Anda di halaman 1dari 4

MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang
Pengakap.

Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan Pengakap

Bintang pecah 14 melambangkan Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia

Bulan Sabit menandakan Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam.

Lingkaran Tali melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap


Sedunia.

Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:


Kuning Pengakap Kanak-Kanak,
Hijau Pengakap Muda,
Merah Pengakap Remaja
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya
upaya saya, akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, pemimpin-
pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua
Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa
kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
KAMI PENGAKAP MALAYSIA
HARAPAN NUSA DAN BANGSA
BERIKRAR SETIA
PADA PERTIWI TERCINTA

MELATIH GENERASI MUDA


MENJADI INSAN YANG BERGUNA
PERSETIAAN PENGAKAP
TERAS DIPEGANG BERSAMA

MENOLONG ORANG SETIA MASA


MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA
DEMI TUHAN, RAJA DAN NEGARA

BERBUDI, BERSAUDARA
TAAT, MENURUT PERINTAH
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP MALAYSIA

KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA


PENGAKAP, PENGAKAP MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai