Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI AJK PUBLISITI

1.0 KELEBIHAN

Terdapat beberapa kelebihan yang dapat dikenalpasti semasa perlaksanaa program ini

diadakan. Antaranya ialah program ini telah memberi pengetahuan yang baru terhadap pelajar

untuk mempelajari gaya hidup iaitu norma baharu dalam pembelajaran di atas talian. Pelajar

masih dapat mempelajari tentang penyalahgunaan bahan dengan individu yang berpengalaman

seperti individu yang bekerja sebagai polis. Ini kerana polis lebih berpengalaman secara praktikal

dalam mengendalikan kes dan jenayah yang berpunca dan disebabkan oleh penyalahgunaan

bahan ini. Pelajar masih dapat memperoleh ilmu yang lebih mendalam dan tepat walaupun

situasi pandemic yang tidak mengizinkan pelajar untuk melakukan lawatan ke tempat-tempat

yang sepatutnya seperti Pusat Pemulihan dan Pusat Serenti. Oleh itu, pembelajaran norma baharu

juga telah banyak menunjukkan aspek-aspek positif dari segi perkongsian ilmu dalam kalangan

pelajar dan pegawai polis itu sendiri. Ramai di antara pelajar dan pegawai yang merupakan

peserta dalam program ini yang berjaya dan kelihatan seronok dalam berkongsi ilmu yang ada

dan diketahui oleh diri masing-masing.

Kelebihan seterusnya yang dapat dikenalpasti semasa program dijalankan ialah sifat dan nilai

kerjasama di antara kumpulan dan juga rakan sekelas dilihat agak membanggakan. Kerjasama di

dalam kumpulan adalah sangat memberangsangkan kerana masing-masing telah melakukan

tugasan yan telah ditetapkan dengan sangat baik. Ahli kumpulan tidak mempersoalkan tugasan

yang diberikan kerana tugasan telah dibahagikan dengan adil dan saksama. Oleh itu, tiada

sebarang isu yang timbul dari segi pergaduhan, perbalahan mahupun pertengkaran mulut dalam

kumpulan ini kerana masing-masing telah memahami tugasan masing-masing dengan sangat

baik. Kerjasama di antara rakan sekelas juga dilihat sangat baik kerana masing-masing telah
melaksanakan tugas masing-masing dengan baik. Ahli jawatankuasa juga telah memainkan

peranan yang sangat besar kerana mereka telah memastikan setiap tugasan yang diberikan dapat

disiapkan oleh pelajar. Mereka juga sentiasa membantu para pelajar.

2.0 KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan yang saya kenal pasti dalam program ini di mana salah

satunya adalah kurangnya peluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan pensyarah dan

rakan sekelas. Dalam program ini, rakan sekelas telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan dikehendaki untuk berbincang antara satu dengan yang lain. perbincangan ini

dilaksanakan secara atas talian. Komunikasi melalui atas talian ini amatlah sukar kerana keadaan

yang tidak kondusif serta kurang memberi keselesaan kepada ahli kumpulan.

Kelemahan yang seterusnya adalah program dalam talian pelajar memberi lebih banyak

kebebasan yang menjadi masalah kepada para pelajar khususnya dalam mengendalikan

teknologi. Program yang dilaksanakan secara atas talian mewujudkan lebih banyak masalah

seperti masalah laptop yang sukar di jangka. Program atas talian menjadikan pelajar

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka sendiri. Oleh yang demikian, pra

pelajar yang menghadapi maslah teknlogi terpaksa mengendalikan sendiri permasalahan tersebut

tanpa sebarang bimbingan. Masalah ini akan menjadi punca utama khususnya kepada pelajar

yang tidak memiliki kemahiran dalam mengendalikan teknologi.

Kelemahan yang seterusnya adalah program ini kurang mendapat fokus daripada para

pelajar. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa pelajar yang lebih gemar dan selesa untuk
belajar dan melakukan program secara bersemuka kerana lebih mudah untuk bertanya soalan

sekiranya tidak faham. Melakukan program atas talian adalah sesuatu yang bebas dan tidak

mendapat sebarang pengawasan daripada pengarah program. Oleh yang demikian, adalah sangat

mudah untuk para pelajar tidak fokus terhadap program yang dilaksanakan. Kesannya, pelajar

akan terlepas sesuatu dan mungkin juga akan salah faham terhadap program yang dijalankan.

Kelemahan yang seterusnya bagi program ini ialah, audio pembentangan yang kurang

jelas daripada pihak pembentang. Hal ini kerana pihak pembentang dilihat tidak mengubah

tetapan semasa mahu berkongsi slide di aplikasi Webex untuk membolehkan audio yang

dimainkan bersama video pembentangan dapat didengari dengan lebih jelas. Oleh itu, perlu

adanya pada masa akan datang tatacara khas diberikan kepada pembentang agar tiada lagi

masalahh audio berulang sepertimana yang telah berlaku di dalam program ini.

Selain itu, poster yang telah dibuat oleh AJK Publisiti dilihat tidak dipaparkan pada setiap

program yang berlangsung. Hal ini telah menyebabkan ajk publisiti yang terlibat dalam

menyiapkan poster tidak mahu lagi untuk mereka poster bagi program berikutnya disebabkan

pihak teknikal tidak memaparkan poster program pada awal dan akhir setiap program. Oleh itu,

diharapkan juga pada masa akan datang untuk ajk yang terlibat cakna akan poster yang telah

dibuat khas untuk program tersebut.

Akhir sekali ialah, terdapat sesetengah pembentang yang bercakap terlampau laju

sehinggakan peserta program tidak dapat menangkap akan apa yang disampaikan oleh

pembentang. Oleh itu, dicadangkan agar pembentang untuk mengawal tempo percakapan agar

para pendengar dapat menangkap setiap bait kata yang disampaikan oleh pihak pembentang.
3.0 PENAMBAHBAIKAN DALAM AHLI JAWATANKUASA PUBLISITI
Program ini telah berjalan secara atas talian dan sememangnya jauh berbeza daripada

program yang telah dijalankan sebelum ini. Hal ini kerana, program-program sebelum ini

berlaku secara bersemuka. Namun begitu, dalam situasi pandemik ini, semuanya berlaku

secara atas talian dan menyebabkan berlakunya beberapa salah faham dan kebingungan dalam

aspek komunikasi dalam ahli kumpulan dan juga di antara ahli jawatankuasa yang lain.

Oleh hal yang demikian, penambahbaikan yang perlu dibuat adalah dari aspek cara

komunikasi secara atas talian yang lebih baik di masa akan datang. Hal ini bagi memudahkan

dan mengelakkan timbul salah faham disebabkan hanya berhubung secara atas talian dan tidak

melihat ekspresi yang ditonjolkan oleh setiap orang. Komunikasi yang jelas, padat dan

lengkap perlu digunapakai dengan baik sebagai langkah penambahbaikan bagi program di

masa akan datang.

Tambahan lagi, penambahbaikan lain ialah ahli jawatankuasa perlu peka dengan setiap

arahan yang diberikan dan menyiapkan segala bahagian tugas tepat pada masanya. Dalam

program kali ini, terjadi beberapa kelewatan dalam menyiapkan poster terutamanya

disebabkan kesalahan menerima informasi. Oleh hal yang demikian, di masa akan datang

setiap ahli jawatankuasa perlu peka dan sentiasa mengingatkan antara satu sama lain berkaitan

bidang tugas masing-masing.

Kreativiti khususnya dalam menghasilkan poster dan juga bahan yang berkaitan dengan

publisiti perlulah ditambah baik dari aspek kepelbagaian dan daya tarik agar lebih menarik

untuk dilihat dan dipaparkan. Poster yang dihasilkan sudah cukup baik dan menarik namun
begitu ada baiknya untuk lebih mempelbagaikan kreativiti di masa akan datang. Hal ini akan

diambil maklum oleh setiap ahli jawatankuasa untuk saling memberikan sumbang saran juga

idea yang baik dlam mengahasilkan kerja yang lebih bermutu tinggi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai