Anda di halaman 1dari 3

LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

1- Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan


Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara

Menolong orang setiap masa

Menurut Undang-undang Pengakap

2- Bintang pecah lima yang berwarna hijau menandakan Undang-undang Pengakap


yang sepuluh.
3- Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan Pengakap.
4- Bintang pecah 14 melambangkan kesemua negeri-negeri dalam Malaysia.
5- Bulan Sabit menandakan agama rasmi negara iaitu agama Islam.
6- Lingkaran Tali melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan
pengakap sedunia.
7- Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja
bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
8- Warna kuning, hijau, dan merah yang terdapat pada lambang menandakan
unit-unit pengakap.

Kuning

: Pengakap Kanak-Kanak

Hijau

: Pengakap Muda

Merah

: Pengakap Remaja

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya,


Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya,
Dengan seberapa daya upaya saya,
Akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa;
Menurut Undang-undang Pengakap.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1.

Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah


dan kehormatan dirinya.

2.

Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan


Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orangorang yang dibawahnya.

3.

Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong


orang pada setiap masa.

4.

Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada


lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya
sekalipun.

5.

Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan


sentiasa berbudi.

6.

Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7.

Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan


suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpinpemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8.

Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis


mukanya dalam kesusahan.

9.

Pengakap itu jimat dan cermat.

10.

Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan


perbuatannya.

Anda mungkin juga menyukai