajar memahami
tema ini dengan lebih baik. Guru juga harus melakukan demonstrasi untuk memberi
gambaran dengan jelas tentang tugas yang diberikan.
Bergerak berbagai-bagai cara dan membeku.
Pergerakan dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap
pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat,
tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat
dilihat semasa membeku. Pelajar boleh melakukan pergerakan berbagaibagai cara mengikut kreativiti.
4

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan


Bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kawalan otot
yang berbeza seperti berat dan ringan. Pelajar boleh mempelbagaikan
pergerakan dengan bergerak menggunkan lebih atau kurang daya dan
kekuatan otot.
Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan
Alatan
Bergerak dengan kualiti berat dan ringan dengan menggunkan alatan. Alatan
boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, keliling dan sisi.
Pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis alatan berdasarkan kemampuan
serta selamat.
Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan
Ringan Tanpa atau dengan Alatan
Pergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada
menggunakan alatan atau tanpa alatan. Pelajar merangkaikan beberapa
pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot
tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini pelajar akan
merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi
penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru
memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan
sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum.

Tema 6: Kesedaran Aliran


Kesedaran aliran dapat dilihat apabila beberapa pergerakan dirangkai dengan
berurutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran
bebas dan aliran terikat. Dalam memperkembangkan aliran pergerakan, penekanan
diberi terhadap:
i. Pilihan dan lakuan pergerakan yang sesuai.
ii. Ulangan rangkaian pergerakan yang sesuai.
iii. Kelicinan pergerakan dalam sesuatu rangkaian.
iv. Pilihan pergerakan mencabar untuk dirangkaikan.
terdapat tiga jenis rangkaian pergerakan iaitu secara bebas, terikat dan bebas dan
terikat.
Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas
Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman
beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar dan berterusan
tanpa henti.
Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Terikat
Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian
pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat
tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya.
Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi.
Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan Terikat
5

Pergerakan secara aliran bebas dan terikat digabungkan menjadi rangkaian


yang licin, lancar dan berterusan.
Tema 7: Kesedaran Perkaitan Dengan Orang Lain
Kesedaran memberi peluang kepada seseorang individu melakukan berbagai
pergerakan bersama rakan-rakan. Setiap individu menyesuaikan pergerakan dengan
secara berpasangan atau berkumpulan. Perkaitan ini boleh dilakukan dengan cara:
i. Meniru = ketua melakukan, pengikut memerhati dan meniru pergerakan ketua.
ii. Memadan = beberapa orang melakukan pergerakan yang sama serentak.
Pemilihan pergerakan dan rangkaian ditentu dan dilatih terlebih dahulu.
iii. Lakuan Cermin = berpasangan dan dalam kumpulan melakukan pergerakan yang
sama seperti lakuan dalam cermin.
Kesedaran perkaitan dengan orang lain terbahagi kepada tiga pergerakan.

Bergerak berbagai Cara dengan Pasangan


Boleh dilakukan dalam bentuk meniru, memadan dan lakuan cermin.
Rangkaian pergerakan berpasangan boleh dilakukan seperti kanun,
berselang-seli dan berturutan.
Bergerak berbagai-bagai cara dengan rakan secara sentuhan badan.
Bergerak dengan rakan-rakan boleh dilakukan secara sentuhan badan untuk
menyokong beban, mengimbangi rakan dan membantu rakan mengekalkan
kedudukan badan. Sesuatu pergerakan itu tidak boleh dilakukan tanpa
sokongan.
Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan
Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar.
Pergerakan yang boleh dilakukan ialah secara meniru, memadan dan lakuan
cermin.

Tema 8: Kesedaran ritma


Tema ini bertujuan untuk memperkembangkan kesedaran ritma pergerakan.
Tumpuan ritma termasuk masa, beban serta aliran yang lebih dirasakan dalam
rangkaian pergerakan atau pergerakan yang berulang-ulang.
Mendapatkan ritma dari berbagai-bagai pergerakan.
Setiap pergerakan mempunyai ritmanya tersendiri. Ritma yang berlainan
diperolehi dengan melakukan pelbagai pergerakan. Ritma boleh dihasilkan
dengan bertepuk tangan, menghentak kaki, menghitung dan sebagainya.
Menggunakan corak ritma untuk melakukan pergerakan.
Corak ritma adalah gabungan berbagai ritma. Corak ritma mempunyai rentak
mendatar, tinggi, rendah dan terputus-putus. Rentak ritma boleh dilakukan
dengan lembut, perlahan, kuat, cepat, sederhana, lambat dan sebagainya.
Corak ritma perlu dilakukan berulang-ulang.
Merangkaikan aliran pergerakan dengan corak ritma.
Aliran pergerakan adalah rangkaian pergerakan yang mempunyai permulaan
dan penghabisan yang tertentu. Aliran corak ritma hendaklah kemas, licin
dan berterusan. Aliran rangkaian pergerakan dihasilkan daripada corak ritma
pergerakan yang berulang-ulang.

Anda mungkin juga menyukai