Anda di halaman 1dari 3

WAJ3110 Kokurikulum Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 2014 Kumpulan 3 (Kenanga) : Por Suk Yee, Shirley Hang,

, Yang Hui Zi, Khayathiry A/P Nagaraju, Lee Foong Mun, Tan Yin Cheng M4: Perlembagaan Pertubuhan 1. Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan 2. Perlembagaan Pertubuhan 3. Lambang, Cogan Kata, Lagu dan Bendera Pertubuhan ______________________________________________________________

3 Lambang, Cogan Kata, Lagu dan Bendera Pertubuhan 3.1 Lambang Lencana Pandu Puteri Dunia (Pepina Dunia) Warna emas pada lambing ini bermaksud sinaran matahari yang memancar ke atas semua kanakkanak tanpa mengira Negara, bangsa, agama, warna kulit dan kebudayaan. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang asalnya telah diperkenalkan oleh Bapa Pandu Puteri dan Pengakap Dunia. Bahagian bawah daun yang menanggung daun dan berbentuk seperti tombak ialah lambing sinaran kasih sayang manusia seluruh dunia. Bentuk segitiga bujur ke atas di tengah -tengah daun adalah jarum kompas yang menunjuk ke utara, iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri. Dua bintang di sebelah kiri dan kanannya menandakan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini. Bulatan yang mengelilingi logo melambangkan Persatuan Sedunia.

Lencana Pandu Puteri Malaysia Dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. Tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan, iaitu taat kepada Tuhan, raja dan Negara; menolong orang pada setiap masa; dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. Cantuman tiga daun ini melambangkan persaudaraan kepanduan di Negara ini. Tiga belas bucu daripada bintang yang berbucu empat belas itu melambang 13 bucu negeri di Malaysia. Bucu yang keempat belas yang

tegak ke utara menandakan jarum kompas yang sentiasa menunjuk jalan yang benar.

Logo Pandu Puteri Malaysia

3.2 Cogan Kata Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS)

Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Pandu Puteri Remaja & Pandu Puteri Renjer

'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.

3.3 Bendera Bendera Dunia (Panji)

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.

Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Anda mungkin juga menyukai