Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM TADARUS DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SERTA


MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI
ANJURAN BERSAMA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,PANITIA BAHASA ARAB DAN
MUSOLLA ANNUR 2021

1. PENGENALAN
Program Tadarus dan Majlis Khatam Al-Quran sangat digalakkan dalam Islam. Oleh
itu, bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, setiap muslim yang berkemampuan
dituntut agar melakukannya amalan-amalan wajib dan sunnah sebanyak mungkin. Umat
Islam juga dituntut agar sentiasa membaca Al-Quran bukan hanya di Bulan Ramadhan sahaja
malah dalam kehidupan seharian dan menjadikan Al-Quran sebagai landasan kehidupan
yang sebenar. Pastinya Al-Quran menjanjikan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

2. RASIONAL
Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menghayati bulan
Ramadhan yang penuh berkat serta dapat melaksanakan amalan yang dilakukan pada bulan-
bulan yang lain. Semoga dengan adanya program-program seperti ini dapat mendidik dan
melatih generasi muda khususnya murid-murid, agar dapat melaksanakan cara kehidupan
yang dituntut oleh Islam dan sentiasa berkeinginan melakukan ibadah sebagaimana tuntutan
dalam ajaran Islam.

3. MATLAMAT

 Murid dapat menghayati bulan Ramadhan .


 Setiap umat Islam perlu menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pertunjuk untuk
memahami konsep ibadah dalam kehidupan seharian .
 Dapat memahami golongan yang kurang berkemampuan.
4. OBJEKTIF :

4.1- Menggalakkan murid supaya mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari selepas
menunaikan solat.

4.2- Setiap umat Islam wajib menjadikan Al-Quran sebagai garis panduan untuk menuju
kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

4.3- Setiap umat Islam wajib bantu-membantu di antara satu sama lain khususnya golongan
anak yatim dan orang miskin.

4.4- Untuk mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa, murid-murid dan guru-guru SK Taman
Sri Muda (2).

5. SASARAN

5.1- Guru
5.2- Murid

6. TEMPAT
Sek. Keb. Taman

7. TARIKH DAN MASA


Program Tadarus Al-Quran
-13 April–30 April 2021 ( 10.00 pagi – 10.20 pagi )
Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Aidilfitri
-6 Mei 2021 / 24 Ramadhan 1442H (Khamis)

8. IMPLIKASI KEWANGAN ( ANGGARAN PERBELANJAAN )

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1.
Cenderahati peserta Tadarus RM 5 X 200 orang : RM 1000.00
( Wang Tunai )
2. Banner RM 100

JUMLAH : RM 1100

9. IMPLIKASI KEWANGAN ( SUMBER KEWANGAN )

BIL PERKARA JUMLAH ( RM )


1 BBTP ( Kegiatan Pendidikan Islam ) RM 1100

10. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KHATAM AL QURAAN

10.1- Penasiha t 1 :
10.2- Penasihat 2 :
:
:
:
10.3- Pengerusi :
10.4- Penyelaras Program Khatam Al-Quran :
Penyelaras Program Sumbangan Aidilfitri :
10.5- Bendahari :

AJK Khas Guru Pendidikan Islam

Jawatankuasa Persiapan
dan Mengemas Dewan
Buku Program
Pengerusi Majlis
Banner / Bacaan Doa
Mentor

Juru foto
Sumbangan anak
yatim/miskin
Cenderahati Murid dan
Fasilitator
Dokumentasi

11. AKTIVITI
i- Tadarus Al-Quran ( Tahap 2)
ii- Majlis Khatam Al-Quran
iii- Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim dan miskin

12. TENTATIF MAJLIS KAHATAM AL- QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI

TARIKH : 6 Mei 2021 ( Khamis )


10.30 pagi - Murid terlibat berkumpul di dewan ( mengikut SOP )
- Bacaan doa
- Majlis Khatam Al-Quran
- Ucapan Guru Besar
- Penyampaian sumbangan kepada anak yatim
dan miskin.
- Saguhati fasilitator dan peserta Tadarus Al-Quran
12.00 t/hari - Bersurai

13. PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan mendapat kerjasama dari semua pihak, sama ada
daripada warga sekolah sendiri, murid-murid mahupun dari pihak ibu bapa. Semoga dengan
adanya program-program seperti ini, akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak
sekolah dan masyarakat. Di samping menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman
dalam kehidupan.

Disediakan oleh:
......................................................
(NOR…………………..)

Disemak oleh:

…………………………………
(

Tarikh : 12 April 2021


Ulasan : Program ini telah mendapat persetujuan daripada pihak pentadbir dan telah
dipersetujui oleh jawatankuasa induk dan khas.
___________________________________________________________________

Diluluskan / Tidak Diluluskan

………………………………………………..
(GB)

Anda mungkin juga menyukai