Anda di halaman 1dari 2

Pasukan Nasyid (Jilul Manshud)

SMK Seri Kampar


Jalan Iskandar
31900 Kampar
PERAK DARUL RIDZUAN

Kepada:
YB Dato Nolee Ashilin Bt Mohammed Radzi
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian,
Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
30000 Ipoh Perak 10HB APRIL 2017

Yang Berbahagia Dato,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PEMBELIAN PAKAIAN


PASUKAN NASYID SEKOLAH

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa seramai 7 orang pelajar Pasukan Nasyid SMK Seri
Kampar akan mewakili Daerah Kinta Selatan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Perak Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2017. Pertandingan
tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 13hb Mei 2017


Tempat: SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak

3. Sehubungan itu, saya selaku pengurus pasukan nasyid yang bertanggungjawab amat
mengharapkan pihak Dato agar dapat menghulurkan wang sumbangan sebanyak RM1000.00
bagi tujuan menampung kos pembelian pakaian nasyid sebagai persiapan ke peringkat negeri
nanti. Untuk pengetahuan pihak Dato juga, pasukan nasyid telah memohon dana dari PIBG
sekolah untuk pembelian peralatan nasyid (percussion), jadi bagi tujuan pembelian pakaian,
kami amat berbesar hati sekiranya menerima sumbangan dari luar. Disertakan bersama-sama
senarai nama pelajar serta kertas kerja untuk rujukan.

4. Diharapkan dengan adanya sokongan dari pihak Dato akan dapat memenuhi
keperluan bagi pihak pelajar yang akan mewakili Daerah Kinta Selatan ke pertandingan
nanti.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

(NUR MASHITAH BINTI MOHD SUBRI)


Pengurus Pasukan Nasyid Jilul Manshud
SMK Seri Kampar

Disokong dan disahkan oleh,

(TN HJ HASSAN AZAHARI BIN YUNUS)


Pengetua SMK Seri Kampar
SMK Seri Kampar

Anda mungkin juga menyukai