Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih tuan pengacara majlis,

ASSALAMUALIKUM WTW, SALAM SEJAHTERA

SALAM MALAYSIA MADANI

SALAM SABAH MAJU JAYA

Yang berbahagia saudara Banjamin @ Ismail bin Atin, Timbalan PPD Beaufort, Sektor
Pembangunan Murid PPD Beaufort. Merangkap pengarah kejohanan olaraga MSSD
Beaufort, kali ke 51, 2023.

Merangkap Setiusaha Agung persatuan Bisaya Bersatu Sabah, di mana saya sendiri selaku
Presiden persatuan ini.

Yang Berbahagia Tuan Muhimian Moksin, Tim PPD Beaufort, Sektor pembelajaran ppd
beaufort

Yang berusaha Pn Siti Jubaidah Kariah, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Klias,

Dan

Yang berusaha Pn. Siti Fatimah Jenteri, Guru Besar Sk Klias kecil, merangkap Pengerusi
Majlis sukan sekolah zon Klias

Merangkap pengerusi Bersama pengelolaan Kejohanan Olaraga MSSD Beaufort kali ke -


51, tahun 2023 ini

Yang dihormati Tuan Awang besar bin Suran, pengetua smk kota klias, merangkap
pengerusi persatuan pengetua-pengetua negeri sabah, cawangan Beaufort

Yang dihormati Tuan Haji Marif Bin Yusuf, Guru besar SK Gadong, merangkap pengerusi
persatuan guru-guru besar negeri sabah, cawangan beaufort.
Semua pengetua-pengetua dan guru-guru besar daerah beaufort

Semua guru Penolong kanan kokurikulum, semua penolong kanan pentadbiran dan
semua penolong kanan Hal ehwal Murid

Semua Pengurus-pengurus kontingen

Semua guru-guru pengiring

Semua guru-guru

Semua ibubapa

Dan seterusnya semua para peserta dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada hari yang penuh berkat ini, kita berkumpul untuk merasmikan
penutupan Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Beaufort yang ke-51 bagi tahun 2023.
Marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur dan tawakkal kepada Allah SWT atas
limpahan kurniaan-Nya yang tak terhingga. Kita berterima kasih kepada-Nya kerana
sentiasa memberikan rahmat dan kemudahan dalam perjalanan sukan ini,

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah yang setulus hati kepada semua pihak yang
terlibat dalam pelaksanaan kejohanan sukan ini. Kepada pengelola bersama, SMK Kota
Klias di bawah pimpinan Pn. Siti Jubaidah Kariah selaku Pengetua SMK Kota Klias, serta
kepada Majlis Sukan Sekolah Zon Klias di bawah kepimpinan Pn. Fatimah Jenteri sebagai
Guru Besar SK Klias Kecil yang merangkap Pengerusi Majlis Sukan Zon Klias, tahniah
diucapkan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan Bersama warga guru sekolah dan
zon masing-masing.

Tema , "Sukan Nadi ABC (Anak Baik lagi Cerdik). Seperti yang dinyatakan oleh ckgu
banjamin tadi, memaparkan kepada kita tentang usaha kementerian Pendidikan Malaysia
menerapkan nilai-nilai kebaikan dan kecerdikan dalam kehidupan melalui penglibatan
dalam sukan. Dalam tempoh empat hari yang berlalu, bermula 14 ogos hingga hari ini, kita
telah menyaksikan pelbagai saingan yang sengit, semangat bertanding yang tinggi, dan
usaha gigih dari setiap atlet. Syabas dan tahniah kepada para pemenang yang telah
menunjukkan kebolehan dan dedikasi yang hebat. Sekolah adalah tempat untuk mencari
ilmu, tetapi juga tempat untuk membentuk watak dan semangat juang. Melalui sukan, kita
belajar tentang kerjasama, ketabahan, pengorbanan, dan kepimpinan. Sukan mengajar
kita untuk bangkit daripada kegagalan, untuk bersaing dengan beretika, dan untuk
menghormati lawan.

Tuan-tuan dan puan-puan

Syabas dan tahniah juga kepada semua yang terlibat, mulai dari Murid, pengurus pasukan,
sukarelawan, guru-guru, ibu bapa, dan semua yang turut menyumbangkan tenaga dan
usaha untuk menjayakan kejohanan sukan ini. Tanpa sokongan dan semangat yang
diberikan oleh semua pihak, pencapaian dan kejayaan dalam acara ini tidak mungkin
menjadi kenyataan.

Marilah kita terus memupuk semangat kecemerlangan dalam sukan dan kehidupan
seharian. Sukan bukan sekadar tentang memenangi pertandingan, tetapi lebih kepada
pembentukan sahsiah yang berdisiplin, beretika, dan berkebolehan. Semoga semangat
persaudaraan dan semangat sukan ini terus berkobar dalam jiwa kita, membawa kejayaan
yang lebih gemilang di masa hadapan.

Seperti yang dinyatakan oleh saudara banjamin tadi sukan ini juga adalah bertujuan,
memilih wakil-wakil terbaik yang akan mewakili MSSD Beaufort ke Kejohanan Sukan
Sekolah sabah (MSSS) di daerah Keningau, yang dijadualkan pada awal September ini.

Semoga wakil-wakil terbaik yang akan dipilih meneruskan perjuangan di Kejohanan Sukan
Sekolah-Sekolah Menengah Sabah di Keningau dengan tekad dan semangat yang tinggi.
Semoga mereka dapat membawa pulang kejayaan dan memperjuangkan nama baik
Beaufort di peringkat yang lebih tinggi.

Sekali lagi Syabas dan tahniah kepada semua,

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Kejohanan Sukan MSSD Beaufort


yang ke-51, 2023 Semoga semua peserta akan mengambil peluang ini untuk menerokai
potensi sebenar diri dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai