Anda di halaman 1dari 2

3.

0 PENAMBAHBAIKAN DALAM AHLI JAWATANKUASA PUBLISITI


Program ini telah berjalan secara atas talian dan sememangnya jauh berbeza daripada

program yang telah dijalankan sebelum ini. Hal ini kerana, program-program sebelum ini

berlaku secara bersemuka. Namun begitu, dalam situasi pandemik ini, semuanya berlaku

secara atas talian dan menyebabkan berlakunya beberapa salah faham dan kebingungan

dalam aspek komunikasi dalam ahli kumpulan dan juga di antara ahli jawatankuasa yang

lain.

Oleh hal yang demikian, penambahbaikan yang perlu dibuat adalah dari aspek cara

komunikasi secara atas talian yang lebih baik di masa akan datang. Hal ini bagi

memudahkan dan mengelakkan timbul salah faham disebabkan hanya berhubung secara

atas talian dan tidak melihat ekspresi yang ditonjolkan oleh setiap orang. Komunikasi yang

jelas, padat dan lengkap perlu digunapakai dengan baik sebagai langkah penambahbaikan

bagi program di masa akan datang.

Tambahan lagi, penambahbaikan lain ialah ahli jawatankuasa perlu peka dengan

setiap arahan yang diberikan dan menyiapkan segala bahagian tugas tepat pada masanya.

Dalam program kali ini, terjadi beberapa kelewatan dalam menyiapkan poster terutamanya

disebabkan kesalahan menerima informasi. Oleh hal yang demikian, di masa akan datang

setiap ahli jawatankuasa perlu peka dan sentiasa mengingatkan antara satu sama lain

berkaitan bidang tugas masing-masing.

Kreativiti khususnya dalam menghasilkan poster dan juga bahan yang berkaitan

dengan publisiti perlulah ditambah baik dari aspek kepelbagaian dan daya tarik agar lebih

menarik untuk dilihat dan dipaparkan. Poster yang dihasilkan sudah cukup baik dan

menarik namun begitu ada baiknya untuk lebih mempelbagaikan kreativiti di masa akan

datang. Hal ini akan diambil maklum oleh setiap ahli jawatankuasa untuk saling
memberikan sumbang saran juga idea yang baik dlam mengahasilkan kerja yang lebih

bermutu tinggi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai