Anda di halaman 1dari 4

KELAB BOLA BALING SKTPP

LATAR BELAKANG
Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring, bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain. Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya) Pada tahun 1987, MSSM telah menganjurkan Pesta Bola Baling kali pertama bagi peringkat umur bawah 15 tahun (Lelaki / Perempuan) yang dikelolakan oleh MSS Selangor di Kelang. Pada tahun 1988 Pesta Bola Baling MSSM bagi peringkat umur bawah 18 dan 12 tahun (Lelaki / Perempuan) dikelolakan oleh MSS Negeri Sembilan di Seremban. Seterusnya bola baling diterima sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan dibawah kelolaan MSS Malaysia hingga sekarang

KELAB BOLA BALING SKTPP


SEJARAH PENUBUHAN
Kelab Bola Baling SKTPP mula ditubuhkan pada Tahun 2004. Pada peringkat awal penubuhannya, ahli-ahli kelab terdiri dari murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Pada peringkat awalnya penglibatan peserta hanya lebih kurang 60 orang. Selaras dengan pertambahan enrolmen murid di sekolah, ahli kelab semakin bertambah dari tahun ke tahun. Bermula pada tahun 2010 pihak pengurusan sekolah telah mewajibkan murid-murid Tahun 3 melibat diri dalam aktiviti kokurikulum.Dengan ini secara tidak langsung bilangan ahli kelab semakin bertambah. Sehingga tahun 2013 ahli kelab adalah seramai 150 orang.

KELAB BOLA BALING SKTPP


VISI
MEMBUDAYAKAN SUKAN & MENGUTAMAKAN KESIHATAN SEPANJANG HAYAT

MISI
MELAHIRKAN MURID YANG MENGUTAMAKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN BERPOTENSI DALAM SUKAN BOLA BALING DI PERINGKAT DAERAH, NEGERI SETERUSNYA KEBANGSAAN

KELAB BOLA BALING SKTPP


OBJEKTIF
Mencungkil dan menggilap potensi murid dalam sukan bola baling. Membudayakan gaya hidup sihat dikalangan murid-murid melalui permainan bola baling. Membantu meningkatkan kecergasan fizikal & mental murid-murid melalui permainan bola baling. Membantu murid-murid menangani masalah obesiti. Membantu mengurangkan stress murid-murid dengan cara bersukan.

Anda mungkin juga menyukai