Anda di halaman 1dari 2

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MBE 10403 : SOSIOLOGI PENDIDIKAN


NAMA : CHONG WAY LIM
NO MATRIK: HB200054
RELEKSI :PROGRAM HALATUJU LEPASAN SPM

Program halatuju lepasan SPM telah saya dan ahli kumpulan laksanakan secara
atas talian. Para penceramah serta para peserta berada di lokasi masing-masing pada 22
Mei 2021, Sabtu. Setelah perbincangan bersama semua ahli kumpulan, kami sebulat
suara memilih program ini dan memaklum kepada pensyarah.  Sesungguhnya program
yang dilaksanakan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Kekuatan program ini ialah saya dan ahli kumpulan dapat melaksanakan program
ini mengikut perancangannya. Apa yang saya dapat daripada program khidmat
masyarakat ini ialah saya diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan
pengelolaan sesuatu tugasan. Bukan itu sahaja, saya dapat berbincang sesama ahli
kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan. Selain itu, saya dapat membina
hubungan baik di antara ahli kumpulan saya. Malahan saya juga turut didedahkan dengan
cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.

Walau bagaimanapun kita tahu tidak semua yang dirancang mengikut kehendak,
begitu juga yang dialami oleh saya.  Kami telah merancang membuat seminar bersemuka
di sekolah dan meramalkan 200 orang peserta menyertai program ini. Namun, seminar ini
perlu ditukar secara atas talian akibat sekolah sudah ditutup secara berperingkat akibat
COVID-19 sejak bulan lalu. Malahan bilangan peserta mendaftar juga berkurang separuh
akibat penutupan sekolah secara berperingkat.

Dari segi kelemahan pula ialah masa yang diperuntukan amat panjang selama 3
jam untuk para pelajar tingkatan 5. Seharusnya program atas talian ini seharusnya
dilaksanakan dalam masa yang berpatutan agar para peserta tidak keletihan deret
mendengar 3 jam tanpa rehat. Selain itu, slaid penceramah yang agak panjang sehingga
masa melebihi yang diperuntukan. Saya juga berpendapat kami kurang mendirikan AJK
menekan slaid penceramah kerana berlaku beberapa kali slaid tidak terpapar atau “hang”.
Bahkan program secara atas talian sering berlaku pelajar tercicir keluar dari program
akibat talian yang kurang stabil atau sebab-sebab tertentu.

Penambahbaikan yang boleh saya laksanakan ialah saya seharusnya bijak


menguruskan masa dalam melaksanakan program seperti ini. Selain itu, saya dan ahli
kumpulan hendaklah bijak untuk mengatasi segala masalah yang timbul. Slaid
penceramah perlu disemak dan membuat raptai supaya program hari tersebut dapat
berjalan dengan lebih lancar. Seterusnya, setiap penceramah dan juruacara perlu memain
peranan memberi aktiviti rehat 5 minit agar para peserta tidak keletihan mendengar tanpa
henti.

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua rakan seperjuangan serta pensyarah pembimbing Doktor Mohamad Zaid Mustafa
kerana banyak membantu dan membimbing segala urusan program bagi menjayakan.
Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun
saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan ini.
Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai