Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

36000 TELUK INTAN,


PERAK DARUL RIDZUAN
(KOD SEK : ABA5014)

Telefon: 05-6236524 Faks : 05-6214385 Email : aba5014@moe.edu.my

“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ”

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 11 Syaaban 1438
08 Mei 2017
Kepada :
ENCIK HASNAN BIN ABDUL HAMID
Guru Bimbingan & Kaunseling

Melalui,
GURU BESAR SK PERWIRA

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH MOTIVASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Sungai Rusa akan menganjurkan Program Motivasi kepada murid-
murid tahap 2 dan ibubapa tahun lima dan enam seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 11 Mei 2017 (Khamis)


Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan SK Sg Rusa.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk membenarkan pegawai berkenaan
untuk menghadiri program tersebut.

4. Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan setinggi-tinggi
penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.....................................................
(MOHAMAD FADDIR BIN BAHARIN)
Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai