Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI LIM LI TING

Dalam sepanjang proses penghasilan kerja kursus amali WAJ 3073. Kami ingin
menjulung sepenuh penghargaan kepada pensyarah yang dikasihi Encik Mohammad
Yusoff bin Mat Saad, Encik Mohd Zaaba Ismail, Encik Rosli bin Hamid dan seorang lagi
pensyarah yang amat berpengalaman iaitu Dr Junaidy Mohammad Hashim, di atas
kesudian mereka membimbing kami sepanjang penghasilan tugasan projek.
Tambahan pula saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya,
Ling Ka Yin dan Ling Ngiik Bing. Hal ini demikian kerana kami telah menyiapkan tugasan
ini dengan penuh semangat dan sempurna.
Refleksi saya berkaitan dengan sepanjang tugasan ini berlangsung sehingga dihantarkan
kepada pensyarah, kebaikannnya ialah saya dapat belajar cara mengadaptasikan
Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dalam Rancangan
Pengajaran saya. Pada masa akan datang, saya akan berusaha mengamalkannya kerana
suasana kelas akan lebih aktif. Tambahan pula, saya telah belajar tentang koloborasi dan
koperatif.
Dalam penyediaan pelaksanaan tugasan ini, kami bertiga-tiga telah merancang dan
mengagihkan tugas masing-masing. Oleh itu, semasa kami diminta membetulkan lagi
tugsan ini, Kami tidak berasa tertekan kerana kami membantu antara satu sama lain untuk
memperbetulkannya. Selain itu, pengajaran makro yang kami jalankan amat lancar dan
menarik. Hal ini demikian kerana kami telah membuat perubahan dan mengemaskinikan
Rancangan Pengajaran Harian kami dari semasa ke semasa.
Dari segi bahan bantu mengajar, kami juga telah meyediakan seberapa yang mungkin
dan menggunakannya secara optimum semasa pengajaran. Bagi saya, saya berasa
teknik yang saya gunakan untuk menyediakan murid-murid untuk kelas amat baik dan dari
segi kesinambungan memang ada. Semasa bercerita, saya berjaya menarik perhatian
murid-murid.
Kelemahannya ialah kelancaran penggunaan Bahasa Melayu kurang memuaskan kerana
ia akan mengganggu semasa guru ingin bercerita. Di samping itu, penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian dicadangkan tidak perlu membuat cara dialog antara guru dan murid-
murid.
Penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah melebihkan lagi pembacaan buku dan
membuat rujukan yang lebih banyak semasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mendapat pelbagai ilmu pengetahuan dalam
kaedah pedagogi dan dapat membezakan kelainannya ,seperti format penulisan. Dari
pandangan saya, amalgamasi antara tiga subjek, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Jasmani dalam perancangan harian amat cemerlang dan jika ditambah
dengan kemahiran pengajaran tertentu akan lebih mantap. Yang penting untuk
menyediakan Rancangan Pengajaran yang cemerlang, kita harus membuat beberapa
pertimbangan sebelum memulakannya, seperti butir-butir maklumat.
Secara keselurahan tugasan ini, dapatan saya ialah saya menjadi lebih tekun dan proaktif
kerana tiap-tiap hari saya perlu menyelesaikan tugasan subjek yang lain dan Seni Dalam
Pendidikan. Pengagihan masa yang mantap, saya lakukan supaya tugasan saya dapat
diselesaikan dalam masa yang terhad dan mengikut standard serta piawai yang tertentu.
Kesimpulannya, bagi persediaan untuk menjadi bakal guru, saya sendiri harus
menjalankan experimentasi dan expolarasi terhadap keberkesanan Perancangan
Pengajaran Harian sebelum saya memulakan mengajar nanti. Hal ini demikian supaya
kerja penambahbaikan pada rancangan saya dapat diperbetulkan lagi.

Anda mungkin juga menyukai