Anda di halaman 1dari 3

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

TOPIK 3

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & PENGAKAP DUNIA

Lambang Pengakap Malaysia

1. Lingkaran yang membentuk ikatan buku sila berwarna kuning


adalah warna terkini yang menggantikan warna biru sebelum ini.

2. Pecahan tiga kelopak melambangkan tiga persetiaan pengakap:

(i) Taat pada perintah Tuhan, raja dan negara,

(ii) Menolong orang pada setiap masa,

(iii) Menurut Undang-undang Pengakap.

3. Warna kuning, hijau dan merah melambangkan tiga unit asas


pengakap:
(i) Pengakap Kanak-kanak : warna kuning,

(ii) Pengakap Muda : warna hijau,

(iii) Pengakap Remaja : warna merah,

4. Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia.

5. Dua buah bintang pecah lima melambangkan 10 Undang-undang


Pengakap.

6. Ikatan hijau melambangkan ikatan persaudaraan pengakap.

7. Anak bulan dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi.

8. Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna


diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.

Lambang Pengakap Dunia

1. Pecahan tiga kelopak melambangkan tiga persetiaan pengakap.

2. Dua buah bintang pecah lima melambangkan 10 Undang-undang


Pengakap.
3. Ikatan berwarna putih melambangkan ikatan persaudaraan
pengakap.

4. Lingkaran yang membentuk ikatan buku sila berwarna putih


melambangkan persaudaraan pengakap sedunia.

5. Warna ungu melambangkan Biro Pengakap Sedunia.

6. Warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan.

Anda mungkin juga menyukai