Anda di halaman 1dari 6

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia


yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap




Undang-Undang Pengakap


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong serta
Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, Ibubapanya, majikannya
dan orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain
Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa
berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan
ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan
tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa
kesusahan.

9. Pengakap adalah jimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.




Sejarah Pengakap

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde
Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya
bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya
ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang
adik-beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam
pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau
terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan
di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun
1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa
pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang
tinggal di bandar yang diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati
BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu
perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan
perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku
bernama Scouting For Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara.
Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti
daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib
yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap
Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama
isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam
segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya,
meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah
kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak
gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada
dunia.Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang
telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata
dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada
muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan
dalam berbagai perkara yang diuji.

Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi
Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan
sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden
Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron dan telah menjadi Ketua Pengakap
Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha
dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata
pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri.

Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui
pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang
khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang
dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung
Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN DAN
MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.



SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan
pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun
setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu
telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang
ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu
di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.

Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula,
pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan
Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926
oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen
Akbar.

Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di
Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad
Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915.
Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu,
menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.

Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu
ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.




























Makna Undang-undang Pengakap
1.Dipercayai
Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai Untuk Menjalankan Tugas-Tugas
Yang Diberikanya Dengan Sehabis Daya- Upayanya.
2.Taat
Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja, Negara, Pemimpin-Pemimpin
Pengakap, Ibu Bapa, Majikan Dan Orang-Orang Di Bawahnya.
3.Berguna
Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna Dan Menolong Orang Pada
Setiap Masa
4.Bersaudara
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara Kepada Lain-Lain Pengakap,
Tidak Kira Dari Apa Negara, Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun.
5.Berbudi
Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni Dia Hormat Kepada Semua
Orang Terutamanya Orang Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang
Cacat Dan Sebagainya.
6.Kasihkan binatang
Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu Kasihkannya Serta Menyelamatkan
Binatang Daripada Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab Kecuali
Binatang Yang Merbahaya.
7.Menurut perintah
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya
Tanpa Sebarang Bantahan Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.
8.Tabah hati
Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar Selalu Walaupun Dalam
Kesusahan.
9.Berjimat
Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua Hal Perbelanjaannya.
10.Suci fikiran, perkataan dan perbuatan
Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-
Perkara Yang Kotor Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir Atau
Berbuat Sesuatu Yang Keji

Anda mungkin juga menyukai