Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA


36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon: 05-6236524 Faks : 05-6214385 Email : aba5014@moe.edu.my
(KOD SEK : ABA5014)

“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 02 Safar 1440
11 November 2018
Kepada,

Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming


Ahli Parlimen Teluk Intan.

Tuan,

Per : MEMOHON SUMBANGAN SISTEM PEMBESAR SUARA TANPA WAYAR (MUDAH ALIH)
BAGI KEGUNAAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan system pembesar suara
tanpa wayar bagi kegunaan sekolah ini. Berikutan keadaan sekolah sekarang yang hanya mempunyai
satu pembesar suara sahaja.

3. Untuk makluman pihak tuan, sekolah ini adalah merupakan sekolah SKM (Sekolah Kurang
Murid) yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membeli peralatan tersebut.

4. Sehubungan itu, amatlah diharapkan agar pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan tersebut
bagi melancarkan perjalanan majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi oleh pihak sekolah nanti.

5. Anggran kos bagi satu (1) set sistem pembesar suara tanpa wayar tersebut adalah sebanyak
RM900.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Ratus Sahaja) . Sumbangan berbentuk cek ditulis atas
nama P.I.B.G Sek. Keb. Sg Rusa.

6. Segala kerjasama dan keperihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………….
MOHAMAD AZMAN CHARLES BIN ABDULLAH
Yang Dipertua PIBG.

Anda mungkin juga menyukai