Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

ART EVENT MANAGEMENT (GKP 1093)

SWOT ANALYSIS ON WEBINAR RISE AGAINST PANDEMIC

NAMA PENSYARAH : ENCIK SHARIZAM BIN HAMZAH

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD NURMAN BIN LISMAN

NO MATRIKS : 81932
Pengenalan

Pada hari Rabu yang lalu, bersamaan dengan 22 Jun 2022 telah berlangsung program
webinar iaitu “Rise Against Pandemic” secara atas talian melalui platform Webex.
Program ini di anjurkan oleh pelajar tahun 3, program Pengurusan Seni dari Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif dan turut di hadiri oleh Dato’ Muhammad Firdaus Bin
Nadxaman sebagai tetamu jemputan yang merupakan seorang penerbit eksekutif, CE0
Havoc Food Festival dan pengarah urusan. Program ini berlangsung selama dua jam
bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari. Program ini di sertai oleh saya,
pelajar-pelajar UNIMAS dan juga orang awam. Program webinar ini terbahagi
kepada dua slot aktiviti yang telah di rancang dan di kendalikan dengan cemerlang
oleh pelajar-pelajar yang menjalankannya. Aktiviti yang pertama merupakan satu sesi
perkongsian bersama tetamu jemputan berkenaan dengan isu pandemik yang telah
menjejaskan banyak pihak serta cara beliau untuk mengatasinya. Manakala, aktiviti
kedua merupakan pembentangan projek tahun akhir daripada pelajar tahun 3.
Pembentangan ini melibatkan empat kumpulan yang mana masing-masing
memberikan yang terbaik dalam pembentangan tersebut.
Rumusan yang dapat saya hubung kaitkan dengan penulisan ini adalah ianya
memberikan pengetahuan dan pengalaman untuk mengukur dan mengetahui sejauh
mana aktiviti-aktiviti yang di jalankan ini dapat memberikan kesan kepada diri saya
sendiri sebagai seorang pelajar penguurusan seni.Oleh itu, untuk membantu saya
menyiapkan laporan ini saya telah menggunakan kaedah analisis SWOT(kekuatan,
kelemahan,peluang dan ancaman) bagi mengenalpasti perkara-perkara yang boleh
saya jadikan sebagai indikator bagi pembelajaran saya. Berikut merupakan analisis
yang saya lakukan terhadap program webinar “Rise Against Pandemic” dengan
menggunakan kaedah analisis SWOT:

Strength(Kekuatan)

Antara kekuatan yang dapat di kenal pasti dalam program tersebut ialah pihak
penganjur mempunyai refleks yang cepat dalam menangani masalah-masalah yang
timbul semasa program berlangsung. Hal ini dikatakan kerana, walaupun terdapat
beberapa masalah teknikal yang berlaku namun pihak penganjur tidak terganggu oleh

1
perkara tersebut dan terus mengambil tindakan yang perlu untuk melakukannya.
Perkara ini juga dapat dilihat melalui peranan yang di mainkan oleh moderator
program iaitu Nick Nur Syafiqah Binti Nik Sin. Pada pertengahan program,
moderator ada bertanyakan kepada peserta yang terlibat sekiranya mereka mempunyai
pertanyaan kepada Dato’ Muhammad Firdaus Bin Nadxaman. Namun, peserta tidak
memberikan respon terhadap perkara itu. Moderator tersebut tidak terkaku oleh
perkara itu dan tanpa melengahkan masa terus melangsungkan program dengan
bertanyakan soalan yang seterusnya kepada tetamu undangan. Perkara ini di lihat
kecil, namun ianya sebenarnya memberikan impak terhadap program tersebut di mana
ianya membantu tetamu undangan untuk tidak merasa canggung atau janggal. Selain
itu, antara kekuatan yang boleh saya contohi dan praktikkan ialah kerjasama yang
mantap dan baik daripada keseluruhan ahli pihak penganjur. Sebagai contoh,
kebanyakkan daripada ahli pihak penganjur menunjukkan muka mereka untuk
menyokong moderator program sekaligus bagi memeriahkan program. Walaupun
terdapat segelintir yang tidak dapat membuka kamera di awal program mungkin di
sebabkan oleh masalah jaringan internet, namun pada akhir aktiviti pertama iaitu
perkongsian bersama tetamu jemputan dapat dilihat hampir kesemua daripada ahli
pihak penganjur menunjukkan muka bagi memberikan penghormatan kepada tetamu
jemputan. Perkara ini dapat memberikan pandangan yang positif oleh tetamu
jemputan iaitu Dato’ Muhammad Firdaus Bin Nadxaman terhadap program tersebut.
Kerjasama yang dapat di lihat juga ialah apabila aktiviti pertama selesai di jalankan,
pengacara yang seterusnya iaitu Cik Alya Jalalludin tidak melengahkan masa untuk
terus mengambil alih perjalanan program kepada aktiviti yang kedua iaitu
pembentangan projek tahun akhir daripada pelajar tahun 3 Pengurusan Seni. Akhir
sekali, program webinar ini memberikan peserta pengetahuan dan keberanian untuk
memulakan sesuatu yang baharu. Perkara ini dapat dilihat melalui pengisian yang di
lakukan oleh Dato’ Muhammad Firdaus Bin Nadxaman berkenaan dengan isu-isu dan
cabaran yang di hadapi oleh beliau serta bagaimana permulaan perjalanan beliau
dalam menubuhkan sebuah perniagaan bersama rakannya.

2
Weakness(Kelemahan)

Setiap perkara mempunyai kekuatan dan juga kelemahan yang tidak dapat di hindari.
Begitu juga dengan program webinar ini terdapat kelemahan dalam pelansungan acara
ini. Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah dari segi teknikal iaitu masalah
jaringan internet. Di sebabkan oleh masalah teknikal tersebut perjalanan program
terhenti seketika. Namun, perkara tersebut segera di selesaikan oleh pihak penganjur.
Selain itu, struktur susunan program tersebut merupakan antara kelemahan yang dapat
dilihat kerana kurang rapinya perjalanan program tersebut. Hal ini di sebabkan oleh
waktu bermula dan berakhirnya program tidak menetapi masa yang telah di tetapkan
dan berlanjutan selama lebih daripada 20 minit. Hal ini di sebabkan oleh masalah
teknikal dan masalah lain seperti kurangnya rehearseal sehingga menyebabkan
terdapat sedikit masalah dalam pelaksanaan program. Namun, tindak balas yang
pantas daripada pihak penganjur untuk mengatasi masalah yang timbul patut di puji.

Opportunities(Peluang)

Peluang yang dapat dilihat dalam program webinar tersebut adalah berkenaan dengan
topik yang di bincangkan. Hal ini kerana, topik yang di bincangkan boleh
mempengaruhi tanggapan penonton terhadap sebuah program-program pendidikan
yang memberikan perkongsian terbaik terhadap mereka. Melalui program ini dapat
dilihat bahawa antara topik yang menjadi tren dan mampu menarik minat penonton
adalah berkenaan dengan bagaimana cara untuk bangkit semula daripada pandemik
tersebut dan bagaimana untuk memulakan sesebuah perniagaan. Perkongsian
pengalaman juga merupakan antara topik yang dapat menarik minat penonton. Topik-
topik dan pertanyaan yang di kemukan oleh moderator kepada tetamu jemputan
merupakan topik yang menarik minat penonton serta memberikan perkongsian yang
dapat membuatkan penonton kekal dalam program tersebut. Sebagai contoh, antara
soalan yang di kemukakan oleh moderator ialah pengalaman Dato’ Muhammad
Firdaus bin Nadxaman dalam industri kreatif. Topik ini menarik minat penonton
kerana kebanyakkan peserta yang terlibat merupakan pelajar daripada Fakulti Seni

3
Gunaan dan Kreatif. Selain itu, moderator juga turut bertanyakan tentang bagaimana
perjalanan tetamu jemputan daripada seniman dalam industri kreatif sehingga
menubuhkan perniagaan sendiri yang berbeza sektor. Seterusnya, antara peluang yang
dapat di ambil ialah interaksi yang di lakukan bersama penonton semasa kelansungan
program. Hal ini kerana, interaksi bersama penonton amat penting untuk memastikan
perjalanan program tidak suram. Sebagai contoh, moderator tersebut bertanyakan
kepada penonton sekiranya mereka mempunyai soalan untuk di ajukan kepada tetamu
jemputan. Hal ini membantu penonton yang mempunyai persoalan dapat melunaskan
rasa ingin tahu mereka sekaligus memastikan kelansungan program tidak sunyi.

Threats(Ancaman)

Antara ancaman yang boleh di ambil iktibar semasa melakukan program webinar
ialah penyediaan alat peranti lain untuk mendapatkan jaringan internet sekiranya
terdapat masalah gangguan internet yang berlaku semasa program di jalankan. Hal ini
kerana, program webinar merupakan sebauah program yang di jalankan secara atas
talian. Penganjur program haruslah mempunyai jaringan internet yang baik bagi
memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Sekiranya, jaringan internet
berada dalam keadaan yang tidak baik akan menyebabkan masalah terhadap
kelancaran perjalanan program. Sebagai contoh, terdapat masalah yang berlaku ketika
program webinar “Rise Against Pandmeic” ekoran daripada jaringan internet yang
kurang baik. Suara moderator kadangkala tersekat-sekat dan slide yang di keluarkan
kadangkala tersekat-sekat. Selain itu, anatara ancaman yang boleh di ambil iktibar
ialah maslah kelewatan tetamu undangan. Kelewatan tetamu undangan untuk datang
boleh menjejaskan perjalanan program. Beberapa aktiviti terpaksa di tangguhkan serta
masa bermula dan berakhirnya sesebuah program tidak menetapi masa yang telah di
jadualkan. Kelewatan tetamu undangan merupakan satu masalah yang berada di luar
kawalan pihak pengurusan acara. Oleh itu, pihak penganjur harus sentiasa
berkomunikasi dan berinteraksi dengan tetamu undangan bagi mengelakkan
berlakunya masalah yang tidak di ingini. Akhir sekali, masalah elektrik merupakan
antara salah satu ancaman yang perlu di ambil peduli. Masalah gangguan elektrik
merupakan antara ancaman terbesar terhadap kelansungan sesebuah program atau

4
acara tidak kira sama ada acara yang di lakukan secara bersemuka atau atas talian.
Ancaman ini dapat di atasi dengan mengambil beberapa langkah awal seperti
menghubungiSESCO untuk memastikan saluran elektrik pada hari acara di jalankan
atau menggunakan kaedah lain seperti menyediakan set penjana elektrik.

Anda mungkin juga menyukai