Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih besardaripada atrium.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana ruang
(chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan.
Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.
Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium
kiri ke ventrikel kiri.
Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke
ventrikel kanan.
Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta,
serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.