Anda di halaman 1dari 2

APAKAH ITU GLOG?

Glog ialah satu platform visual interaktif yang membolehkan pengguna membuat
"poster atau laman web" yang mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks,
audio, video, imej, grafik, lukisan dan data (http://edu.glogster.com/what-is-glogsteredu/)
Glogster EDU merupakan platform pendidikan global yang utama untuk
mengungkapkan pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam dan di luar
kelas. Ia memperkasakan pendidik dan pelajar dengan teknologi untuk membina
GLOG - poster multimedia dalam talian-menggunakan teks, gambar, video, grafik,
audio, lukisan dan lampiran data dan sebagainya.
FAEDAH MENGGUNAKAN GLOGSTER
Bagi Guru/Pensyarah:
Satu saluran digital yang inovatif, dinamik, dan kreatif yang menarik rasa teruja
pelajar untuk mencipta sesuatu di internet, mengekalkan perhatian mereka pada
kandungan kursus, serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok.
Satu platform persendirian dan selamat yang dipantau secara langsung oleh guru.
Satu alat pengajaran penting dan berguna yang menggabungkan subjek asas
termasuk matematik, sains, sejarah, fotografi, muzik dan lain-lain untuk portfolio
setiap pelajar, penilaian alternatif yang unik, dan aktiviti pengajaran yang berbeza.
Bagi Pelajar:
Pengalaman pembelajaran yang kukuh, seronok dan penuh imaginasi yang
menggalakkan ekspresi diri secara bebas dan kreatif, hubungan positif antara
pelajar dengan guru, serta kerjasama berkumpulan dalam projek kelas.
Pengalaman pebelajaran yang cergas menggunakan pelbagai deria, dengan
menggabungkan pengetahuan dan kemahiran ke dalam subjek yang biasanya
berorientasikan teks, serta merangsang keinginan pelajar untuk meneroka topiktopik yang kurang diminati sebelum ini.
Faedah-faedah lain:
Pengalaman pembelajaran yang seronok
Cara baru untuk meluahkan kreativiti
Kelas maya yang selamat dan bercorak persendirian yang diawasi oleh guru
Mendorong minat terhadap subjek yang kurang diminati sebelum ini
Menambah aspek audiovisual kepada subjek yang biasanya berorientasikan teks

Menggalakan kerjasama berkumpulan dengan rakan sekelas


Meningkatkan keinginan untuk menjadi kreatif secara bebas
Hayat simpanan tidak terhad
Memperbaik hubungan antara pelajar dengan guru apabila mereka bersama-sama
meneroka web 2.0 dan konsep-konsep pembelajaran
Guru dan pelajar dapat mengikuti perkembangan terkini teknologi moden
CARA MENGGUNAKAN GLOGSTER
Glogster ialah satu alat unik untuk guru dan pelajar membuat poster secara dalam
talian menggunakan hiperpautan kepada lain0lain laman web, video, imej, gambar
dan audio
Glogster membolehkan guru memberikan tugasan yang kreatif dan bermakna.
Guru boleh menugaskan pelajar untuk mengkaji sesebuah negara dan membuat
satu risalah perlancongan.
Pelajar boleh memuat naik video Youtube mengenai perbualan penduduk tempatan
dalam bahasa ibunda mereka, memuat naik muzik tradisional/popular negara itu,
serta memberikan fakta-fakta, maklumat perlancongan dan destinasi-destinasi
popular di negara tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Laman web Glogster, klik di SINI
Tutorial Glogster, klik di SINI
Video tutorial Glogster, klik di SINI
Wikipedia, klik di SINI

Anda mungkin juga menyukai