Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHMUD MAHYIDIN,

16060 PASIR PEKAN, KELANTAN.


TELEFON : 09-7196864
FAX : 09-7195085

BENGKEL
TASAWWUR ISLAM
SPM 2022

TARIKH
6 JUN 2022

HARI
ISNIN

TEMPAT
BILIK SEMINAR 2
SMK MAHMUD MAHYIDIN

SEPAKAT MEMBINA KECEMERLANGAN MEREALISASIKAN MATLAMAT

KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN TASAWWUR ISLAM

1.0         PENGENALAN
Pelajaran Tasawwur dalam KSSM adalah merupakan satu mata pelajaran Elektif ( pilihan ). Pelajaran
ini ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah atas. Pelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan perkembangan yang
seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Mata pelajaran ini memberi
peluang kepada pelajaruntuk mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang
islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. Kurikulum Tasawwur Islam ini bertujuan untuk
memperkembangkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan bersepadu serta memperkembangkan
kemahiran pelajar dari segi berfikir, berkomunikasi, interaksi dan melakukan sesuatu aktiviti yang
berfaedah dan diredhai oleh Allah Taala.
Justeru Panitia Pendidikan Islam memikirkan perlu mengadakan Bengkel Peningkatan
Akademik dalam subjek Tasawwur Islam untuk murid-murid calon SPM 2022 yang akan menduduki
peperiksaan penting tahun ini. Pelbagai aktiviti yang melibatkan peningkatan akademik disusun dari
awal tahun lagi hingga menjelang pepeiksaan SPM.

Oleh itu strategi mengadakan bengkel teknik menjawab soalan dengan menjemput guru yang
berpengalaman dalam subjek tersebut diharapkan dapat membantu murid. Ini kerana guru-guru
subjek juga berperanan sebagai fasilitator di dalam bengkel ini dapat saling mempelajari teknik
mengajar dari guru cemerlang yang berpengalaman dalam soalan-soalan peperiksaan SPM. Murid-
murid juga berpeluang mempelajari teknik pembelajaran dan gaya pembelajaran dengan guru yang
lain pula dan meluaskan pemahaman murid.

2.0     MATLAMAT
            Murid didedahkan dengan teknik menjawab soalan SPM bagi topik pilihan panitia
untuk murid menguasai asas dalam subjek tersebut untuk meningkatkan peratus lulus subjek-subjek
berkenaan dalam peperiksaan.

3.0     OBJEKTIF


1. Meningkatkan kefahaman murid mengenai teknik menjawab soalan SPM dalam
subjek
Tasawwur Islam
2. Pelajar berpeluang mempelajari teknik pembelajaran dan gaya pembelajaran dengan
guru yang lain dan meluaskan pemahaman murid.

    4.0        TARIKH/ MASA/ TEMPAT  :


6 Jun 2022 ( Isnin )
Bilik Seminar 2
                                         

5.0       SASARAN
Semua murid kelas 5MM5 & 5MM6 ( 50 orang )

      
6.0       KPI

Output Murid belajar mengenai topik yang paling lemah untuk mengukuhkan lagi
kefahaman mereka.
Outcome Peningkatan pencapaian lulus subjek tersebut sewaktu peperiksaan tahun
2022

7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Kewangan

Makan Minum pelajar RM3 x 50 orang = RM 150.00


Bayaran Penceramah RM 250.00 x seorang = RM 250.00
Jumlah RM 400.00

Sumber Kewangan
Peruntukan dari Panitia Pendidikan Islam RM400.00

8.0    AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Pengerusi : Pn. Robat’Oon@Rabiatul Adawiah Bt. Abdullah (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh. Hussniah Bt. Hussin (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En Wan Rahiman Bin W Mat Yim (PK Hem)
Naib Pengerusi 2 : En.Wan Mohd. Azana B. Wan Mohd. Najid (PK Ko)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Zakiyah Bt. Mohd. Nor ( PK Tingkatan 6 )
Penyelaras SPM : En. Mohd. Barhanudin B. Sulaiman ( GKTV )
Setiausaha : Pn. Azimah Bt. Md. Roni ( SU UKA SPM )
Pen. Setiausaha : Pn. Noor Ledar Bt. Ahmad ( GBKSM )
Bendahari : Pn. Mardhiah Bt. Mohammad (Bendahari UKA SPM)
Ahli Jawatan kuasa : Pn. Hjh. Rosmini Bt Wan Abdullah (GKB)
YM Pn. Hjh. Sharipah Noraini Bt Syed Ab. Kadir (GKSM)
Pn. Mahmudah Bt. Abdul Malik ( GKSS )
Pn. Hjh. Rosnani Bt. Ismail (Setiausaha Kurikulum)
En. Rodnan B Seman ( GBKSM )

BIDANG NAMA GURU           BIDANG TUGAS

AJK Pengacara Pn. Hanita Bt. Hassan 1.     Bertindak selaku juruacara majlis dan
Majlis & melantik pembaca doa.
Cenderamata 2.     Menguruskan cenderamata dan sagu hati
penceramah

AJK Jemputan Pn. Noor Ledar bt. Ahmad  Menyediakan surat jemputan
Penceramah penceramah.

AJK Penilaian PnPn.Hajah Rosnani Bt. Ismail Menganalisa penilaian murid dan
menyerahkannya kepada AJK
Dokumentasi
AJK Makanan 1.     Pn. Hanita Bt. Hassan 1.    Memastikan makanan telah disediakan
3.     oleh pihak penender.
4.     2.    Menjemput penceramah untuk makan
bersama
AJK Dokumentasi1.   Pn. Noor Ledar Bt. Ahmad 1.     Menyiapkan laporan dokumentasi
& Jurugambar 2.   Pn. Azimah bt. Md. Roni
2.  Mengambil gambar sepanjang program

Fasilitator Guru matapelajaran 1.     Membantu murid sepanjang slot teknik


menjawab soalan

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN


           
9.1       URUS SETIA

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling


            Unit Kecemerlangan Akademik
           
           
9.2     TENTATIF
            6 Jun 2022 ( Isnin )

            8.00 pagi         : Pendaftaran


            8.30 pagi         : Bengkel mata pelajaran Tasawwur Islam
            10.00 pagi       : Bengkel selesai
: Jamuan Ringan

10.0     PENUTUP
Diharapkan agar Bengkel Teknik Menjawab Soalan ini akan dapat direalisasikan dan murid
mendapat kefahaman yang lebih baik dan seterusnya bermotivasi untuk lulus dalam subjek tersebut.
   
Disediakan oleh,                                                                 

…………………………………….
( NOOR LEDAR BINTI AHMAD )
GBKSM                                                     

Disahkan oleh,

……………………………………………
( PN. HJH. HUSSNIAH BINTI HUSSIN )
PK PENTADBIRAN

Diluluskan oleh,

………………………………………………………………………
( PN. ROBAT’OON@RABIATUL ADAWIAH BT. ABDULLAH )
            Pengetua
           

Anda mungkin juga menyukai