Anda di halaman 1dari 4

DAIE CILIK MQSS ZON PINAWANTAI 2020 (LELAKI – GILIRAN 05)

Bidang : Ibadah
Fokus : Tanggungjawab Muslim
Tajuk : “Kefardhuan Solat Jumaat”

Bil Perkara Isi


1. Kisah teladan /contoh Keratan akhbar 01 Sept 2020 “Beri
/pengalaman /isu semasa /analogi bimbingan lelaki ponteng solat jumaat”
2. Fakta/sirah Pengertian:
Solat 2 rakaat yang dilakukan secara
berjemaah dalam waktu zohor pada hari
Jumaat di masjid atau tempat2 tertentu dan
didahului dengan 2 khutbah.

Hukum :
Hukum melakukannya ialah Fadhu Ain
keatas setiap lelaki muslim yang cukup
syaratnya.

3. Dalil Naqli Firman Allah swt :

4. Sumber Dalil Naqli Surah al-jumu’ah ayat 9


5. Terjemahan Dalil Naqli Wahai orang2 yang beriman, apabila
diserukan azan untuk mengerjakan solat
pada hari Jumaat, maka segeralah kamu
pergi ke masjid untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan solat Jumaat). Dan
tinggalkanlah jual beli (pada saat ini) yang
demikian adalah baik bagi kamu jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenar).
6. Kupasan Dalil Naqli Rasullullah saw menuntut kita agar
menunaikan solat jumaat dalam sabdanya
yang berbunyi:

Maksudnya: solat Jumaat adalah


tanggungjawab yang wajib keatas setiap
lelaki muslim.
7. Pengajaran/Ibrah Solat Jumaat mengandungi nilai2
kerohanian dan kemasyarakat yang sangat
tinggi disamping bertujuan menyatukan
kaum muslimin dan menumbuhkan rasa
kasih saying sesame umat Islam.

DAIE CILIK MQSS ZON PINAWANTAI 2020 (LELAKI – GILIRAN 05)

Kefardhuan Solat Jumaat


(Pantun)

Pagi hari menganyam ketupat,


Ketupat dianyam daun kelapa,
Banyakkan amal hari Jumaat,
Solat Jumaat janganlah dilupa.

(Salutasi)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh hadirin hadirat yang dimuliakan


Allah..kaifa haalukum?..khoir?..Alhamdulillah..
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat iman dan nikmat islam yang kita miliki
hari ini.

(Kisah teladan /contoh /pengalaman /isu semasa /analogi)

Berdasarkan keratan akhbar Harian Metro bertarikh 01 Sept 2019 dengan tajuk “Beri
bimbingan lelaki ponteng solat jumaat” memberi gambaran kepada kita betapa pihak
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) berusaha mengambil pelbagai pendekatan
dalam membendung gejala ponteng solat jumaat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Hmmm..solat jumaat??..

(Fakta/Sirah)

Ya…solat Jumaat pada pengertiannya ialah solat 2 rakaat yang dilakukan secara
berjemaah dalam waktu zohor pada hari Jumaat di masjid atau tempat2 tertentu dan
didahului dengan 2 khutbah.

Hukum melakukannya ialah Fadhu Ain keatas setiap lelaki muslim yang cukup syaratnya.

(Dalil Naqli/Sumber/Terjemahan/Kupasan)

Firman Allah swt dalam surah al-jumu’ah ayat 9 yang berbunyi:

Wahai orang2 yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari
Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan
mengerjakan solat Jumaat). Dan tinggalkanlah jual beli yang demikian adalah baik bagi
kamu jika kamu mengetahui.
Rasulullah saw juga bersabda:

Hadis riwayat Abu Daud

Maksudnya:
“Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib keatas setiap lelaki muslim.”

(Pengajaran/Ibrah)

Solat Jumaat mengandungi nilai2 kerohanian dan kemasyarakat yang sangat tinggi
disamping bertujuan menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan rasa kasih sayang
sesama umat Islam.

(Penutup)

Perkongsian saya berakhir disini…


Moga tersemat di dalam hati…
Terima kasih daun keladi…
Salah dan silap harap dimaafi…

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai