Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU 5 SIRI BENGKEL

Menghadiri bengkel pembentangan selama tiga jam pada 15 Mac 2013 yang lalu banyak membuka mata saya mengenai betapa pentingnya pengurusan pentadbiran dalam menghasilkan sebuah sekolah yang bukan sahaja bersifat terurus bahkan bersifat berdaya saing. Ini dapat saya kaitan dengan sebuah pembentangan yang dibentangkan oleh seorang guru besar sekolah cemerlang di Pulau Pinang yang dijalankan disebelah pagi pada hari yang sama. Biarpun guru besar itu merupakan anjuran pihak institut untuk mempersiapkan pelajar guru yang bakal berpraktikum, namun pembentangan itu banyak membantu saya memahami keperluan membentuk sebuah pentadbiran yang terurus. Sepanjang sesi pembentangan bengkel 3 jam itu berlangsung, saya dapat mengesan beberapa persamaan diantara sekolah-sekolah cemerlang yang

dibentangkan. Persamaan yang pertama ialah setiap cemerlang ini mempunyai kebitaraan yang khusus. Setiap sekolah yang menempah nama yang unggul dipersada Malaysia dan bahkan didunia berdasarkan kebitaraan masing-masing. Contohnya SK Sultanah Asma yang terkenal dengan kebitaraan sekolah di dalam pancaragam. Berdasarkan maklumat pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan TESL 2, kebitaraan SK Sultanah Asma ini bukan sekadar di dalam negara sahaja bahkan kemampuan SK Sultanah Asma ini juga turut megah dipersada antarabangsa. Persamaan yang kedua yang dapat dari bengkel ini ialah, setiap sekolah cemerlang ini mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersendiri. Mereka membuat setiap peraturan dan sistem pergerakan sekolah yang tersendiri. Setiap peraturan dan budaya sekolah yang dibentuk merupakan cara pihak sekolah untuk menghasilkan murid-murid yang berdisplin disamping sikap cinta kepada sekolah. Budaya sekolah ini pada pendapat saya benar-benar membantu murid-murid sekolah ini membentuk identiti yang tersendiri dan sikap-sikap positif di dalam diri mereka. Pada pembentangan ini juga, saya mula mengetahui bahawa pemerhatian yang mendalam dapat membantu dalam menjalankan tugasan Bina Insan Guru sesi kelima ini. Semasa sesi pembentangan, beberapa isu dan peraturan dapat saya perhatikan sama seperti sekolah yang telah kelas saya lawati iaitu SK Permatang Tok Mahat, namun akibat kurang penekanan oleh pihak sekolah dan sikap saya yang sambil lewa,

REFLEKSI BINA INSAN GURU 5 SIRI BENGKEL


perkara yang dikira sebagai nilai tambah di dalam pembentangan bengkel itu tidak dapat dinyatakan di dalam pembentangan kelas kami. Namun secara kesimpulannya, sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah yang baik dapat membantu sesebuah sekolah mencapai sekolah cemerlang. Sekolah cemerlang ini bukan sahaja dapat membantu murid-murid di sekolah itu mendapat peluang ke sekolah yang baik bahkan ia juga membantu murid-murid membina identiti sekolah yang baik dan positif.

Anda mungkin juga menyukai