Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi saya mengenai subjek Penghayatan

Etika Dan Peradaban. Saya Muhamad Aidill Adha Bin Zulies sangat berbesar hati kerana
tugasan refleksi yang diberikan ini telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan
berlaku jika rakan-rakan seperjuangan saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Abu
Zarrin Bin Selamat selaku pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban UPU3122
yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat semasa menyiapkan tugasan
ini.
Pada awalnya, saya menganggap subjek ini amatlah susah dan sukar untuk difahami.
Namun berkat daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dikuliah telah
membuatkan segala input-input yang diberikan amat mudah untuk difahami dan diterapkan
dalam diri. Selain itu , kaedah mengajar yang diberikan oleh Dr Abu Zarrin ketika berada di
dalam kuliah telah membuatkan fahaman kami tentang PEDP amatlah terbaik kerana
penyampaiannya dan interaksi bersama pelajar melalui soalan,perbincangan atau aktiviti
menarik amatlah memberikan kesan yang sangat positif dalam melahirkan pelajar yang
berkualiti tinggi.
Tambahan pula, sepanjang tempoh saya menghadiri kuliah ini juga banyak cabaran dan
liku-liku kehidupan yang perlu saya hadapi. Antaranya ialah masa interaksi bersama pensyarah
amatlah sedikit kerana program-program yang dianjurkan oleh pihak universiti sangatlah
mempengaruhi diri saya dan bebanan kerja yang berlebihan daripada pelbagai aspek turut
memberi kesan atau perubahan terhadap kemampuan saya sebagai seorang mahasiswa.
Implikasinya, akademik dan pembelajaran saya terhadap subjek ini amatlah kurang
sehinggakan segala maklumat penting yang diberikan amat sukar untuk diperolehi. Oleh itu,
pastikan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk sesi pembelajaran dan ketahuilah
batasan seseorang dalam menguruskan masa bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan
mental seperti stress dan sebagainya.
Dengan itu, harapan saya melalui proses pembelajaran subjek ini di dalam kuliah
adalah dapat mendalami isi kandungan pembelajaran yang diajarkan serta kemahiran yang
boleh digunapakai pada hari kelak. Selain itu, saya mengharapkan hubungan silaturrahim
bersama pensyarah dan rakan sekelas dapat dijaga dan diberkati supaya talian persaudaraan ini
tidak akan putus walau apa jua yang berlaku.
Sebagai penghias bicara akhir, melalui proses pembelajaran mengenai subjek
Penghayatan Etika Dan Peradaban ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat
saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang
dan sanggup berkorban demi agama,bangsa dan negara

Anda mungkin juga menyukai