Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2022/ 1444

PENGENALAN
12 Rabiul Awal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan
meraikan hari bersejarah ini bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. Kehadiran baginda telah memberi sinar baru kepada
seluruh manusia yang menemui cahaya dari kepompong kejahilan.

Murid-murid di sekolah khasnya peringkat rendah merupakan peringkat


yang perlu diberi pendedahan dan iktibar berdasarkan sirah kehidupan
Rasulullah. Ini kerana kumpulan kanak-kanak pada usia begini mudah
mengingati sejarah atau cerita yang diperolehi. Justeru, sekolah berperanan
mendedahkan ilmu sirah dalam pelbagai metod. Mengadakan majlis
sambutan dengan pengisian selawat, ceramah dan sebagainya merupakan di
antara perndekatan positif untuk mencapai objektif sebenar. Oleh itu, di
peringkat sekolah perlu dijalankan aktiviti sebegini bagi meningkatkan
kesedaran dan penghayatan murid-murid mengenai sirah junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W.

RASIONAL

Program Sambutan Maulidur Rasul ini adalah salah satu usaha


berterusan untuk mengenang dan memperingati hari kelahiran Nabi
Muhammmad S.A.W. Ia juga sebagai satu inisiatif untuk mengenang kembali
jasa dan perjuangan Rasulullah dalam menegak dan menyebarkan agama
Islam. Semoga ia menjadi iktibar dan panduan bagi umat Islam khasnya
warga sekolah ini. Program ini juga adalah salah satu aktiviti tahunan yang
dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta anjuran
bersama PIBG SKKR bagi menyambut dan meraikan hari-hari kebesaran
Islam.
OBJEKTIF PROGRAM
1. Menyemarak rasa cinta dan kasih kepada nabi junjungan umat
melalui program pendidikan bertema penghayatan rohani.
2. Mencontohi sifat-sifat mahmudah Rasulullah yang berpekerti mulia
sejak kecil serta menjadikan baginda

3. Mengamalkan perkara-perkara sunnah yang dapat menambahkan


pahala serta mengambil iktibar daripada sirah baginda.

4. Menanam rasa cinta dan hormat yang tidak berbelah bagi kerana
baginda kekasih Allah.

5. Dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Pra Sekolah hingga Tahun 6, guru dan staff serta PIBG

BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH
13 OKTOBER 2022

TEMPAT
Dewan Semarak Kasih SKKR

AKTIVITI
 Ceramah Maulidur rasul
 Alunan Selawat dan fadhilatnya
 Pertandingan kuiz
 Program penghayatan Islam dalam kehidupan.

ANJURAN
Panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab SKKR dengan
Kerjasama PIBG SK. Kampong Rambai.
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Khalil Anuar bin Mohd.Rejab(Guru Besar).


Naib Pengerusi 1 : Mohd.Shaifulrizal bin Rosali (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : Norasyikin binti Mat Said (GPK HEM)
Naib Pengerusi 3 : Ruzaini binti Mokhtar (GPK KO)
Penyelaras : Shafie bin Zakaria
Setiausaha : Mohd.Rushdi bin Hj.Ahmad.
Bendahari : Norhayat binti Salleh

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Jemputan

Khalil Anuar bin Mohd.Rejab.


Mohd.Shaifulrizal bin Rosali
Norasyikin binti Mat Said
Ruzaini binti Mokhtar

Bacaan Doa
Mohd.Rushdi bin Hj.Ahmad
Shafie bin Zakaria

Juru Kuiz
Aufa Najihah binti Ahmad Sobri
Nurul Nisrina binti Afizal

Brosur / Dokumentasi
Rasyaqah binti Zainol Abidin
Salmah binti Saad

Persiapan Pentas/ Banner


Mazura binti Md.Aroff
Ina Marni binti Sazali
AJK PIBG
Pekerja Pembersihan
Kawalan disiplin Pelajar / Perarakan
Hashim bin Shamsudin
Shariza binti Abd Rahman
Ahmad Shukri bin Omar
Guru-guru KAFA

Siaraya
Noor Hizam bin Md.Yusoff

Fotografi
Tan Chen Peng

Juru Acara
Nurulhuda binti Mat Radzi

Hadiah dan Cenderahati


Intan Shafiena binti Isa
Ettiyanny binti Mohd Bakhari
Nurrul Huda binti Abdullah
Khadijah Syamiah binti Suparman
Samihah binti Abdul Halim

Jamuan
Nordini @Rodziah binti Jaafar

ATURCARA MAJLIS
 13.10.2022 (KHAMIS)
07.45 : Bacaan Yasin.
: Selawat
: Perarakan
: Rehat
: Bacaan doa
: Ceramah Maulidur Rasul
: Kuiz
: Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
: Promak
: Bersurai
IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
1. Peruntukan Panitia Pendidikan Agama Islam = RM400.00
2. PIBG ( kutipan waris SKKR) = RM 427.00

1. Anggaran Perbelanjaan
 Hadiah 194 unit X RM1.50 = RM291.00
 Hadiah 12 unit x RM 3.00= RM36.00
 Saguhati penceramah = RM 200.00
 Banner/ sepanduk = RM 300.00
JUMLAH BESAR = RM827.00

PENUTUP
Semoga segala gerak kerja yang dirancang bagi menjayakan majlis ini
berjalan dengan jayanya dengan sokongan semua guru,staff dan
sokongan padu daripada PIBG SKKR dalam meraikan sirah nabi
Muhammad SAW.Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini
akan dapat menambahkan cinta kepada baginda Nabi dalam kalangan
murid, seterusnya meningkatkan pengetahuan murid tentang sirah
kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………………
( MOHD RUSHDI B. HJ.AHMAD) (SHAFIE B. ZAKARIA)
Setiausaha, Ketua Panitia,

Panitia Pendidikan Islam, Panitia Pendidikan Islam,


SK. Kampong Rambai. SK.Kampong Rambai.
10 Oktober 2022 10 Oktober 2022.
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan Sambutan Maulidur Rasul

Atau

Tidak meluluskan kertas cadangan Sambutan Maulidur Rasul

Ulasan :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------

…………………………………..
(KHALIL ANUAR BIN MOHD. REJAB)
Guru Besar,
SK.Kampong Rambai.
10 Oktober 2022.

Anda mungkin juga menyukai