Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 3

Berdasarkan pengalaman tugasan individu masing-masing, apakah pengalaman anda dalam


menjalankan aktiviti penskoran dan intepretasi?
Sila tulis dalam 300 patah perkataan dengan menggunakan panduan dibawah;
• Apakah ujian yang anda gunakan?
- Ujian Inventori Personaliti Warna.
• Adakah skoring adalah kompleks dan sukar?
- Skoring yang digunakan didalam ujian ini adalah mudah dan tidak kompleks.
• Apakan yang membantu anda menambahkan kecekapan dalam skoring dan interpretasi?
- Panduan telah disediakan oleh pembangun ujian untuk memudahkan pentadbir ujian
mentadbir ujian tersebut. Selain itu, sebelum saya menjalankan ujian tersebut, saya
telah membaca dan memahami dahulu ujian tersebut agar mudah untuk saya jalankan
dalam sesi.
• Adakah klien boleh menerima interpretasi anda?
- Ya, klien menerima interpretasi saya dengan baik kerana baginya setiap apa yang saya
tafsirkan adalah bertepatan dengan dirinya.
• Jika anda diberi pilihan untuk rating sesi anda, berapakan nilai yang berikan pada aktiviti
skor dan interpretasi dalam skala 5 mata ( 1= tidak baik,2= kurang baik, 3=sederhana,
4=memuaskan 5= sangat baik). Mengapa?
- Jika diberi pilihan, saya memilih 3=Sederhana kerana masih banyak yang perlu saya
perbaiki dalam menjalankan sesi dan ujian terhadap klien. Selain itu, saya perlu lebih
cekap dalam mengendalikan ujian tersebut.
• Bagaimana anda boleh pertingkatkan kemahiran ini?
- Saya boleh pertingkatkan kemahiran saya dengan kerap mengulang uji ujian yang
saya ingin lakukan supaya saya akan bertambah cekap dalam mentadbir ujian pada
sesi yang sebenar.
• Apa respond klien terhadap sesi anda? (secara verbal atau pemerhatian nonverbal)
- Klien dilihat gembira tetapi sedikit tidak selesa pada awal sesi kerana pemilihan
tempat yang tidak terapiutik.
• Apakah hipotesis/andaian daripada keputusan ujian klien?
- Secara keseluruhan klien dilihat berpuas hati dengan ujian yang dijalankan namun
bagi saya, pentadbiran ujian yang saya lakukan perlulah ditambahbaik dari segi
penggunaan masa dan penerangan ujian tersebut terhadap klien.
• Apakah perancangan rawatan bagi klien setelah keputusan ujian diperolehi?
- Klien tidak perlu berjumpa dengan pakar psikiatri tetapi perlu menjadi lebih yakin diri
dan lebih mesra dengan orang disekelilingnya.

Anda mungkin juga menyukai