Anda di halaman 1dari 40

PENDIDIKAN PERGERAKAN

Disediakan oleh: Azraa Ayesha Karishma Rekhraj Nur Atiqah Ramzan

Aktiviti yang berkait rapat dengan kercergasan fizikal.

- Penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan dan lombolan.

Gimnastik Artistik
- Imbangan

Menekankan tiga aktiviti utama iaitu:- Ketangkasan

- Lombolan

Pola-pola pergerakan penting:1.Pendaratan 2. Statik 3.Gerak edar 4.Putaran

5. Hamburan
6. Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik: Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan dapat dihasilkan. Keupayaan untuk menghayati kinestetik dan estatik. pergerakan

Aspek Keselamatan
Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat.

Lakukan aktiviti memanas badan terlebih dahulu

Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong.

Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam.

Kemahiran dalam Gimnastik Artistik


Menggunakan tombol (vaulting horse)

Hambur kepala(headstand)

Hambur tangan (handstand)

Terdiri daripada kombinasi tarian, pergerakan gimnastik dan penggunaan peralatan yang dilakukan dengan ritma. Pergerakan dalam gimnastik irama diiringi dengan muzik. Dilakukan sambil menggunakan bola, gelung, reben, tali atau belatan. Pergerakan-pergerakan asas:(a) Lompatan (b) Imbangan (c) Pusingan (d) Lenturan

Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1982. Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Mula diperkenalkan di Sukan SEA pada tahun 1989 di Kuala Lumpur. Malaysia telah muncul sebagai johan acara ini pada tahun tersebut dan menjadikan gimrama semakin popular di Malaysia.

Pergerakan menggunakan bola

Pergerakan menggunakan riben

Pergerakan menggunakan gelung

Pergerakan menggunakan belantan

2.9 Gimnastik Pendidikan


Dikenali sebagai pendidikan pergerakan Kesan yang diperoleh
Memahami anggota badan Meningkatkan keyakinan diri terhadap tubuh badan Mencuba pergerakan baru yang belum pernah dicuba Meningkatkan daya kreativiti dan esterika yang tersendiri Kesan yang disebutkan dapat membantu pelajar memahami konsep pergerakan dan dapat mempertingkatkan tahap pergerakan

2.9.1 Kesedaran Aliran


Cara individu melakukan beberapa pergerakan secara berterusan dan lancar

Mesti sesuai dengan kebolehan kita, melakukan rangkaian yang tersusun, dan memastikan bahawa pergerakan yang dibuat licin tanpa tersekat sekat.

Kesedaran aliran boleh dibuat secara bebas atau aliran terikat

Rangkaian Pergerakan Aliran Bebas Beberapa pergerakan yang dilakukan secara lancar, kemas dan berterusan (Bebas melakukan apa apa pergerakan tanpa terhenti ) Contohnya; Dengan menggunakan muzik

Rangkaian Pergerakan Aliran Terikat Dilakukan secara terkawal Boleh berhenti seketika dengan mengekalkan imbangan badan, dengan itu pergerakan masih lancar dan berkoordinasi

Pergerakan Aliran Bebas dan Terikat Menggabungkan pergerakan aliran bebas dan aliran terikat untuk membuat aktiviti ini lebih menyeronokkan

Melibatkan pergerakan secara kumpulan

2.9.2 Kesedaran Perkaitan dengan Orang Lain

Dilakukan dengan tiga cara Meniru (mengikut ketua) Memadan (Beberapa orang melakukan secara serentak) Lakuan cermin (Berkumpulan dan melakukan secara tentangan)

Lakuan Cermin
Objektif lakuan adalah supaya kita menghargai tubuh badan dengan pelbagai gerakan. Tiga pergerakan kesedaran;
Bergerak pelbagai cara dengan pasangan
o Ketua melakukan pergerakan dan pasangan meniru lakuan. Setelah mahir, dilakukan secara serentak
Bergerak pelbagai cara dalam kumpulan o Memerlukan ketua untuk merancang pergerakan Bergerak pelbagai cara dengan rakan secara sentuhan badan o Dilakukan dengan rakan secara sentuhan badan untuk menyokong, mengimbang dan mengekalkan kedudukan badan

2.9.3 Aspek Keselamatan


Semua pergerakan hendaklah mengikut kemampuan Pilih pasangan hendaklah mengikut saiz badan Ruang yang digunakan untuk melakukan gerak kerja hendaklah luas dan mempunyai permukaan yang rata Panaskan badan sebelum melakukan gimnastik Mempunyai ruang pengudaraan yang baik

2.10 Pergerakan Kreatif


Pergerakan kreatif adalah kombinasi pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan daya ekspresi. Pergerakan kreatif merupakan suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria. Empat unsur pertama dalam pergerakan: Tubuh badan, ruang, masa dan daya.
Tujuannya adalah untuk meningkatan potensi sedia ada pada pelajar yang berkaitan dengan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Nilai-nilai yang boleh diterapkan ialah: Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan Keseronokan dan kepuasan Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi. Menghormati orang lain Bekerjasama

2.10.1 Orientasi Ruang


Dalam tema orientasi ruang, ia mengutamakan arah tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan arah yang lain iaitu: - Atas-bawah (menaik dan menurun) - Kiri kanan (bermula dari pusat badan dan kedua belah tangan direnggang di sisi) - Hadapan belakang ( bermula dari pusat badan dan kedua belah tangan direnggang ke hadapan dan ke belakang badan) Orientasi ruang : - Dimensi ruang - Orientasi berpasangan atau berkumpulan - susunan dan urutan

Dimensi ruang
Tujuan untuk megelakkan risiko kecederaan sewaktu melakukan aktiviti sebenar. Contoh pergerakan: - Berdiri bebas statik. Gunakan bahagian baan pinggang ke atas untuk membuat pergerakkan. - Gerakkan bahagian badan daripada pinggang ke atas untuk membuat pergerakkan. - Berlari secara individu mengikut enam dimensi ruang. - Bersama-sama rakan, berlari dengan rangkaian pergerakan enam dimensi ruang. - Membeku dan berhenti apabila mendengar isyarat.

Orientasi berpasangan dan berkumpulan


Pergerakan ini boleh direka mengikut enam dimensi ruang yang diperkenalkan. Contoh pergerakan orientasi ini: - Berdiri di suatu tempat dan pasangan di tempat lain - Bergerak bebas mengunakkan 6 dimensi ruang hingga bertemu dengan pasangan masing-masing. - Membeku dan berhenti apabila mendengar isyarat. - Ikut pergerakan yang dilakukan oleh ketua kumpulan. - Bergerak lagi secara satu kumpulan baru apabila bertemu kumpulan lain.

Susunan dan urutan


Merupakan pergerakkan yang secara gerak edar atau gerak setempat dengan menggabungkan aspek aliran, arah, aras dan mempelbagaikan tubuh badan. Contoh : -lakukan pergerakkan individu secara bebas mengikut dimensi ruang hingga bertemu pasangan. -Pergerakan berpasangan diteruskan sehingga bertemu pasangan baru untuk membentuk kumpulan berempat. - Membeku atau berhenti apabila mendengar isyarat.

2.10.2 Gabungan bentuk dan daya dalam pergerakan


Merupakan penyatuan antara kesedaran bentuk-bentuk pergerakan, perubahan lapan daya asas dan orientasi ruang. Pergerakan ini dipecahkan kepada rangkaian daya mengikut corak dan rekaan daya mengikut corak dengan menyerapkan aspek masa, beban dan aliran.

Pergerakan daya mengikut corak


Bergerak dengan merangkaian beberapa daya asas iaitu ; Lejang atau radak, apung, cantas, ketis atau renjis,luncur, pulas, cecah dan tekan.
Contoh : bebas dan dengar rangsangan daripada guru Tiru contoh dan pergerakan rakan dengan sendiri. Membeku atau berhenti apabila mendengar isyarat. Bergerak bebas dengan merangkaikan daya asas.

Rekaan daya mengikut corak dan menyeraokan masa, beban dan aliran
Lebih menumpukan kepada gerakan dengan ritma berdasarkan corak. Contoh: - bebas dan dengar rangsangan daripada guru - Bergerak bebas dan reka pergerakan asas menggunakan daya mengikut corak, seperti zig zag, beralun dan berputar. - Bezakan rangkaian pergerakan dengan memasukkan unsurunsur masa, beban dan aliran

2.10.3 Penaikan dari lantai.


Merupakan pergerakkan dari lantai secara beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara Penaikan dari lantai lakukan pergerakan ini secara spontan, setempat atau secara gerak edar. Sebahagian atau keseluruh tubuh badan boleh dinaikkan dari lantai tanpa lompatan. Lepas dari lantai ke ruang udara Lakukan pergerakkan secara spontan dan keseluruhan tubuh badan melepasi lantai ke udara. Membina pelbagai bentuk di ruang Lakukan pergerakan pembinaan bentuk badan seperti alat, perubahan saiz, corak asas atau corak di awangan. Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang Lakukan penaikan dari lantai dengan pergerakan yang berkoordinasi. Lakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang udara.

Contoh:
- Lakukan keadaan meniarap di lantai secara bebas. - Membeku atau berhenti apabila mendengar isyarat. - Buatkan beberapa formasi ketika melakukan penaikkan dari lantai dalam kumpulan. - Naikkan keseluruhan badan seperti sesuatu alat atau haiwan semasa penaikan ke udara. Ikut rangsangan guru. - Naikkan satu demi satu bahagian badan darilantai bermula dari kepala hingga kaki.

Soalan
1. Nyatakan tiga pola pergerakan yang dianggap penting dalam gimnastik artistik 2. Berikan dua perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika melakukan gimnstik artistik 3. Berikan tiga apparatus yang digunakan dalam gimnastik irama 4. Nyatakan perbezaan antara aliran bebas dengan aliran terikat 5. Berikan maksud pergerakan kreatif. 6. Apakah jenis jenis oriantasi ruang?

Nur Atiqah binti Ramzan

Azraa Ayesha binti Khairuddin

Karishma Rekhraj

4 SCIENCE CEKAP 2011

Anda mungkin juga menyukai