Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Oleh: Mohamad Asyraf bin Mohd Ridzuan, T3MT2

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya dan rakan saya berjaya untuk menyiapkan tugasan projek MTE3109 ini iaitu Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Untuk tugasan yang pertama kami perlu membuat ulasan artikel manakala untuk tugasan kedua pula kami perlu membina gambar kartun bersiri dan mengadakan pembentangan. Membuat Ulasan Artikel Bagi tugasan ini kami telah mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan penggunaan kartun dalam pengajaran matematik. Cabaran bagi tugasan pertama ini ialah untuk mencari artikel yang sesuai. Pada awalnya agak sukar bagi saya dan rakan kumpulan saya untuk mencari artikel-artikel yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk yang diberi tetapi berkat usaha kami berjaya menemui beberapa artikel yang dilihat bertepatan dengan tajuk. Setelah memilih dua artikel yang sesuai kami telah membuat ulasan berkaitan artikel tersebut. Apabila membuat ulasan pelbagai aspek diambil kira oleh kami seperti kekuatan yang ada, kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat oleh artikel tersebut. Dengan membuat ulasan ini, ia dapat menjadikan saya berfikir dengan lebih kritikal dan kritis. Artikel yang dipilih juga telah memberi banyak maklumat kepada saya mengenai penggunaan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan maklumat yang diperolehi juga membolehkan kami untuk menyiapkan tugasan yang seterusnya iaitu membina kartun bersiri dengan lebih baik. Penghasilan kartun bersiri Bagi tugasan yang kedua pula, kami telah berbincang dan membuat draf awal sebelum menghasilkan kartun bersiri. Pelbagai idea dan pendapat yang kami kongsi bersama dalam menghasilkan sebuah kartun bersiri yang baik. Kami telah memilih konsep Kampung Boy sebagai tema kartun bersiri kami. Antara cabaran yang dihadapi dalam menghasilkan kartun bersiri ini ialah dari segi konsep dan kreativiti. Kami perlu

kreatif bagi menghasilkan kartun bersiri yang menarik dan konsep yang akan diterangkan dalam kartun bersiri tersebut juga hendaklah jelas dan mudah difahami. Tajuk yang kami perolehi ialah bahagi. Setelah draf awal dihasilkan kami telah membeli barangan yang diperlukan bagi menghasilkan kartun bersiri tersebut. Proses bermula dengan pemilihan watak dan dialog. kemudian mencetak watak dan latar. Seterusnya ialah proses mewarna dan meletakkan dialog. Akhir sekali menghias. Melalui tugasan ini, kami dapat mengasah bakat kami dalam bidang seni. Kami perlu menjadi kreatif dan unik bagi menghasilkan sebuah kartun bersiri yang menarik untuk aktiviti P&P. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam mewarna kerana kebanyakan gambar kartun bersiri yang kami hasilkan perlu diwarna sendiri supaya menjadi lebih menarik. Dari segi halangan pula, kami terpaksa mencetak beberapa gambar kerana ada gambar yang kurang sesuai atau tidak cantik apabila dicetak. Selain itu, dari segi kekemasan juga kami perlu berhati-hati dan perlu membuat dengan teliti bagi mengelakkan kerosakan terhadap gambar kartun bersiri yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, dengan semangat kerjasama dan tolong-menolong daripada rakan yang lain membolehkan gambar kartun bersiri yang dirancang dapat disiapkan dengan jayanya. Pengajaran Mikro Setelah selesai menghasilkan kartun bersiri, saya dan kumpulan saya telah mengadakan pengajaran mikro untuk melihat keberkesanan penggunaan kartun bersiri dalam aktiviti P&P. Kami telah memilih beberapa orang rakan sekelas sebagai pelajar dalam pengajaran mikro tersebut. Tajuk yang kami ajar ialah bahagi. Kami memulakan pengajaran dengan menyuruh beberapa orang pelajar untuk membaca dialog dalam kartun bersiri tersebut. Setelah mereka memahami konsep serta apa yang disampaikan melalui kartun bersiri tersebut, kami seterusnya memberikan lembaran kerja kepada mereka sebagai peneguhan dan untuk melihat kefahaman mereka. Akhir sekali kami telah membuat satu aktiviti atau simulasi. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan diberi beberapa biji gula-gula dan mereka perlu membahagikan gula-gula tersebut sama rata ke dalam beberapa bekas yang

diletakkan.

Aktiviti

ini

membolehkan

kita

melihat

kebolehan

pelajar

dalam

mengaplikasikan konsep yang di ajar dalam kehidupan seharian. Berdasarkan komen dan penambahbaikan yang diberikan oleh pensyarah dan rakan sekelas ialah dari segi pemilihan kartun dilihat baik kerana kartun yang dipilih bersesuaian dan menarik bagi kanak-kanak. Selain itu, kartun yang dipilih juga mempunyai pelbagai kaum yang dilihat bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara Malaysia. Bagi penambahbaikan pula ialah dari segi dialog perlu diperkemaskan lagi bagi membolehkan kanak-kanak memahami dengan lebih jelas. Melalui pengajaran mikro ini, saya dapat lihat bahawa penggunaan kartun bersiri boleh diketegahkan dalam aktiviti P&P kerana kebanyakan kanak-kanak meminati kartun dan dengan penggunaan kartun bersiri dalam subjek matematik juga membolehkan pelajar tertarik untuk belajar matematik. Penutup Akhir sekali, dengan menyiapkan tugasan ini banyak ilmu dan pengetahuan baru yang saya perolehi melaluinya. Diharapkan segala ilmu yang diperolehi ini dapat saya aplikasikan apabila menjadi guru kelak dan seterusnya menjadikan saya seorang guru yang baik.

Anda mungkin juga menyukai