Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

KERTAS KERJA

‘‘KEM CEMERLANG JAWI’’

‫كيم چمرلغ جاوي‬


TAHUN 2022

SK SUBANG BESTARI

`ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK SUBANG BESTARI
KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak KBSR
sehingga KSSR. Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam Pelajaran Jawi belum
mencapai tahap yang membanggakan. Justeru langkah Program jQAF melaksanakan Kem
Cemerlang Jawi akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah.

Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-
murid yang lemah. Ia patut diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan
supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

2.0 NAMA PROJEK

KEM CEMERLANG JAWI

Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi bertujuan untuk memberi pendedahan dan


memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca
dan menulis Jawi dengan baik.

3.0 TARIKH/MASA
*KCJ 1: 23 Oktober 2021
*KCJ 2: 30 Oktober 2021
*Tertakluk kepada perubahan
KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

4.0 TEMPAT

Dewan Aspirasi dan Laman Bestari SK Subang Bestari

5.0 OBJEKTIF

Kem Cemerlang Jawi ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

i. mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung;


ii. membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis ayat pendek.

1.0 KUMPULAN SASARAN

i. Tahun 2 ( orang )
ii. Tahun 3 (70 orang )
iii. Tahun 4 (31 orang )
iv. Tahun 5 (43 orang )
v. Tahun 6 (17 orang )
= JUMLAH KESELURUHAN : 177 ORANG

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

8.0 TENTATIF PROGRAM


KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

Rujuk Lampiran 2

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: Puan Ranizam Binti Yusoff (Guru Besar)

Pengerusi: Puan Aishah Binti Muhamad Ali (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi: 1. Puan Nor Haslawati Binti Toha (GPK Hal Ehwal Murid)
2. Encik Jamrry Bin Salleh ( GPK Kokurikulum)
3. Puan Jarina Binti Hassan Basri (GPK Petang)

Ketua Panitia: Ustaz Nor Ahmad Bin Min

Penyelaras : Ustazah Nurayatollah Binti Saadun (K)


Ustazah Rujitah Binti Abu Bakar (P)
Ustazah Siti Noorlinsalina Binti Saibani

Ahli Jawatankuasa: GPI (Tahun 2)- Ustaz Mohd Ridzuan Bin Mamat
GPI (Tahun 3)- Ustazah Umi Amirah Binti Jamil
GPI (Tahun 4)- Ustazah Nor Ain Syafiqah Binti Abd Aziz
GPI (Tahun 5)- Ustazah Zarini Binti Ibrahim
GPI (Tahun 6)-Ustazah Norasikin Binti Abu Talib
KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

LAMPIRAN 2

TARIKH / MASA AKTIVITI / PENGISIAN

KCJ 1
8.00 – 8.15 pagi Pendaftaran / Sesi Taklimat
8.15 - 9.00 pagi Slot 1
- membaca huruf tunggal ( ms 1-2 )
- menulis padanan huruf – latihan 1-8
Slot 2
- menyambung huruf ( ms 3-4 )
- menulis / menyambung huruf ( latihan 1-13 )
9.00 – 10.00 pagi Slot 3
- membaca sukukata terbuka ( vokal A,U, O - ms 5-10 )
- menulis sukukata terbuka ( vokal A, U, O )
Slot 4
- membaca sukukata terbuka ( vokal A,U, O - ms 5-10 )
- menulis sukukata terbuka ( vokal A, U, O )
KCJ 2
8.00- 8.15 pagi Pendaftaran/ Sesi Taklimat
8.15- 9.00 pagi Slot 5
- membaca sukukata terbuka ( vokal I, E Taling , E Pepet –
ms – 11-17 )
- menulis suku kata terbuka ( vokal I, E Taling , E Pepet )
Slot 6
- membaca sukukata terbuka ( vokal I, E Taling , E Pepet –
ms – 11-17 )
- menulis suku kata terbuka ( vokal I, E Taling , E Pepet )
KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

9.00- 10.00 pagi Penilaian setiap kemahiran


- Kesimpulan / Sesi Brainstorming/ Tamat

9.0 PENUTUP

Semoga segala yang telah dirancang dan diatur akan berjaya dilaksanakan dengan kerjasama
semua pihak. Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran, kesungguhan dan rasa cinta terhadap tulisan serta bacaan Jawi seterusnya memartabatkan Jawi
di mata seni penulisan dunia. Semoga setiap yang diusahakan mendapat redha Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………… ………………………………
(NURAYATOLLAH BINTI SAADUN ) (NOR AHMAD BIN MIN)
Penyelaras KCJ 2022 Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Subang Bestari SK Subang Bestari

Disahkan oleh:

…………………………………….
(PUAN RANIZAM BINTI YUSOFF)
Guru Besar Cemerlang
SK Subang Bestari
KERTAS KERJA KEM CEMERLANG JAWI 2022

Anda mungkin juga menyukai