Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PENYEDIAAN KELENGKAPAN BAJU MELAYU


UNTUK PERTANDINGAN NASYID
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti nasyid adalah salah satu daripada aktiviti yang mendapat sambutan di kalangan pelajar SMK
Batu Muda. Ia juga merupakan saluran untuk mendekatkan dan mencungkil bakat pelajar di
samping sebagai salah satu aktiviti sihat untuk remaja. . Antara acara nasyid yang melibatkan pelajar
adalah seperti persembahan pelajar untuk majlis-majlis di peringkat sekolah dan acara
pertangdingan di peringkat Zon dan Negeri. Dengan itu, pakaian untuk pelajar menyertai
pertangdingan adalah salah satu daripada tarikan pelajar dan akan memberikan inspirasi untuk
pelajar menyertai pertangdingan nasyid di peringkat zon nanti.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membimbing pelajar mendekatkan diri dengan aktiviti nasyid .
2.2 Membimbing pelajar dengan aktiviti sihat dan menanam nilai-nilai murni pelajar
dengan lirik-lirik kerohanian.
2.3 Mencungkil dan mengenegahka bakat pelajar dalam membentuk sifat berani
berdepan dengan khalayak ramai.

3.0 TARIKH PERTANDINGAN
19 April 2014 untuk Majlis MTQ
Anggaran Mei-Jun 2014 untuk Majlis PPDa

4.0 SASARAN
Semua pelajar Islam yang berminat dalam bidang nasyid

5.0 SUMBER KEWANGAN
PIBG SMK Batu Muda, Kuala Lumpur

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Baju Melayu untuk 15 orang pelajar x RM 50.00 RM 750.00
2 Sampin 15 orang pelajar x RM 20.00 RM 300.00
JUMLAH RM 1050.00



7.0 PENUTUP
Diharapkan permohonan untuk mendapatkan pakaian seragam untuk pelajar yang akan
menyertai pertandingan nasyid ini akan mendapat perhatian dan sokongan PIBG SMK Batu Muda,
Kuala Lumpur dalam usaha untuk melhairkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang..


DISEDIAKAN OLEH,

...............................................................
( PN MAIMUN BT HARUN)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


DISAHKAN OLEH,

(ZAKIAH BT ABANG BAWI)
Pengetua
SMK Batu Muda
Kuala Lumpur




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA
51100 KUALA LUMPUR


KERTAS KERJA
PERMOHONAN PAKAIAN BAJU
MELAYU UNTUK PELAJAR YANG
MENYERTAI PERTANDINGAN NASYID





ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


Panitia Pendidikan Islam
SMK Batu Muda
51100 Kuala Lumpur
___________________________________________________________________________
YDP Persatuan Ibu Bapa dan guru
SMK Batu Muda
51100 Kuala Lumpur
Tuan,
PER : PERMOHONAN PAKAIAN BAJU MELAYU UNTUK PELAJAR YANG MEWAKILI
SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN NASYID
Perkara di atas adalah dirujuk,
2 Adalah dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SMK Batu Muda telah melatih
pelajar pelajar untuk mewakili sekolah dalam acara nasyid di peringkat zon pada tarikh
seperti di bawah :
Tarikh : 19 April 2014 Acara Majlis Tadarrus al-Quran
Anggaran bulan Mei-Jun Acara PPDa
3 Butir permohonan :
BIL PERKARA JUMLAH
1 Baju Melayu untuk 15 orang pelajar x RM 50.00 RM 750.00
2 Sampin 15 orang pelajar x RM 20.00 RM 300.00
JUMLAH RM 1050.00

4 Semoga permohonan ini akan memberi nalai tambah bagi aktiviti pelajar SMK Batu
Muda
Sekian terima kasih
Yang Benar

(PN MAIMUN HJ HARUN)
Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Batu Muda ,Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai