Anda di halaman 1dari 1

Saya merasa amat sukacita dapat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan pada

hari ini dalam satu upacara yang saya anggap amat bermakna dalam usaha kita
meningkatkan lagi mutu sukan bola jarring di sekolah ini amnya dan di peringkat
daerah Sandakan khasnya.

Saya ingin merakamkan ribuan terika kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah
Sandakan kerana memberikan mandat dan kepercayaan kepada SRK Sung Siew
untuk menganjurkan sukan bola jarring ini. Tidak lupa juga kepada Ahli-Ahli
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang bertungkus lumus menjayakan
kejohanan ini walaupun penuh dengan kesibukan persediaan untuk sesi
persekolahan 2019 yang baru ini.

Sukan merupakan satu bidang yang penting di dalam sesebuah proses


pembinaan negara. Aktiviti-aktiviti sukan akan dapat melahirkan rakyat yang
cergas dan berdisiplin yang sentiasa sanggup menghadapi cabaran dalam segala
bidang kehidupan mereka.

Rakyat yang seperti inilah yang diperlukan oleh negara yang membangun seperti
Malaysia untuk meninggikan daya pengeluaran negara ke peringkat yang paling
maksima. Kaum wanita juga tidak terkecuali daripada memainkan peranannya
dalam hal ini. Dalam konteks ini langkah proaktif sentiasa diambil oleh Pejabat
Pelajaran Daerah Sandakan dengan hasil kerjasama pihak sekolah untuk
menganjurkan Kejohanan sedemikian seharusnya diberi pujian. Hasil daripada
kerjasama ini, saya percaya guru-guru dan pemain-pemain terbaik akan dapat
dipilih untuk mewakili daerah Sandakan ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya difahamkan seramai 144 orang pemain dan 60 orang guru serta pegawai
yang turut terlibat di dalam menjayakan Kejohanan ini.

Harapan saya semoga pengalaman di Kejohanan ini dapat mengeratkan


persahabatan & silaturahim di kalangan pemain-pemain serta guru-guru yang
mengambil bahagian di dalam kejohanan ini di samping dapat meninggikan mutu
permainan bola jaring di negara kita.

Saya juga berharap agar permainan bola jaring ini tidaklah hanya diceburi oleh
pelajar-pelajar sahaja tetapi juga turut diminati oleh golongan guru-guru wanita
yang juga patut bergiat cergas dalam permainan ini supaya bola jaring menjadi
satu permainan yang diminati oleh semua peringkat umur wanita.

Akhir kata dengan harapan agar Kejohanan ini akan memberi perangsang kepada
pemain-pemain khasnya dan peminat-peminat bola jaring amnya bagi
memajukan bola jaring di negara ini.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai