Anda di halaman 1dari 12

2.

PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1

Pengenalan

Saya, Noor Liyana Binti Yaakob, daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 2 untuk
program DPLI di Pusat Anak Permata Negara Putrajaya. Pengalaman Berasaskan
Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG
bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan
pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk
praktikum.
Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat
mencapai beberapa objektif iaitu :

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah


Menghayati kerjaya seorang guru
Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah
Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid
Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran
Membina kemahiran berinteraksi dengan warga sekolah
Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran,
pembelajaran dan budaya sekolah.
Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis
dan analitikal
Membina sikap positif terhadap profesion perguruan
Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab
Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa
sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani
PBS selama dua minggu di PAPN demikian. Perkara-perkara tersebut ialah
memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS
yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan atau jabatan matapelajaran
major/elektif berdasarkan semester.
Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah kepada guru pelatih.
Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang berkarisma dapat dilahirkan
seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru yang mahu melahirkan guru
yang mampu menjamin pembangunan individu.

2.2

Laporan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Sebelum melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah


mengenal pasti apakah tujuan saya berada di PAPN Putrajaya kelak. Tujuan utama
PBS ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih kepada situasi
dan suasana sebenar ketika berada di papn. Tujuan seterusnya ialah melaksanakan
tugasan kerja kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu aktiviti yang dijalankan
di papn. Selepas mengenalpasti apa tujuan berada di papn kelak, saya terus
menyediakan pelan tindakan untuk sepanjang saya berada di papn tersebut. Pelan
tindakan adalah seperti berikut:
PELAN TINDAKAN
TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
Pusat Anak Permata Negara, Putrajaya
Tarikh
Hari Pertama
23 Mac 2015

Hari Kedua
24 Mac 2015

Hari Ketiga
25 Mac 2015

Tindakan
Lapor diri

Catatan
Lapor diri dan menjelaskan
tugasan PBS yang diterima

Berjumpa dengan pihak pentadbiran


Pusat
Anak
Permata
Negara Taklimat
Putrajaya.
Mengumpul maklumat
Sesi pengenalan dan mengumpul
maklumat.
Mendapatkan maklumat mengenai Perjumpaan dan perbincangan
pentadbiran Pusat Anak Permata dengan
pihak-pihak
Negara Putrajaya
pentadbiran, guru-guru yang
berkaitan
Berjumpa dengan ketua pendidik dan
guru-guru
untuk
mendapatkan
maklumat berkaitan
Meninjau program dan aktiviti.

Membuat soal selidik kepada


pihak pengurusan sekolah

Interaksi dengan murid-murid


Perbincangan
guru dan staf

dengan

guru-

Menemu bual murid-murid

Hari Keempat Sesi temuramah


26 Mac 2015
Mendapatkan maklumat tambahan

Temuramah
dengan
pengurusan sekolah

pihak

Pemerhatian di sekitar sekolah

Hari Kelima
29 Mac 2015
Hari Keenam
30 Mac 2015
Hari Ketujuh
31 mac 2015
Hari Kelapan
1 April 2015
Hari
Kesembilan
2 April 2015
Hari
Kesepuluh
3 April 2015

Aktiviti 1
Aktiviti 2
Aktiviti 3

Perbincangan akhir

Perbincangan dengan
pentadbir PAPN

pihak

Meninjau keseluruhan sekolah


Melengkapkan
tugasan

semua

Mendokumentasikan
keperluan dapatan

hasil

Saya juga turut mengenalpasti apakah instrumen pengumpulan maklumat yang


sesuai untuk saya gunakan di PAPN Putrajaya nanti. Selepas menganalisis
permintaan tugasan PBS ini, saya telah memilih kaedah pemerhatian, temubual,
soal selidik, perbincangan, dan pengalaman sebenar sebagai instrumen yang akan
saya gunakan bagi mendapatkan maklumat.

2.3

Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Sepanjang saya berada di PAPN Putrajaya untuk melaksanakan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) untuk semester 2 ini, saya telah bergerak mencari
maklumat mengikut dalam pelan tindakan yang sudah dirancang lebih awal. Selama
sepuluh hari berada di sekolah, saya sempat melaksanakan instrumen yang sudah
saya sediakan seperti pemerhatian yang saya lakukan. Pemerhatian melalui gambar
telah saya dokumentasikan sebagai sumber rujukan saya. Saya juga telah membuat
temu bual, perbincangan dan soal selidik bersama dengan pihak pengurusan
sekolah serta guru-guru.
Hari Pertama (23 Mac 2015)
Hari pertama sampai di sekolah, saya terus melaporkan diri ke pejabat. Kelihatan
pada ketika itu Ketua Pendidik telah bertugas di luar kawasan dan saya diarahkan
untuk berjumpa dengan pemangku ketua pendidik ( Pn Ana) yang telah bersedia
menerima kehadiran guru pelatih ke sekolah tersebut, dengan senyuman yang lebar
beliau mengalu-alukan saya duduk di pejabatnya. Selesai menyerahkan surat
pengenalan diri dan melaporkan diri, saya beserta empat orang lagi rakan juga telah
memberi penerangan secara ringkas berkenaan dengan PBS oleh beliau.Kami
membuat perbincangan kendalian aktiviti yang perlu saya laksanakan sepanjang
PBS.
Perbincangan bersama pemangku ketua pendidik ditangguhkan seketika supaya
kami dapat mengikuti acara perhimpunan rasmi pada pagi tersebut. Saya dan
beberapa rakan guru pelatih yang lain telah diperkenalkan kepada guru-guru dan
juga kanak-kanak permata.
Perbincangan yang tertangguh tersebut diteruskan setelah selesai perhimpunan.
Pelbagai soalan dan pertanyaan yang saya kemukakan kepada guru tersebut
mengenai perihal sekolah tersebut bagi memenuhi tugasan yang telah ditetapkan
kepada kami. Aktiviti membuat pemerhatian dan mencari serta mengumpul
maklumat saya jalankan di sekitar sekolah tersebut. Pemerhatian terhadap tingkah

laku murid-murid dan iklim pembelajaran memberikan saya banyak pengetahuan


yang baru.

3.0

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Sepanjang melaksanakan aktiviti mencari dan mengumpul maklumat berkaitan


dengan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di PAPN Putrajaya,
terdapat beberapa instrumen atau kaedah pengumpulan data yang saya gunakan.
Kajian ini dilaksanakan dengan 4 kaedah iaitu:
1.
2.
3.
4.
3.1

Pemerhatian
Temu bual
Soal selidik
Perbincangan
Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan dengan melihat permandangan dan persekitaran papn. Di


samping itu, saya juga telah melihat pendidik mengajar di dalam kelas. Pemerhatian
dilakukan sepanjang berada di PAPN Putrajaya dan butiran direkodkan dengan
membuat catatan dan didokumentasikan. Maklumat yang diperolehi daripada
kaedah ini termasuklah:
(i)
3.2

Carta organisasi PAPN Putrajaya


Temu Bual

Kaedah ini dijalankan dengan membuat temu bual bersama ketua pendidik,
pendidik-pendidik, staf sokongan, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid.
Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan dalam borang rekod
kolaborasi (lihat lampiran 1). Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Latar belakang sekolah


Latar belakang murid-murid
Maklumat guru dan kakitangan
Laporan bulanan sekolah
Jawatankuasa kurikulum

(vi)
(vii)
(viii)

Carta organisasi pentadbiran


Carta organisasi induk
Maklumat murid

Perbincangan
Kaedah ini dijalankan dengan membuat perbincangan bersama ketua pendidik,
pendidik-pendidik, staf sokongan, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid.
Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodka.. Maklumat yang diperolehi
daripada kaedah ini ialah:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

4.0

Peranan ketua pendidik dan pemangku ketua pendidik


Maklumat guru
Pengurusan kelas
Latar belakang PAPN
Kemudahan dan PAPN
Program dan aktiviti yang dijalankan di PAPN

KOLABORASI

Hari Kedua (06 Mac 2012)


Hari kedua bermula dengan penuh semangat apabila lagu Negaraku dan Sabah
Tanah Airku berkumandang di alat pembesar suara yang boleh didengari di
segenap sekolah. Semua guru-guru, staf-staf dan murid-murid berdiri tegak
dan menyanyikan bersama-sama lagu kebangsaan itu tidak mengira tempat
mereka berada ketika itu. Amalan tersebut amat wajar dipuji dan diteruskan
lagi demi menanam sikap patriotik dan hormat dalam diri setiap individu dalam
sekolah berkenaan.
Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat saya teruskan lagi pada hari kedua
dan telah berjumpa dengan staf-staf sokongan untuk mendapatkan maklumat
dan data-data yang diperlukan mengenai sekolah tersebut. Di samping itu saya
juga turut bertanyakan soalan berkenaan dengan amalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK) di sekolah tersebut.

Pemerhatian terhadap kemudahan dan prasarana saya laksanakan sepanjang


sesi

persekolahan

dan

meninjau

penggunaan

kemudahan-kemudahan

berkenaan oleh warga sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Selain
itu, saya juga turut menemu bual guru-guru yang bertugas dalam bidang yang
tertentu yang menguruskan kemudahan dan prasarana tersebut. Antara
kemudahan dan prasarana yang saya lihat penting dalam sekolaht ersebut
ialah pusat sumber sekolah yang banyak menyediakan bahan bacaan dan
bahan bantu mengajar yang sanagt diperlukan dalam pengajaran dan
pembelajaran, serta Makmal Komputer yang diperlukan dalam mata pelajaran
yang memerlukan bahan berbentuk ICT (gamabr boleh rujuk di lampiran 3).
Temu bual dan kolaborasi bersama guru panatia Kemahiran Hidup yang saya
adakan setelah duru berkenaan mempunyai sedikit masa terluang. Pelbagai
pertanyaan yangs saya ajukan kepada beliau dan terdapat juga beberapa
perkara yang dibincangkan khasnya berkaitan mata pelajaran Kemahiran
Hidup. Begitu banyak input yang saya perolehi melalui interaksi-interaksi
bersama warga sekolah tersebut.
Di samping itu saya telah diarahkan untuk menjalankan kelas ganti dimana
pada waktu tersebut saya amat gementar kerana buat pertama kalinya saya
perlu berharapan dengan murid-murid seramai 44 orang di dalam kelas
tersebut. Guru-guru turut menasihatkan saya agar bertindak serius jangan
memberi layanan seperti kawan-kawan kerana sekiranya berbuat demikian
keadaan kelas sukar untuk dikawal. Nyata nasihat guru tersebut adalah benar.

Hari Ketiga (07 Mac 2012)


Hari ketiga merupakan hari yang paling sibuk diantara hari-hari yang saya
hadir di sekolah tersebut. Ini kerana pada waktu tersebut guru-guru sibuk
memberikan baju sekolah yang telah diberi peruntukan oleh kerajaan kepada
murid-murid dan pada waktu tersebut juga terdapat banyak guru yang sibuk
dengan aktiviti sukan dan perlawanan yang telah berlangsung di sekolah lain.
Hari tersebut saya telah diminta untuk membuat kawalan terhadap muridmurid agar tidak berkeliaran di luar kelas sewaktu guru sedang sibuk

melakukan pembahagian baju. Ternyata terdapt murid-murid yang degil dan


seringkali keluar daripada kelas walaupun saya telah mengarahkan dengan
anda yang tinggi supaya masuk ke dalam kelas buat kerja yang disuruh.
Setelah menjalankan tugasan tersebut, saya turut diberikan kelas ganti yang
baru. Saya menggunakan peluang tersebut untuk menjalankan sesi temubual
dan memeberi borang soal selidik terhadap murid-murid bagi membuktikan
kritikan yang telah saya lakukan terhadap teori Jean Piaget dalam kerja kursus
Perkembangan Kanak-Kanak. Daripada pengalaman tersebut juga peluang
masuk ke kelas telah membuka mata saya kepada senario sebenar perbezaan
individu tersebut dan cara berhadapan dengannya kerana terdapat banyak
ragam murid yang berbeza. Ilmu dan pengetahuan yang baru ini saya simpan
dan cuba mengadaptasinya di dalam diri supaya kelak saya bergelar guru
yang akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut dengan betul.
Pada hari tersebut juga, saya telah membuat perbincangan bersama Guru
Penolong Kanan Kokurikulum untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti
kokurikulum dan saya berjumpa dengan penyelia petang dan guru mentor
saya untuk memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana menjalankan aktiviti
yang saya perlukan dengan lebih baik dan teratur.

Hari Keempat (08 Mac 2012)


Saya meneruskan tinjauan lagi pada hari keempat dan mengumpul maklumat
data tambahan serta maklumat-maklumat menarik mengenai sekolah tersebut.
Kesempatan berjumpa dengan Guru Besar (Pn. Helen Gasat) yang baru balik
tidak saya lepaskan, apatah lagi beliau sangat sibuk dengan pelbagai tugastugas yang penting. Namun memandangkan beliau turut mengenali saya
kerana saya merupakan bekas murid di sekolah tersebut kadang-kadang tajuk
yang dibincangkan seakan-akan lari sedikit menjadi tajuk berbualan kedai
kopi.
Pelbagai persoalan saya utarakan kepada beliau mengenai peranan dan
tanggungjawab

seorang

guru

besar

dalam

pentadbiran

sekolah,

memperkembangkan potensi individu bagi semua murid, kemudahan dan


prasarana sekolah, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah

tersebut dan hasrat beliau dalam menjadikan sekolah tersebut maju dan
setanding dengan pendapaian sekolah-sekolah di bandar. Beliau menjawab
kesemua persoalan saya dengan lengkap dan beliau juga banyak berkongsi
rahsia-rahsia

kejayaan

beliau

dalam

tempoh

yang

begitu

panjang

berkecimpung dalam bidang pendidikan ini. Beliau tidak lupa memberi


nasihat-nasihat yang berguna kepada diri saya sebagai seorang bakal guru.
Interaksi yang sangat informatif tersebut amat saya hargai dan tunjuk ajar
serta pesanan daripada beliau akan saya terus ingat sampai bila-bila.
Di sebelah petang pula saya membuat aktiviti pemerhatian terhadap
bagaimana seorang guru mengawal situasi dalam kelas dan di samping itu
melihat perkembangan kanak-kanak sewaktu sesi pembelajaran. Saya telah
mengikuti mentor saya melihat situasi tersebut. Sememangnya kelas dapat
dikawal dengan baik dan murid-murid turut mendengar arahan daripada guru
yang mengajar di samping saya melihat guru tersebut memberikan ganjaran
kepada mereka yang berjaya menjawab dengan betul terhadap soalan yang
diberikan.
Hari Kelima (09 Mac 2012)
Hari kelima merupakan hari terakhir saya berada di sekolah tersebut. Pagi itu
diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang
diperdengarkan melalui alat pembesar suara. Keadaan ini sudah menjadi
kebiasaan kepada warga SK. St. John Tuaran dan pada pendapat saya, amalan
ini sepatutnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain tidak kira sekolah
rendah atau sekolah menengah mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi.
Untuk kali terakhir, saya berurusan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
atas perbincangan beberapa aspek-aspek mengenai sekolah berkenaan.
Sebelum Guru Besar berangkat pergi atas tugasan yang penting, saya telah
berbincang dengan beliau atas beberapa perkara yang penting mengenai
tanggungjawab di sekolah dan juga beliau turut menyampaikan pesanan
bernas kepada saya untuk diadaptasikan dalam diri kami masing-masing
sewaktu menjalankan latihan perguruan ini. Saya amat berbesar hati atas
kesanggupan beliau meluangkan masa bersama saya walaupun dihimpit
dengan kesibukan masa.

Saya berkesempatan menemu bual dan berbincang dengan guru Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid mengenai data murid di sekolah itu dan beliau banyak
menerangkan kepada saya bantuan-bantuan yang diberikan kepada muridmurid. Bantuan-bantuan tersebut sememangnya sangat membantu muridmurid dalam meneruskan persekolahan mereka dan dalam meningkatkan
prestasi pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Pengalaman yang tidak saya akan lupakan sampai bila-bila adalah guru-guru
di sana telah membuat majlis perpisahan dengan menyediakan sebuah kek.
Kerana perasaan yang sangat terharu dan terhutang budi terhadap guru-guru
yang telah saya anggap seperti sebuah keluarga saya sendiri dimana hampir
kesemua mereka merupakan bekas guru saya sendiri kerana mereka sentiasa
membantu saya apabila saya menghadapi masalah dan sering menjadikan
suasana di dalam bilik guru ceria dan gembira dengan penceritaan dan
perbualan mereka dan menjadikan saya tidak berasa keseorangan dengan
bantuan guru-guru di sekolah tersebut. Di samping itu, saya tidak melepaskan
peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan turut mengambil gambar
bersama- sama dengan guru sesi petang yang sentiasa menghiburkan dan
ringan memberi bantuan sepanjang saya berada di sana.
Di samping itu saya turut memberikan sokongan dan nasihat yang berguna
kepada murid-murid di sana kerana kebanyakan daripada mereka telah
menganggap saya sebagai guru tetap di sekolah tersebut. Perasaan rindu dan
semangat membakar itu menjadikan saya ingin mencapai cita-cita menjadi
seorang guru yang baik pada masa akan datang. Akhir aktiviti yang dilakukan
adalah mengucapkan terima kasih yang tak terhingga terhadap semua guru,
kakitangan dan murid yang banyak membantu saya dalam menjalankan PBS di
sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai