Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

MEWUJUDKAN IDENTITI MARHABAN DAN BERZANJI


BAGI KELAS ALIRAN AGAMA
SMK SERI KAMPAR

ANJURAN:
MAJLIS KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAM
SMK SERI KAMPAR

KERTAS KERJA
MEWUJUDKAN IDENTITI MARHABAN DAN BERZANJI BAGI KELAS ALIRAN AGAMA
SMK SERI KAMPAR
1.0

PENDAHULUAN
MARHABAN dan BERZANJI adalah antara amalan yang sinonim diadakan sempena sambutan
Maulidur Rasul. Hal itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana berzanji adalah doa, pujipujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w.
Selain itu, berzanji juga dianggap mempunyai nilai kesenian yang amat tinggi mutunya kerap
menjadi halwa telinga dan hiburan semasa majlis perkahwinan, akikah dan berkhatan.
Bagaimanapun, senarionya kini dilihat semakin berubah. Bilangan ahli berzanji semakin
berkurangan. Kesannya, kemerduan alunan berzanji yang mengajak kita mengingati Baginda
s.a.w juga semakin lama semakin menghilang.

2.0

TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan pihak pentadbir agar pihak PIBG
dapat memberikan sumbangan bagi menampung perbelanjaan menjemput jurulatih luar untuk
melatih pelajar Kelas Aliran Agama dalam seni Marhaban dan Berzanji.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Mewujudkan identiti kepada Kelas Aliran Agama supaya sinonim dengan Marhaban dan
Berzanji.

3.2

Memantapkan pelajar Kelas Aliran Agama dari aspek kerohanian dan menghayati seni
lagu Islam.

3.3

Menaikkan nama dan imej pelajar Kelas Aliran Agama SMK Seri Kampar.

3.4

Melahirkan generasi pelapis dalam seni lagu Islam yang dapat menjadi perintis kepada
generasi Kelas Aliran Agama yang akan datang.

4.0

KUMPULAN SASARAN
Menyasarkan pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) bagi tahun 2015 bagi
peringkat awal. Skop sasaran akan diperluaskan kepada pelajar perempuan sekiranya terdapat
permintaan dan keperluan.

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Bil
5.1

Perkara
Anggaran Pendapatan
Sumbangan PIBG

5.2

Jumlah
RM 250.00

Anggaran Perbelanjaan
Bayaran Jurulatih Luar
Lebihan / Kurangan

RM 250.00
-

*Cadangan sesi latihan yang akan diadakan adalah sebanyak sepuluh sesi di mana satu sesi
latihan memerlukan bayaran jurulatih luar sebanyak RM 25.00.
6.0

PENUTUP
Cadangan ini merupakan salah satu usaha untuk menaikkan kembali imej Kelas Aliran Agama
agar yang mempunyai nilai dan identiti tersendiri serta sebagai usaha mengembangkan dan
mempopularkan seni Marhaban dan Berzanji.
Selain itu, sebagai alternatif dalam usaha mengekalkan seni budaya Islam yang bermutu di negara
ini supaya dapat menyedarkan dan meningkatkan kembali sejarah perkembangan Islam serta
dapat diambil iktibar dan teladan sifat-sifat terpuji Nabi s.a.w. yang terkandung di dalamnya.

Disediakan Oleh:
...........................................
(MUHAMAD ANUAR BIN IBRAHIM)
Setiausaha
Majlis Kebajikan dan Dakwah Islam
SMK Seri Kampar

Disemak Oleh:
..............................................
(EN. YAHAYA BIN KHAIROM)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Seri Kampar

Disokong & Disahkan Oleh:


...............................................
(PN HJH ASMAH BINTI ABDUL HAMID)
Pengetua
SMK Seri Kampar

SENARAI NAMA PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KUMPULAN SASARAN)


1 KAA TAHUN 2015
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

NAMA
ABDUL AZIZ BIN SHAMSUDDIN
AHMAD SHAIFUL BAHARI BIN MOKMAN
MOHAMMAD AFIQ BIN RIDUAN
MOHAMMAD ZULFIKRY BIN MOHD SAUPI
MUHAMMAD AKHIL IMAN BIN AHMAD FAUZI
MUHAMMAD ASYRAAF BIN AYUP
MUHAMMAD AZRIMAN BIN ARMAN NIZAM
MUHAMMAD FARHAN BIN ZAZALI
MUHAMMAD FATIHIN BIN MOHD FAIZAL RAVI
MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD RAFI
MUHAMMAD IRFAN SYARAFI BIN ABDUL RAZAK
NAJMI SOLEHIN BIN NORAZMI
SYED ZULKARNAIN SHAH BIN ABDUL HAKIM
TUAN MUHAMMAD IZZAT BIN TUAN KHAIRUL AZMAN

Anda mungkin juga menyukai