Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA

SALUTASI

Yang Berbahagia Encik Manuchihr Smith,


Yang dipertua Badan Muafakat MRSM Mukah.

Yang Dihormati Puan Maybal Polycarp,


Menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengetua Pembangunan
Bakat MRSM Mukah.

Yang Dihormati Encik Fauzi bin Raman,


Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Mukah.

Yang Dihormati Encik Abdullah bin Md Yusof


Wakil Kontinjen MRSM Kuching.

Yang Dihormati Encik Hafiizh bin Zainal


Wakil Kontinjen MRSM Betong.

Guru-Guru,

Pengurus-pengurus pasukan Sukan Permainan MRSM Zon


Sarawak,

Para jurulatih, atlit dan peserta Sukan Permainan MRSM Zon


Sarawak,

Dan hadirin hadirat sekalian.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi


atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul di Dewan
Setia Raja MRSM Mukah ini bagi menjayakan Sukan Permainan
MRSM Zon Sarawak (SUPER) bagi tahun 2019.

Penganjuran Kejohanan Sukan Permainan MRSM Zon


Sarawak (SUPER) adalah signifikan untuk menjalin hubungan
sillaturahim dan mempromosi amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan pelajar MRSM keseluruhannya. Berkonsepkan
Temasya Sukan dan Permainan, penganjuran sukan ini amat
dinantikan oleh pelajar-pelajar di Negeri Sarawak khususnya.

Untuk penganjuran pada tahun ini, ia merupakan acara


sukan sebagai wadah untuk pelajar MRSM di Negeri Sarawak
untuk bertemu dalam suasana semangat kesukanan yang
tinggi, memberi peluang kepada pelajar MRSM di Sarawak
untuk mempamerkan bakat-bakat hebat dalam sukan dan
permainan dan dapat memberi peluang kepada para pelajar
mengenali antara satu sama lain sekaligus mengukuhkan
ukhwah persaudaraan dalam kalangan pelajar.
Segala perancangan teliti telah diambil oleh Jawatankuasa
SUPER 2019 bagi melicinkan acara yang dipertandingkan dan
yang telah dirancang dalam tentatif program pada kali ini agar
dapat dijalankan dengan baik dan cemerlang.

Bagi pihak penganjur, kami mengharapkan agar


Kejohanan SUPER 2019 akan dapat diteruskan pada tahun-
tahun yang mendatang kerana banyak memberi peluang
kepada para pelajar bersama dalam sesuatu program yang
berkonsepkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan
permainan.

Semoga Kejohanan SUPER 2019 akan berjalan dengan


baik dan melahirkan pelajar MRSM yang produktif, kompetitif
dan cemerlang.

Sebagai pengawal pusat yang bertanggungjawab pada


kali ini, saya berterima kasih kepada semua pihak kerana sudi
bertandang di MRSM Mukah selama 3 hari 2 malam. Semoga
ukhuwah ini sentiasa terjalin sampai bila-bila. InsyaAllah.

Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai