Anda di halaman 1dari 34

Pergerakan Asas

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang melibatkan keseluruhan anggota

tubuh badan dan berlaku pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia berubah

dalam setiap kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Cadangan aktiviti:

Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan

memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang

lain

ıBerlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan

seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi

Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya

lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.

Melompat - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak

dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Ketingting- Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang

sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah

dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di

atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah
Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan statik yang tidak mengubah kedudukan atau lebih mudah difahami sebagai

bergerak tanpa beredar adalah pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan

lokomotor lebih menumpukan kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi

buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor membuktikan keupayaan

seseorang untuk menggerakkan bahGian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Cadangan aktiviti:

1. Berdiri

2. Duduk

3. Membongkok

4. Memusing

5. Mencekam

6. Mengilas

7. Menguak

8. Menyokong

9.

Perbezaan Lokomotor dengan Bukan Lokomotor

Lokomotor – Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar

seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya.

Bukan Lokomotor – Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot

kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun.


Pengenalan kepada pergerakan asas

Pergerakan asas melibatkan dua jenis pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan

bukan lokomotor. Kedua-dua jenis pergerakan ini boleh dikoordinasikan bagi manipulasi

dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil

atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama

ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Dalam

meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya

menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik,

pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat

memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek

pergerakan, tersebut iaitu :

1. Ruang

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi

kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang

mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan

pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :

a) aras - tinggi, sederhana, rendah

b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah

c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag

d) ekstensi - mengecil, membesar


2. Masa

Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-

lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan

ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-

alat.

a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat,

tegas, spontan dan dinamik.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal.

Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang

tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

3. Beban

Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.

Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan

otot semasa melakukan pergerakan.

a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan

kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas.

Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

4. Aliran

Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan

dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.
Matlamat pergerakan asas

1. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor.

2. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.

3. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas

dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ).

4. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

Objektif pergerakan asas

1. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian

tubuh badan.

2. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur

yang baik.

3. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu

ruang, masa, beban dan aliran.

4. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

5. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.

6. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui

pergerakan.

7. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.

8. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah


Berikut merupakan sepuluh aktiviti pergerakan lokomotor dan sepuluh pergerakan

bukan lokomotor

Aktiviti 1

Tajuk : Ujian Memandu

Peralatan :sebiji bola, sebiji gelung rotan dan 3 biji kon

Kawasan :padang atau gelanggang

Langkah-langkah:

1. Para pelajar dipecahkan kepada lima kumpulan di mana setiap kumpulan

dianggotai oleh 6 orang pelajar.

2. Setiap kumpulan dikehendaki membuat barisan dan bersedia untuk menjalankan

aktiviti ini.

3. pelajar yang berada di hadapan dikehendaki berdiri di kon yang pertama dan

memegang gelung rotan.

4. Pada masa yang sama pelajar telah bersiap sedia untuk menarik bola

menggunakan gelung rotan.

5. Setelah wisel dibunyikan, pelajar dengan seberapa pantas yang boleh menarik

bola menggunakan gelung secara mengundur.

6. pelajar dikehendaki melalui susunan kon yang disediakan dengan cara membuat

pusingan berbentuk huruf ‘8’ sebanyak dua kali.

7. Setelah melengkapi pusingan tadi, pelajar kembali semula ke garisan dan

menyerahkan gelung rotan dan bola kepada pelajar yang berikutnya.


8. Aktiviti ini dijalankan sehingga pelajar yang terakhir berjaya menghabiskan

pusingan.

9. Perlu diingatkan bahawa bola yang ditarik tidak boleh terkeluar dari gelung.

10. Jika hal ini berlaku pelajar dikehendaki membuat semula aktiviti dari mula.

11. Masa akan diambil untuk menentukan kumpulan yang paling pantas

menghabiskan aktiviti ini.

Susunan alatan :
Aktiviti 2

Tajuk :Bola Bolos

Peralatan : sebiji bola tenis, sebiji gelung rotan dan 6 biji kon

Kawasan :padang atau gelanggang.

Langkah-langkah:

1. Para pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri dari enam orang ahli

2. Aktiviti ini melibatkan dua orang pelajar dalam satu perjalanan.

3. Pada mulanya. Dua orang pelajar dikehendaki berdiri di kon yang pertama dan

kedua.

4. Pelajar yang berada di kon pertama dikehendaki melambung bola ke belakang

tanpa melihat pelajar di belakang manakala pelajar di belakang yang berada di

kon kedua dikehendaki menyambut bola yang di baling.

5. Selepas itu pelajar yang berada di kon pertama seberapa pantas yang boleh

berpindah ke kon yang ketiga dan pelajar yang berada di kon kedua tadi

melambung semula bola kepada pelajar di kon ketiga tadi tanpa melihatnya. Bola

yang dilambung mesti disambut dengan cermat. Sekiranya pelajar gagal

menyambut bola, pelajar dikehendaki melambung semula bola sehingga

rakannya berjaya menyambut bola tersebut.

6. secara berselang seli, langkah tadi diulang sehingga pelajar yang berada di kon

kedua pada mulanya tadi berada di kon yang keenam.


7. Selepas itu pelajar yang berada di kon kelima berlari ke kon ketujuh dan

bersedia memegang gelung rotan.

8. Sterusnya pelajar yang berada di kon keenam tadi dikehendaki melontar bola

masuk menerusi gelung rotan tersebut.

9. Seterusnya kedua orang pelajar tadi bertukar tempat di mana pelajar yang

melontar bola tadi pula yang memegang bola dan pelajar yang memegang

gelung rotan tadi melontar. Bola yang dilontar haruslah melalui gelung rotan. Jika

gagal pelajar tersebut dikehendaki mengulanginya sehingga berjaya.

10. Selepas itu kedua orang pelajar tadi secara pantas berlari semula ke garisaan

permulaan dan membawa bersama-sama bola yang dilontar tadi.

11. Proses ini diulang sehingga semua ahli kumpulan tersebut berjaya

menghabiskan aktiviti ini dan masa direkodkan.

Susunan alatan :
Aktiviti 3

Tajuk :Nona Pulang Pasar

Peralatan : 2 biji bola dan tujuh gelung rotan

Kawasan :kawasan yang luas dan lapang.

Langkah-langkah:

1. Setiap pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan yang dianggotai oleh enam

orang pelajar.

2. Pelajar dikehendaki melompat didalam gelung rotan yang telah di susun sambil

memegang sebiji bola sehingga sampai ke gelong rotan yang tgerakhir.

3. Setelah sampai di gelung rotan yang terakhir , bola yang dibawa oleh pelajar tadi

ditukar dengan bola yang telah sedia ada di penghujung perjalanan tadi.

4. Setelah bola ditukar, pelajar dikehendaki pulang semula ke garis permulaan tadi

dengan membawa bola yang ditukar.

5. Setelah sampai bola yang dibawa tadi diserahkan kepada pelajara yang

berikutnya.

6. Begitulah seterusnya sehingga semua ahli kumpulan berjaya menamatkan

aktiviti tadi. Masa dicatatkan untuk mengetahui sejauh mana ketangkasan

pelajar.
7. Perlu diingat bahawa, bola yang dibawa tidak boleh jatuh dan semasa melompat

kaki tidak boleh mengenai mana –mana bahagian gelung rotan. Jika hal ini

bberlaku, pelajar dikehendaki melakukan semula aktiviti ini dari awal.

Susunan alatan:
Aktiviti 4

Tajuk :Mengumpul Mutiara

Peralatan :5 biji bola tenis dan 6 gelung rotan

Kawasan :kawasan yang luas dan lapang

Langkah-langkah:

1. Setiap pelajar membentuk lima kumpulan yang dianggotai oleh enam orang.

2. Pada mulanya pelajar yang pertama sebiji bolah dari lima biji bola dan diletakkan

di dalam gelung rotan yang pertama. Setelah itu pelajar tersebut harus membuat

pusingan mengelilingi luar kawasan keenam-enam gelung rotan kembali ke

garisan permulaan semula.

3. Seterusnya pelajar kedua pula bergerak secara pantas mengambil bola yang

berada digelung pertama dan meletakkannya di gelung rotan yang kedua dan

terus memecut mengelilingi keenam-enam gelung rotan tadi untuk sampai

digarisan permulaan.

4. pelajar ketiga mengulang pergerakkan tadi dengan mengambil bola di gelung

kedua tadi dan meletakkannya di gelung ketiga.

5. Begitulah seterusnya sehingga pelajar keenam meletakkan bola digelung yang

keenam.

6. Aktiviti ini diulang sehinggalah kelima-lima biji bola berada digelung yang

keenam.

7. Masa diambil bagi mendapatkan kumpulan mana yang dapat membuat masa

yng terpantas.
Susunan alatan:

3 4

2 5

1 6
Aktiviti 5

Tajuk: Lompat Kangaroo

Peralatan: 6 biji kon, 3 batang kayu panjang, 2 biji bola dan sebutir pundi kacang

Kawasan: Padang atau gelanggang

Langkah-langkah:

1. Pada stesen ini, mempunyai 6 orang pelajar sebagai peserta.

2. Kon disusun secara berpasangan sebanyak 3 barisan dan kayu panjang

diletakkan di atas kon.

3. 2 biji bola bersama pundi kacang diletakkan pada garisan permulaan.

4. Sebelum permainan dimulakan, pelajar akan disusun terlebih dahulu. 3 orang

pelajar akan menunggu pada garisan permulaan manakala 3 orang pelajar lagi

akan menunggu pada arah bertentangan.

5. Sebaik sahaja wisel dibunyikan, pelajar pertama akan meletakkan pundi kacang

di atas kepala mereka dan kemudian mengepit dua biji bola pada bahagian

tangan.

6. Seterusnya, pelajar terbabit perlu berlari dan melompat di atas kayu panjang

yang diletakkan di atas kon sehingga sampai kepada pelajar bertentangan.

7. Sekiranya pundi kacang atau bola jatuh semasa berlari, pelajar tersebut perlu

meneruskan permainan. Sebaik sahaja sampai kepada pelajar seterusnya,

pelajar terbabit perlu mengambil pundi kacang atau bola yang terjatuh itu dan

menyambungnya semula.

8. Setelahselesai, pelajar yang seterusnya akan menyambung permainan tersebut.


9. Permainan ini dijalankan secara berselang-seli.

10. Kumpulan yang dapat melakukan permainan tersebut dengan pantas dikira

sebagai pemenang.

Susunan alatan
Aktiviti 6

Tajuk: Balingan Ajaib

Peralatan: 5 buah gegelung rotan, 6 biji pundi kacang, 3 buah kon.

Kawasan: Padang atau gelanggang

Langkah-langkah:

1. Aktiviti ini melibatkan 6 orang pelajar bagi setiap sesi.

2. Sebelum aktiviti ini dimulakan, gegelung rotan akan disusun secara bertindih.

3. Sebaik sahaja wisel dibunyikan, pelajar pertama akan berlari mengikut susunan

kon dan akan berhenti semula pada tempat permulaan.

4. Sebaik sahaja sampai pada tempat permulaan, pelajar tersebut akan mengambil

pundi kacang dan perlu membalingnya ke belakang ke arah susunan gegelung

rotan.

5. Setiap ruang pada gegelung rotan mempunyai markah yang tertentu. Bagai

balingan yang masuk ke dalam ruang terkecil akan memperolehi 10 markah

manakala ke dalam ruang yang besar pula, mereka akan memperolehi 5

markah.

6. Markah yang diperolehi daripada setiap balingan akan dicatatkan. Markah

tersebut akan dicampurkan sebgai markah kumpulan.

7. Kumpulan yang memperolehi markah tertinggi, dikira sebagai pemenang.


Aktiviti 7

Tajuk: Balingan Berirama

Peralatan: Sebiji bola dan 5 buah kon.

Kawasan: Padang atau gelanggang

Langkah-langkah:

1. Bagi setiap sesi, terdapat 6 orang pelajar. Pelajar tersebut akan dibahagikan

kepada 3 kumpulan iaitu secara berpasangan.

2. Kon akan disusun secara bersilangan.

3. 2 kumpulan akan berada pada garisan permulaan manakala 1 kumpulan lagi

akan berada pada garisan permulaan yang bertentangan.

4. Seorang pelajar daripada kumpulan pertama akan bergerak sambil membawa

bola ke arah kon pertama yang berada disebelah kirinya dan diikuti dengan

pasangannya yang bergerak ke arah kon sebelah kanannya.

5. Selepas itu, pelajar yang berada di kon sebelah kiri akan membaling bola kepada

pasangannya.

6. pergerakan ini akan diteruskan sehingga mereka sampai pada kumpulan yang

berada pada hadapan mereka.

7. Setelah itu, kumpulan tersebut melakukan pergerakan yang sama seperti

kumpulan terdahulu.

8. Permainan ini akan tamat setelah selesai ketiga-tiga kumpulan.


9. Masa ketiga-tiga kumpulan akan dicatatkan.

10. Catatan masa bagi setiap sesi akan dicatatkan.

11. Kumpulan yang mempunyai masa terpantas dikira sebagai pemenang.

Susunan alatan
Aktiviti 8

Tajuk: Halangan,bola dan kun

Peralatan: satu gelung,satu bola dan 6 kun

Kawasan: Padang atau gelanggang.

Langkah-langkah:

1. Pelajar dibagikan kepada 5 kumpulan dan akan ke stesen masing-masing.

2. Pelajar yang akan bermain permainan ini perlu memilih pasangan masing-

masing.

Dua orang pelajar dalam satu kumpulan ini akan mengepit bola dikepala dan

masuk di dalam satu gelung.

3. Pelajar ini akan berjalan dalam keadaan mengepit bola dengan kepala dan di

dalam gelung mengikut jalan yang ditetapkan dengan kun sebagai penanda.

4. Jika bola itu terjatuh,pelajar perlu mengulang semula dari tempat permulaan.

5. Permainan ini diteruskan sehingga selesai semua pasangan di dalam kumpulan.


susunan alatan
Aktiviti 9

Tajuk: Buang dan Kutip

Peralatan .satu biji bola,5 buah gelung

Kawasan: Padang atau gelanggang

Langkah-langkah:

1. Pelajar akan berdiri di garisan permulaan dan melambung bola masuk ke dalam

gelung yang pertama.

2. Apabila bola masuk ke dalam gelung pertama,pelajar akan berlari ke gelung

pertama tersebut dan akan mengutip bola itu seterusnya dilambung masuk ke

dalam gelung ketiga.

3. Setelah bola itu masuk ke dalam gelung yang ketiga,pelajar akan berlari ke

gelung ketiga tersebut dan mengutip bola itu semula lalu membaling ke gelung

yang keempat.

4. Permainan ini akan diteruskan hingga gelung yang ke lima.

5. Permainan ini akan diteruskan oleh pelajar lain sehingga selesai semua pelajar

di dalam satu kumpulan itu.

Susunan alatan
Aktiviti 10

Tajuk: Mencari barang di dalam gelap

Peralatan: lapan pundi kacang,6 buah kun.

Kawasan: padang atau gelanggang

Langkah-langkah:

1. Kun disusun membentuk satu bulatan.

2. Pundi kacang ditaburkan di dalam bulatan tersebut.

3. Seorang pelajar akan ditutup mata dan akan mencari satu pundi kacang dengan

bantuan dan arahan rakan-rakan dalam satu kumpulan.

4. Permainan ini akan diteruskan sehingga selesai semua pelajar di dalan

kumpulan.

Susunana alatan
Aktiviti 1

Tajuk : Lompat sambil memegang gelung

Alatan : Gelung

Kawasan :padang atau gelanggang

Aktiviti ini hanya melibatkan seorang pemain pada satu-satu masa. Permainan ini

dapat menguji kekuatan otot tangan setiap pelajar.

Langkah-langkah :

1. Murid dikehendaki masuk ke dalam gelung yang disediakan.

2. Murid mengambil gelung dan memegang gelung pada paras perut dan

melompat sebanyak 5 kali.

3. Selepas itu, murid memegang gelung di atas aras kepala sambil melompat

sebanyak 5 kali.

4. Setelah selesai, murid akan bergerak keluar dari gelung itu. Dan murid yang

seterusnya mengambil alih aktiviti.


Aktiviti 2 :

Tajuk : Tarik gelung secara berlawanan

Alatan : Gelung

Kawasan: padang atau gelanggang

Aktiviti ini melibatkan dua orang murid dan tidak dapat dijalankan sekiranya terdapat

hanya seorang murid. Aktiviti ini dapat mewujudkan kerjasama antara murid. Selain itu,

aktiviti ini turut membina otot kaki.

Langkah-langkah :

1. Dua orang murid duduk pada arah bertentangan dan melunjurkan kedua-dua

kaki kehadapan sehingga bertemu pada kaki antara satu sama lain.

2. Murid dikehendaki membengkokkan kaki sedikit. Seterusnya kedua-dua murid

mengambil 1 gelung dan di letakkan di tengan. Kedua-dua murid memegang

pada tepi gelung.

3. Murid A mula menarik gelung dan seterusnya giliran murid B menarik gelung.

4. Aktiviti ini dilaksanakan sebanyak 10 kali. Dan diulangan dengan pasangan

murid yang berikutnya.


Murid A Murid B
Aktiviti 3 :

Tajuk: Melontar bola getah ke dalam kon.

Alatan : Bola getah dan kon

Kawasan: padang atau gelanggang

Aktiviti ini melibatkan dua orang murid. Aktiviti ini dapat menggalakkan murid

memberikan tumpuan terhadap aktiviti yang dilakukan. Serta memerlukan murid fokus

terhadap tujuan sesuatu perkara.

Langkah-langkah :

1. Murid A dan Murid B berada di antara 3 meter. Kedua-dua murid ini memegang

kon secara terbalik setiap seorang.

2. Murid A memegang bola getah dan melontarkan bola getah kedalam kon Murid

B.

3. Seterusnya giliran Murid B melontarkan bola getah yang sama ke dalam kon

Murid A.

4. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 10 kali secara bergilir-gilir. Dan diteruskan dengan

pasangan murid yang lain.


Murid A Murid B
Aktiviti 4 :

Tajuk: Lontar 2 biji bola getah serentak ke atas sambil menepuk tangan.

Alatan : Bola getah

Kawasan: padang atau gelanggang

Aktiviti ini memberi kebiasaan kepada murid untuk menggunakan kedua-dua belah

tangan secara serentak. Serta menguatkan otot tangan.

Langkah-langkah :

1. Murid di kehendaki melontarkan dua biji bola getah ke atas paras kepala sambil

2. menepuk tangan sebanyak satu kali di depan dan di belakang badannya.

3. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 5 kali dan di teruskan kepada murid lain.

Tepuk di Tepuk di belakang


depan satu kali satu kali
Aktiviti 5 :

Tajuk: Melontar pundi kacang dari tangan secara berselang seli.

Alatan : Pundi kacang

Kawasan: padang atau gelanggang

Aktiviti ini menguji kecekapan tangan murid serta menguji daya tumpuan murid.

Langkah-langkah :

1. Murid memegang pundi kacang tangan kanan dan melontarkannya melebihi aras

kepala kepada tangan kiri.

2. Aktiviti ini diulang secara berselang seli sebanyak 10 kali.

3. Dan diteruskan kepada murid yang berikutnya.


Aktiviti 6 :

Tajuk: Melontar pundi kacang

Alatan : Pundi kacang

Kawasan: padang atau gelanggang

Langkah-langkah :

1. Empat orang murid membuat bulatan dengan seorang murid berada ditengah-

tengah bulatan.

2. Murid yang berada di tengah bulatan memegang empat pundi kacang.

3. Setiap pundi kacang itu akan dilontar kepada setiap murid yang berada di

sekelilingnya sehingga habis.

4. Pada akhir permainan, setiap orang murid akan mendapat pundi kacang.

5. Aktiviti ini diulang shingga semua murid melakukannya.


Aktiviti 7 :

Tajuk: Melambung, menanduk dan menangkap bola

Alatan : Bola getah

Kawasan: padang atau gelanggang

Langkah-langkah :

1. Murid akan melambung bola getah.

2. Ketika bola berada di udara, murid akan menanduk bola dan kemudian

menangkap bola tersebut.

3.

Melambung bola Menanduk bola Menangkap bola


Aktiviti 8 :

Tajuk: Mendapatkan pundi kacang menggunakan gelung rotan

Alatan : Pundi kacang dan gelung rotan

Kawasan: padang atau gelanggang

Langkah-langkah :

1. Murid akan memegang gelung rotan tetapi tidak dibenarkan bergerak.

2. Beberapa pundi kacang diletakkan d hadapan murid tersebut dengan jarak yang

agak jauh.

3. Murid diminta mendapatkan seberapa banyak pundi kacang dengan

menggunakan gelung rotan mengikut masa yang ditetapkan.

4. Murid yang mendapat pundi kacang paling banyak dikira menang.


Aktiviti 9 :

Tajuk: “Starjump”

Alatan : Tiada

Kawasan: padang atau gelanggang

Langkah-langkah :

1. Murid-murid diminta membuat satu bulatan besar.

2. Seorang murid akan berada di tengah bulatan bagi mengepalai aktiviti ini.

Aktiviti 10 :

Tajuk : Menggelek gelung sambil memegang bola

Alatan : Gelung rotan dan bola

Kawasan: padang atau gelanggang

Langkah-langkah :

1. Murid-murid akan membuat satu bulatan besar. Setiap murid akan diberi gelung

rotan dan juga sebiji bola.

2. Murid akan diminta menggelek gelung sambil memegang bola.

3. Murid yang dapat menggelek gelung paling lama dan bola yang dipegangnya

tidak jatuh, akan dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai