Anda di halaman 1dari 5

Keputusan Rasmi

Majlis Tadarus Al-Quran, Hafazan,


Syarahan, Bercerita, Seni Khat dan
Pertandingan Nasyid,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Peringkat Daerah Padawan
Tahun 2019M/1440H

Tema:
” Al-Quran Pembawa Rahmat
Untuk Ummat”

Tarikh:
07 Mac 2019
Tempat Penutupan:
Dewan Sri Temenggong, SK Temenggong
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Kehakiman
Majlis Tadarus Al-Quran, Hafazan, Syarahan, Bercerita,
Seni Khat dan Pertandingan Nasyid,
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Peringkat Daerah Padawan
Tahun 2019M/1440H
ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN, SYARAHAN BERCERITA, SENI


KHAT DAN PERTANDINGAN NASYID,
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PERINGKAT DAERAH PADAWAN
TAHUN 2019M/1440H

Yang Berusaha Encik Bolkiah bin Hj Ali, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan PPD Padawan,
Yang Berusaha Encik Nazamuddin bin Bujang, Ketua Unit Akademik dan Penyelia Unit
Pendidikan Islam PPD Padawan,
Yang Berusaha Encik Suhaimi Bin Hj Heep, Guru Besar SK Temengong, Padawan selaku
tuan rumah dan penganjur untuk Pertandingan Festival Nasyid PERINGKAT SEKOLAH
RENDAH, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN.

Yang Berusaha Encik Ishak Bin Dahlan, Guru Besar SK Tanjung Bako, Padawan selaku
Penganjur untuk Pertandingan Seni Khat PERINGKAT SEKOLAH RENDAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN.

Guru Besar - Guru Besar serta Wakil-wakil Guru Besar Sekolah-sekolah di bawah seliaan
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan.
Rakan-rakan barisan Jemaah Hakim,
Guru-guru pengiring, Para peserta,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulillah kita rafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan
qudrah dan iradah serta rahmat dan InayahNya, maka Festival Nasyid dan Seni Khat
Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padawan bagi tahun 2019 yang bertempat di Sekolah
SK Temenggong dapat disempurnakan dengan penuh cemerlang dan jayanya.
Saya selaku Ketua Jemaah Hakim merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak sekolah, Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Padawan dan
seluruh warga serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung atas komitmen serta kerjasama yang sangat baik kepada para hakim dalam
melaksanakan tugas dari aspek pengurusan tempat, pendaftaran peserta serta tidak
dilupakan jamuan yang disediakan kepada kami.
Begitu juga, penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan jemaah hakim yang
terlibat dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Untuk
pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hakim yang terlibat dalam mengadili
pertandingan Festival Nasyid adalah seramai 8 orang hakim manakala untuk pertandingan

2
Seni Khat adalah seramai 4 orang dari pelbagai sekolah yang mempunyai kepakaran dan
kelebihan masing-masing.
Bilangan sekolah yang telibat dalam Festival Nasyid pada hari ini ialah sebanyak 6
buah sekolah rendah dan Seni Khat ialah 16 orang lelaki dan 19 orang perempuan
Peringkat Daerah Padawan.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


Tahniah diucapkan kepada para pendidik dan pentadbir sekolah yang terlibat.
Tahniah juga dirakamkan kepada para peserta yang terlibat menyertai pertandingan pada
hari ini atas keberanian mereka mempamerkan bakat terpendam yang dimiliki masing-
masing. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekurangan yang dikenalpasti, namun
ianya boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang dengan memperbanyakkan latihan.
Oleh itu izinkan saya untuk menyampaikan kekuatan-kekuatan serta kelemahan-kelemahan
para peserta yang dikenalpasti oleh para hakim dari kedua-dua kategori acara. Diharapkan
ia akan menjadi satu indikator atau petunjuk kepada sekolah-sekolah yang bertanding bagi
meningkatkan mutu persembahan untuk bersaing di peringkat seterusnya pada tahun ini
dan pada pertandingan di tahun-tahun akan datang.
1. ACARA NASYID
Kekuatan :
1. Beberapa peserta boleh menggunakan suara dengan baik.
2. Peningkatan kualiti lagu terutamanya pada lagu wajib.

Kelemahan :
1. Kurang pemahaman atau pengetahuan tentang lagu tradisi.
2. Masih ada peserta yang kurang prihatin dengan syarat dan peraturan.
2. ACARA KHAT
Kekuatan :
1. Kebanyakan peserta memiliki bakat dan kebolehan dalam bidang penulisan khat.
2. Keinginan untuk menyertai pertandingan penulisan khat.
Kelemahan :
1. Peserta masih tidak dapat membezakan jenis khat.
2. Peserta kekok menggunakan pen khat.
3. Kurang hiasan dan kreativiti.

3
KESIMPULAN & PENUTUP
Beberapa cadangan kepada semua pihak yang terlibat demi meningkatkan mutu
persembahan anak-anak didik kita pada masa akan datang.
Pertama: Dorongan serta bimbingan yang berterusan daripada guru-guru dan ibu-bapa
amat diperlukan dalam proses menggilap bakat anak-anak didik.
Kedua : Jadikan Program seperti Festival Nasyid dan Seni Khat, untuk sekolah rendah
sebagai program wajib sepanjang tahun kepada pelajar-pelajar kita. Antara tujuan lain
adalah untuk memupuk rasa cinta kepada Al-Quran dan Islam sebagai cara hidup
disamping mempersiapkan anak-anak kita untuk menyertai sebarang pertandingan yang
dianjurkan.
Sebelum mengundur diri sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak penganjur
bagi Sekolah-sekolah rendah peringkat Daerah Padawan yang saya rasakan telah memberi
kerjasama dan sumbangan yang cukup baik sama ada dari segi pengurusan dan
penganjuran. Begitu juga kepada rakan-rakan Jemaah Hakim yang telah menjalankan tugas
yang diamanahkan dengan baik, terurus dan profesional.
Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Johan yang dipertandingkan pada
peringkat Daerah Padawan ini akan mewakili Daerah Padawan ke pertandingan peringkat
Bahagian nanti yang akan diadakan di Daerah Lundu pada 21 Mac 2019 . Manakala Naib
Johan akan menjadi peserta simpanan.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Keputusan Jemaah Hakim Festival Nasyid dan Seni Khat Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Padawan tahun 2019 adalah muktamad. Saya dengan ini mengizinkan
Pengerusi Majlis mengumumkan keputusan.

Sekian, Wassalam.

...............................................
USTAZ ABG SU'UADI BIN ABG HAJI YAK
Pengerusi Jemaah Hakim
Majlis Tadarus Al Quran Hafazan, Syarahan,
Bercerita, Seni Khat dan Pertandingan Nasyid
Sekolah-sekolah Menengah dan rendah
Peringkat Daerah Padawan 2019

4
5

Anda mungkin juga menyukai